Portal:Marikh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Marikh adalah planet keempat dari matahari di dalam sistem suria. Seringkali dirujuk sebagai 'Planet Merah' akibat daripada pembentukan ferum oksida di atas permukaannya yang membuatkannya kelihatan merah.[1] Ia merupakan planet terestrial dan mempunyai lapisan atmosfera yang tipis. Keadaan rupa bentuknya adalah berkawah sepertimana Bulan dan mempunyai gunung berapi, lembah, gurun dan lapisan ais kutub sepertimana di Bumi. Oleh kerana ia berputar pada paksi condong, putaran berkala dan kitaran bermusimnya juga hampir menyamai bumi. Di Marikh terdapat Olympus Mons, gunung tertinggi di sistem suria buat masa ini dan juga Valles Marineris, kanyon yang terbesar.

Rujukan[sunting sumber]

  1. ^ [1], The Lure of Hematite.