Portal:Islam/Selected Location

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Latar langit Makkah
Latar langit Makkah

Makkah al-Mukarramah (ataupun dipanggil Mekah atau Makkah sahaja; Arab: مكة المكرمة) ialah kota paling suci bagi umat Islam. Bandar ini terletak lebih kurang 73 km di timur Jeddah, ibu kota Arab Saudi.

Makkah merupakan tempat lahirnya Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t. Di sini juga terletaknya Masjidil Haram yang di dalamnya terdapt Kaabah. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap Kaabah untuk bersolat. Manakala sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup, seseorang Muslim akan mengunjungi Makkah untuk mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah.