Portal:Microsoft/Pengenalan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perbadanan Microsoft (NASDAQ: MSFT) ialah sebuah perbadanan multinasional Amerika yang beribu pejabat di Redmond, Washington, di mana ia membangun, mengilang, melesen dan menyokong pelbagai keluaran perisian dan perkhidmatan yang berkaitan peralatan komputer. Antara produk yang dikeluarkan melalui syarikat ini adalah set perisian produktiviti Microsoft Office, sistem pengendalian Microsoft Windows dan produk hiburan rumah Xbox. Menurut tinjauan yang dilakukan pada 2013, Microsoft merupakan syarikat yang paling dikagumi di dunia dan produk seperti Windows adalah yang paling disukai dalam kalangan pelanggan.