Portal:Australia/Featured

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Potret Yagan oleh George Cruikshank
Potret Yagan oleh George Cruikshank

Yagan adalah seorang perwira Nungar yang memainkan peranan penting pada awal penentangan orang-orang peribumi ("Aborigin") terhadap penerokaan orang Eropah dan memerintah di daerah Perth, Australia Barat. Selepas beliau mengetuai beberapa serangan yang mana peneloka Orang Putih dibunuh, suatu bounty telah diberikan untuk penangkapannya hidup atau mati, dan dia telah ditembak mati oleh seorang peneloka muda pada 1833. Kematian Yagan diceritakan dalam tradisi orang Australia Barat sebagai tanda ketidakadilan dan kadang-kadang layanan yang kejam pada orang asli Australia oleh peneloka tanah jajahan. Kepala Yagan dialihkan dari badan dan dibawa ke Britain, di mana ia dipamerkan sebagai suatu "kehairanan antropologi". Ia berada selama satu abad dalam tempa simpanan di sebuah muzium sebelum dikebumikan di suatu kubur tidak bertanda pada 1964. Pada 1993 penempatannya telah dikenali, dan empat tahun kemudian ia digali dan bawa pulang ke Australia. Sejak itu, isu pengembumian kembali telah menjadi sumber kontroversi besar dan konflik di antara orang asli kawasan Perth. Ke hari ini, kepala beliau masih tidak dikebumikan.