Portal:Fairy Tail/Rencana pilihan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pakaian terbaru Natsu pada X791 semasa Grand Magic Games

Natsu "Salamander" Dragneel (Jepun: ナツ・ドラグニル, Hepburn: Natsu Doraguniru) ialah protagonis utama siri Fairy Tail dan rakan pertama Lucy Heartfilia bertemu semasa perjalanannya. Natsu bertemankan Happy, seekor kucing terbang. Semasa Natsu kecil, dia dijaga oleh seekor naga, Igneel. Selepas sahaja kehilangan Igneel tujuh tahun sebelum siri ini bermula, Natsu menyertai Fairy Tail dan mencari naga itu semula. Sebagai Pemburu Naga (Jepun: ドラゴンスレイヤー, Hepburn: Doragon Sureiyā), Natsu boleh menggunakan magik purba, atau "Magik Purba", yang membolehkan dia mempunyai sifat fizikal seperti naga. Magik Pemburu Naga Api (Jepun: 火の滅竜魔法, Hepburn: Ka no Metsuryū mahō) menjadikannya boleh bernafas api, mengeluarkan api daripada setiap sudut badan untuk serangan, kebal terhadap api, dan api sebagai makanan. Apabila dia memakan api dia akan mendapat kuasa yang banyak, Natsu boleh meningkatkan bentuk kuasanya kepada tahap lebih tinggi iaitu dipanggil Tujahan Naga atau Dragon Force (Jepun: ドラゴンフォース, Hepburn: Doragon Fōsu), menyebabkan kulit di bahagian lengan dan mata menjadi bersisik, dan meningkatkan kuasa zahir dan batin. Dengan Tujahan Naga, membolehkan Natsu memakan magik bentuk lain dan bergabung dengan kuasanya buat sementara waktu; walau bagaimanapun, Natsu akan sakit untuk beberapa hari apabila kesan gabungan itu hilang.


Lebih lanjut...