Portal:Fairy Tail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Fairy Tail Portal Logo.png

Portal Fairy Tail

Fairy Tail (フェアリーテイル, Fearī Teiru) ialah manga daripada mangaka Hiro Mashima. Sirinya bermula di Majalah Shōnen sejak 23 Ogos 2006. Sejak 15 Disember 2006, setiap episod Fairy Tail telah dibukukan dan jilid ke-37 telah dikeluarkan pada 20 April 2013. Fairy Tail ini mengisahkan pengembaraan Lucy Heartfilia, seorang ahli sihir (魔導士, madōshi) remaja yang menyertai persatuan ahli sihir dan mewujudkan kumpulan diantara ahli persatuan itu iaitu Natsu Dragneel yang sedang mencari naga bernama Igneel.

Versi anime dihasilkan oleh A-1 Pictures dan Satelight telah menayangkan 175 buah episod siri televisyen di saluran TV Tokyo sejak 2009. Di Malaysia, anime disiarkan pada hari Ahad pukul 10:30 pagi di Ntv7, juga bersiaran di Animax saluran Astro 715 sejak 2010 hingga 2013 sebanyak tiga musim, dan juga bersiaran di 8tv setiap hari Sabtu pada pukul 3 petang. Studio A-1 Pictures juga telah menghasilkan empat animasi video original (OVA) dan filem animasi, Fairy Tail the Movie: The Phoenix Priestess, dan OVA yang ke-5 untuk sekuel pendek selepas filem animasi. Siri Fairy Tail sebenarnya telah tamat pada episod 175 di Jepun (30 Mac 2013). Walaubagaimanapun sehari selepas tamat episod, Hiro Mashima pelukis manga ini mengisytiharkan dalam Twitternya bahawa Fairy Tail akan disiarkan semula mulai Episod 1 di TV Tokyo 6 dan bertajuk Fairy Tail Best! pada 4 April 2013 dan ditayangkan pada setiap hari Khamis pukul 5.30 petang.


Berita

18
Jun 2015
Ditulis oleh SNN95
Fairy Tail Symbol.png
Manga Fairy Tail Mendapat Filem Anime Ke-2
Fairy Tail Symbol.png
Isu ke-25 tahun ini, Majalah Mingguan Shōnen daripada Kodansha telah mengumumkan filemanime daripada Manga Fairy Tail karya Hiro Mashima mendapat lampu hijau. Majalah ini mendedahkan seni papan gambar yang Mashima sendiri lukiskan untuk filem itu. Isu yang akan datang juga menerbitkan dua bab manga (ia adalah isu yang keempat berturut-turut dengan dua bab), dan ia mengusik "siri yang agak mendebarkan! Satu perkembangan yang anda benar-benar tidak boleh ketinggalan!!"
Berita Sebelumnya...

Rencana pilihan

Pakaian terbaru Natsu pada X791 semasa Grand Magic Games

Natsu "Salamander" Dragneel (ナツ・ドラグニル, Natsu Doraguniru) ialah protagonis utama siri Fairy Tail dan rakan pertama Lucy Heartfilia bertemu semasa perjalanannya. Natsu bertemankan Happy, seekor kucing terbang. Semasa Natsu kecil, dia dijaga oleh seekor naga, Igneel. Selepas sahaja kehilangan Igneel tujuh tahun sebelum siri ini bermula, Natsu menyertai Fairy Tail dan mencari naga itu semula. Sebagai Pemburu Naga (ドラゴンスレイヤー, Doragon Sureiyā), Natsu boleh menggunakan magik purba, atau "Magik Purba", yang membolehkan dia mempunyai sifat fizikal seperti naga. Magik Pemburu Naga Api (火の滅竜魔法, Ka no Metsuryū mahō) menjadikannya boleh bernafas api, mengeluarkan api daripada setiap sudut badan untuk serangan, kebal terhadap api, dan api sebagai makanan. Apabila dia memakan api dia akan mendapat kuasa yang banyak, Natsu boleh meningkatkan bentuk kuasanya kepada tahap lebih tinggi iaitu dipanggil Tujahan Naga atau Dragon Force (ドラゴンフォース, Doragon Fōsu), menyebabkan kulit di bahagian lengan dan mata menjadi bersisik, dan meningkatkan kuasa zahir dan batin. Dengan Tujahan Naga, membolehkan Natsu memakan magik bentuk lain dan bergabung dengan kuasanya buat sementara waktu; walau bagaimanapun, Natsu akan sakit untuk beberapa hari apabila kesan gabungan itu hilang.


Lebih lanjut...

Pautan web

Laman-laman Rasmi
  • (Jepun) Manga Fairy Tail: Laman rasmi Fairy Tail di Majalah Shōnen dengan maklumat terkini mengenai manga dan siaran itu.
  • (Jepun) Anime Fairy Tail: Laman rasmi Fairy Tail di TV Tokyo dengan maklumat yang dikemaskini bagi anime dan siaran itu.
  • (Inggeris) Hiro Mashima Galeri Hiro Mashima semasa lapang
  • (Inggeris) Info Terkini: Berita, galeri gambar, dan video
  • (Inggeris) Filem Fairy Tail: Laman rasmi filem Fairy Tail

Laman Sosial

Laman Temubual

Laman Berita

Laman Maklumat

Laman Cereka Peminat

  • (Inggeris) Persatuan Fairy Tail: Terbesar dan paling aktif (berasaskan teks) Fairy Tail RPG. Roleplay sebagai watak yang unik dengan sihir anda sendiri yang unik! Sertai persatuan dengan keinginan anda, menyertai misi dengan ahli persatuan anda dan melihat kuasa watak anda meningkat!
  • (Inggeris) Fairy Tail Base: Sebuah forum peminat Fairy Tail
  • (Inggeris) Fairy Tail Answers: Setiap watak dihidupkan dengan menjawab semua persoalan yang dituju.
  • (Inggeris) Fairy Tail Fanon Wiki: Peminat boleh mencipta watak dan persatuan sendiri. Peminat juga boleh menyertai mana-mana persatuan yang dicipta.

Manga dan Anime

Gambar pilihan

Ichiya posing.png

Inilah gaya yang biasa dilakukan oleh Ichiya Vandalay Kotobuki. Gayanya sangat ditakuti oleh Erza Scarlet. Tetapi orang bawahan Ichiya sangat mengagumi gerakan ini dan sentiasa memuji ketampanan Ichiya.

{{{1}}}

Watak pilihan

Gajeel prof.jpg

Gajeel Redfox (ガジル・レッドフォックス, Gajiru Reddofokkusu), sama seperti Natsu Dragneel dan Wendy Marvell, adalah Pemburu Naga yang dibesarkan oleh Metalicana. Magik Pemburu Naga Besinya (鉄の滅竜魔法, Tetsu no Metsurū mahō) (Iron Dragon Slayer) memberikannya kebolehan memanipulasi tubuhnya menjadi besi untuk membuat senjata seperti kelab dan pedang, melitupi badannya dengan sisik besi dan meniup angin yang mengandungi serpihan besi yang mampu mengoyakkan badan seseorang Dia juga boleh mengambil besi sebagai makanan Pada mulanya seorang ahli Phantom Lord, serangannya terhadap Fairy Tail menyebabkan peperangan diantara dua persatuan dan akhirnya menyertai Fairy Tail atas permintaan Makarov Dreyar.

Selanjutnya...

{{{1}}}

Perkara yang anda boleh lakukan

Tahukah anda...

Ada info lain berkaitan ini. Sila bincangkan.

Umum

  • ...bahawa nama Natsu bermaksud musim panas?
  • ...bahawa nama Lucy adalah nama lagu The Beatles yang bertajuk"Lucy in the Sky with Diamonds"?
  • ...Fiore bermaksud bunga dalam Bahasa Perancis?

Terkini

  • ...bahawa pemenang pertandingan "Cipta Ahli Sihir" yang diadakan pada Jun 2012 ialah Hisui E. Fiore?
  • ...bahawa Cobra dibebaskan daripada Penjara kerana diarahkan untuk melwan naga?
  • ...bahawa Hiro Mashima sudah menjangkaui usia 36 tahun pada 3Mei, 2013?

Petikan pilihan

"Demi Rajanya ... demi negaranya ... seorang lelaki boleh menjadi satu Demon atau tuhan. Sebelum Eclipse, pintu masuk ke mengubah dunia ... harga kehidupan seorang gadis tunggal memang agak murah."

Arcadios kepada Darton

Singkir cache

Penyumbang

Nuvola apps kdmconfig.png

Anda dipersilakan untuk meletakkan nama anda di sini sekiranya anda lazim menyumbang rencana berkaitan Fairy Tail. Terdapat banyak lagi yang perlu diperkembangkan dan dilakukan dengan Portal Fairy Tail ini!

WikiProjek

Kategori

Trivia

  • Bosco telah dinyatakan dalam manga Episod 1 oleh Bora. Rupa-rupanya di situ ada penjualan hamba.[1]
  • Kebanyakan negara dalam Earth-land diberi nama secara rawak. Seperti yang dikatakan Hiro Mashima beliau tidak mahu jalan cerita yang panjang berlaku pada kebanyakan negara ini.[2]

Wikimedia Berkaitan

Purge server cache

  1. ^ Fairy Tail Manga: Episod 1, Muka surat 35
  2. ^ Buku bonus Jilid 5, Super Supplement