Microsoft

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 47°38′22.55″N 122°7′42.42″W / 47.6395972°N 122.1284500°W / 47.6395972; -122.1284500

Microsoft Corporation
Jenis Public
Didagangkan sebagai
Industri Computer software
Online services
Video games
Ditubuhkan Albuquerque, New Mexico, United States (April 4, 1975 (1975-04-04))
Pengasas Bill Gates, Paul Allen
Ibu pejabat Microsoft Redmond Campus, Redmond, Washington, U.S.
Tempat dibekalkan Worldwide
Perancang utama
Keluaran See products list
Perkhidmatan See products list
Hasil US$ 73.72 billion (2012)[1]
Pendapatan operasi US$ 21.76 billion (2012)[1]
Pendapatan bersih US$ 16.97 billion (2012)[1]
Jumlah aset US$ 121.2 billion (2012)[1]
Jumlah ekuiti US$ 66.36 billion (2012)[1]
Pekerja 94,000 (2012)[1]
Anak syarikat List of Microsoft subsidiaries
Laman sesawang Microsoft.com
Rujukan: [2]

Microsoft Corporation (NASDAQ: MSFT, HKEX: 4338) ialah sebuah perbadanan teknologi komputer perbadanan multinasional yang membangunkan, mengilang, melesenka, dan menyokong beraneka keluaran perisian untuk kegunaan peralatan komputer.[3] Antara keluaran syarikat yang beribu pejabat di Redmond, Washington, Amerika Syarikat ini ialah sistem pengendalian Microsoft Windows dan set perisian produktiviti Microsoft Office. Produk-produk ini menempa kedudukan terpenting dalam pasaran komputer meja dengan anggaran bahagian pasaran setinggi 90% atau lebih seperti pada tahun 2003 bagi Microsoft Office dan 2006 bagi Microsoft Windows seiring dengan misi asal syarikat ini iaitu "sebuah komputer di atas setiap meja dan di dalam setiap rumah mengendalikan perisian Microsoft".[4][5][6][7][8][9][10]

Microsoft yang mula-mulanya ditubuhkan pada tahun 1975 untuk membangunkan dan menjual pentafsir BASIC untuk Altair 8800 bangkit untuk mendominasi pasaran sistem pengendalian komputer rumah dengan MS-DOS pada pertengahan 1980-an. Syarikat ini mengeluarkan satu penawaran awam permulaan (IPO) di pasaran saham, di mana disebabkan berikutan kenaikan harga saham telah melahirkan 4,000 orang jutawan dan kira-kira 12,000 jutawan di kalangan kakitangan Microsoft.[11][12][13] Sepanjang sejarahnya syarikat ini dijadikan sasaran kritikan atas pelbagai sebab, termasuk amalan perniagaan memonopoli—kedua-dua Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Eropah merupakan antara pihak yang mengheret Microsoft ke mahkamah atas pencabulan antiamanah dan pembungkusan perisian.[14][15]

Microsoft juga berpijak di pasaran-pasaran selain sistem pengendalian dan set perisian pejabat dengan aset-aset seperti rangkaian televisyen kabel MSNBC, portal Web MSN dan ensiklopedia multimedia Microsoft Encarta. Syarikat ini juga memasarkan produk perkakasan komputer seperti tetikus Microsoft dan produk hiburan rumah seperti Xbox, Xbox 360, Zune dan MSN TV.[3] Dikenali kerana apa yang disifatkan secara amnya sebagai budaya perniagaan yang tertumpu kepada pemaju, Microsoft selama ini telah memberi sokongan pengguna melalui newsgroup Usenet dan Jaringan Sejagat, dan mengurniakan status Microsoft MVP kepada sukarelawan yang didapati banyak membantu pelanggan syarikat.[16][13]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

1975–1984: Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Selepas pelancaran Altair 8800, William Henry Gates III, (dikenali sebagai Bill Gates) menghubungi para pencipta mikrokomputer baru, iaitu Micro Instrumentation and Telemetry Systems (MITS), untuk menunjuk cara pelaksanaan bahasa pengaturcaraan BASIC untuk sistem mereka. Selepas diberi tunjuk caranya, MITS bersetuju untuk mengedar keluaran Altair BASIC.[17] Gates meninggalkan Universiti Harvard, berpindah ke Albuquerque, New Mexico iaitu tempat terletaknya MITS, untuk menubuhkan Microsoft. Pejabat antarabangsa pertama syarikat ini dibuka pada 1 November 1978 di Jepun, berjudul "ASCII Microsoft" (kini "Microsoft Japan").[17] Pada 1 Januari 1979, syarikat ini berpindah dari Albuquerque ke Bellevue, Washington.[17] Steve Ballmer menyertai Microsoft pada 11 Jun 1980, lama-kelamaan mewarisi jawatan CEO dari Gates.[17]

Antara keluaran-keluaran pra-IBM-PC termasuk pakej perisian TASC (The AppleSoft Compiler), yang menterjemah atur cara BASIC kepada bahasa mesin Apple, dan perkakas Microsoft Softcard, kad pemproses Z80 tambahan untuk Apple II dan mana-mana komputer serasi yang membolehkan penggunaan sistem pengendalian CP/M selain Applesoft dan Apple DOS. Pada tahun 1980, Microsoft memasuki perniagaan sistem pengendalian dengan versi Unix tersendiri yang dipanggil Xenix dan dilesenkan kepada kebanyakan penjual komputer.

DOS (Disk Operating System) merupakan sistem pengendalian yang membawa kejayaan pertama yang sebenar kepada perniagaan Microsoft. Pada 12 Ogos 1981, setelah kegagalan rundingan dengan Digital Research, IBM mengurniakan kontrak kepada Microsoft untuk menyediakan satu versi sistem pengendalian CP/M, yang bakal digunakan dalam Komputer Peribadi IBM (PC). Sehubungan itu, Microsoft membeli klon CP/M yang dipanggil 86-DOS dari Seattle Computer Products, yang dinamakan semula PC-DOS oleh IBM. Kemudian, pasaran dibanjiri klon IBM PC setelah Columbia Data Products berjaya mengklonkan IBM BIOS. Oleh yang demikian, dengan pemasaran MS-DOS secara agresif kepada para pengilang klon IBM-PC, Microsoft bangkit dari perniagaan kecil menjadi salah sebuah penjual perisian terbesar dalam industri komputer rumah.[18][19][20][21][22][23][24] Microsoft menembusi pasaran baru dengan keluaran Microsoft Mouse pada tahun 1983, serta bahagian penerbitan iaitu Microsoft Press.[17]

1985–1994: IPO, OS/2 dan Windows[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 1985, Microsoft dan IBM berganding bahu membangunkan sistem pengendalian baru bernama OS/2.[25] Pada 20 November 1985, Microsoft mengeluarkan versi runcit pertama Microsoft Windows yang asalnya berbentuk sambungan grafik untuk sistem MS-DOS.[17] Pada 13 Mac 1986, syarikat ini menjual saham kepada umum melalui tawaran awam awal (IPO), dengan harga tawaran awal $21.00 sebelum menamatkan hari pertama berdagang pada $28.00. Kenaikan harga saham yang menyusul telah melahirkan empat orang bilionwan dan lebih kurang 12,000 jutawan di kalangan kakitangan Microsoft.[12][11][26] Pada tahun 1987, Microsoft mengeluarkan versi pertama OS/2 kepada OEM.[27]

IPO[sunting | sunting sumber]

Tawaran awam awal Microsoft dijalankan pada 14 Mac 1986. Harga ditutup pada nilai $27.75 setiap saham setelah memuncak pada takat $29.25 sejurus selepas dibuka. Dua pengasas Micorsoft iaitu Gates and Allen serta-merta menjadi jutawan. Gates memegang 45% dari 24.7 juta saham diterbitkan dan Allen pula memegang lebih kurang 25%.[28] Oleh itu, pegangan saham Gates bernilai $234 juta dan jumlah nilai Microsoft adalah $520 juta , pada ketika itu.[29]

Pasca-IPO[sunting | sunting sumber]

Papan tanda pintu masuk kampus korporat Microsoft. Kampus Microsoft di Redmond kini meliputi kawasan melebihi 750,000 m² (kira-kira 8 juta kaki persegi) dan dikerjakan lebih 30,000 kakitangan.[30]

Pada tahun 1989, Microsoft memperkenalkan suit pejabat utamanya iaitu Microsoft Office. Perisian ini menggabungkan berbagai-bagai aplikasi produktiviti pejabat seperti Microsoft Word dan Microsoft Excel.[17] On May 22, 1990 Microsoft launched Windows 3.0.[31] Versi baru sistem pengendalian Microsoft ini bermegah dengan ciri-ciri baru seperti grafik antara muka pengguna diperkemas dan keupayaan mod terlindung dipertingkat untuk pemproses Intel 386; lebih 100,000 salinan berjaya dijual dalam masa dua minggu.[32] Pada ketika itu, Windows memperoleh lebih hasil bagi Microsoft berbanding OS/2, maka syarikat memutuskan untuk mengalihkan pergantungan dari OS/2 ke Windows.[33] Lama-kelamaan, kelarisan OS/2 merosot dan akhirnya digantikan oleh Windows sebagai platform PC pilihan utama.

Ketika beralih dari MS-DOS ke Windows, kejayaan keluaran Microsoft Office membolehkan syarikatnya semakin kuat menyaingi perisian aplikasi lain seperti WordPerfect dan Lotus 1-2-3.[34][35] Menurut laman web The Register, Novell, salah satu pemilik WordPerfect pada satu ketika, mendakwa Microsoft menggunakan pengetahuan dalaman mengenai inti-inti DOS dan Windows dan ciri-ciri antara muka pengaturcaraan aplikasi yang tidak didokumentasikan untuk mempertingkat prestasi Office berbanding pesaingnya.[36] Akhirnya, Microsoft Office menjadi suit pejabat paling berkuasa yang bahagian pasarannya jauh meninggalkan pesaing-pesaingnya.[37]

Pada tahun 1993, Microsoft mengeluarkan Windows NT 3.1, sebuah sistem pengendalian perniagaan yang dilengkapi antara muka pengguna Windows 3.1 dengan inti yang berbeza sekali.[34]

1995–2005: Internet dan isu undang-undang[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1995, Microsoft mengeluarkan versi terbaru sistem pengendalian utamanya iaitu Windows 95 yang bercirikan antara muka pengguna serba baru, termasuk butang mula ("Start") yang baru. Lebih sejuta salinan Microsoft Windows 95 berjaya dijual dalam masa empat hari pertama selepas dikeluarkan.[34] Microsoft juga mengeluarkan pelayar web sendirinya iaitu Internet Explorer, bersama Windows 95 Plus! Pack pada Ogos 1995 dan versi-versi Windows yang seterusnya.[38]

Pada 26 Mei 1995, berikutan keluarnya "Internet Tidal Wave memo" dalaman Bill Gates,[39] Microsoft mula mengembangkan keluarannya ke dalam bidang perangkaian komputer dan jaringan sejagat. Pada 24 Ogos 1995, Microsoft melancarkan perkhidmatan atas talian MSN (Microsoft Network), sama sekali menyaingi AOL. MSN menjadi perkhidmatan penaung bagi semua perkhidmatan atas talian Microsoft.[17][34][40] Microsoft terus memperluas perniagaannya ke pasaran baru pada tahun 1996, bermula dengan usahasama dengan NBC untuk menubuhkan stesen berita kabel 24 jam iaitu MSNBC.[34][41] Pada bulan November, Microsoft memasuki pasaran pembantu digital peribadi (PDA) dengan Windows CE 1.0 yang direka khusus untuk peranti bermemori rendah dan berprestasi rendah seperti peranti mudah alih dan komputer kecil.[42] Pada tahun 1997, Internet Explorer 4.0 dikeluarkan untuk Mac OS dan Windows, menandakan bermulanya penaklukan pasaran pelayar web dari pesaingnya Netscape. Pada bulan Oktober, Jabatan Keadilan memfailkan usul di Mahkamah Agung Persekutuan, bahawa Microsoft telah menyalahi perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1994, sambil meminta mahkamah agar menghalang penyertaan Internet Explorer dalam Windows.[17]

Tahun 1998 amat penting dalam sejarah Microsoft apabila Bill Gates melantik Steve Ballmer sebagai presiden Microsoft sambil mengekalkan jawatan sebagai Pengerusi dan CEO.[17] Microsoft melancarkan Windows 98 sebagai kemas kini kepada Windows 95 yang menerapkan sebilangan ciri-ciri bertumpukan Internet serta sokongan untuk jenis-jenis peranti terbaru.[17] Pada 3 April 2000, kes United States v. Microsoft berkesudahan dengan[14] menyabitkan syarikat ini sebagai sebuah "monopoli bersalah"[5] lalu memaksanya dibelah menjadi dua unit berasingan. Keputusan ini diubah sedikit oleh mahkamah rayuan persekutuan, dan akhirnya diselesaikan dengan Jabatan Keadilan A.S. pada tahun 2001.

Pada tahun 2001, Microsoft mengeluarkan Windows XP, iaitu versi pertama yang merangkumi keluaran-keluaran kegunaan perniagaan dan rumah. Sebelum keluarnya XP, Microsoft perlu menyelenggara pangkalan kod NT dan 9x. XP memperkenalkan antara muka pengguna grafik serba baru, iaitu perubahan pertama sejak Windows 95.[17][43] Pada akhir tahun 2001, dengan mengeluarkan Xbox, Microsoft memasuki pasaran konsol permainan berbilion dolar yang dikuasai oleh Sony dan Nintendo.[17] Microsoft mengalami huru-hara lagi pada Mac 2004 apabila Kesatuan Eropah mengamil tindakan undang-undang antianamah terhadapnya kerana menyalah guna penguasaannya dengan sistem pengendalian Windows, yang berkesudahan dengan syarikat gergasi ini terpaksa mengeluarkan versi baru Windows XP iaitu Windows XP Home Edition N dan Windows XP Professional tanpa Windows Media Player, di samping didenda €497 juta ($613 juta).[44][45]

2006–kini: Vista, Windows 7 dan peralihan lain[sunting | sunting sumber]

Pintu masuk kampus Microsoft di Jerman.

Pada 27 Jun 2008, Bill Gates bersara dari kegiatan seharian syarikatnya, selepas tempoh peralihan dua tahun dari peranannya selaku Ketua Ariktek Perisian yang diambil alih oleh Ray Ozzie, tetapi kekal sebagai pengerusi syarikat, ketua Lembaga Pengarah serta berperanan sebagai penasihat projek-projek utama.[46] Windows Vista yang keluar pada Januari 2007 berjaya dijual 300 juta salinan hingga Disember 2008.[47] Microsoft Office 2007 yang dikeluarkan pada masa yang sama menampilkan antara muka pengguna berciri "reben" yang banyak berbeza dari versi-versi terdahulunya. Hasil penjualan memberangsangkan bagi kedua-dua perisian tersebut membantu Microsoft mencatat keuntungan tertinggi pada tahun 2007.[48]

Pada 1 Februari 2008, Microsoft melakukan cubaan membeli pesaing khidmat Internetnya iaitu Yahoo! tanpa diminta dengan harga sebanyak $44.6 bilion,[49] tetapi ditolak pada 10 Februari. Pada 3 Mei 2008, Microsoft akhirnya menarik balik tawarannya.[50]

Pada 21 Februari 2008, Microsoft mengumumkan hasratnya untuk berkongsi maklumat mengenai keluaran-keluaran dan teknologinya untuk memudahkan para pembangun mencipta perisian yang boleh berfungsi dengan keluaran-keluaran Microsoft[51], dan sememangnya hasrat itu ditunaikan.[52] Bagaimanapun, Kesatuan Eropah masih meluahkan rasa tidak puas hati terhadap syarikatnya kerana kurang mematuhi keputusan mahkamah pada Mac 2004 dan mengenakan denda sebanyak €899 juta ($1.4 bilion) pada 28 Februari 2008, iaitu denda terbesar dalam sejarah dasar persaingan Kesatuan Eropah.[53]

Dalam laporan hasil kewangan Januari 2009, Microsoft mengumumkan pemberhentian kerja 5,000 orang kakitangan akibat kegiatan ekomoni lembap disebabkan krisis kewangan.[54]

Pada 12 Februari 2009, Microsoft mengumumkan hasratnya untuk membuka serangkaian kedai berjenama Microsoft. David Porter, bekas eksekutif di Wal-Mart dan DreamWorks, dinamakan naib presiden korporat Microsoft Retail Stores.[55][56]

NBC Universal dan Microsoft berganding bau dalam usaha menjual ruang iklan penyiaran NBC Universal dengan menggunakan Admira, iaitu perkakas perancangan dan pembelian automatik yang dibangunkan oleh syarikat perisian gergasi ini.[57]

Bahagian-bahagian pengeluaran[sunting | sunting sumber]

Demi menjejaki prestasi setiap unit dan menugaskan tanggungjawab dengan lebih terperinci, Microsoft disusun semula menjadi tujuh kumpulan perniagaan teras—setiap satunya sebuah entiti kewangan berasingan—pada bulan April 2002. Kemudian, pada 20 September 2005, Microsoft mengumumkan satu perasionalan ketujuh-tujuh kumpulan perniagaannya menjadi tiga bahagian teras yang wujud pada hari ini: kumpulan-kumpulan Klien Windows, MSN dan Pelayan dan Alatan digabungkan menjadi Bahagian Produk dan Perkhidmatan Platform Microsoft (Microsoft Platform Products and Services Division); kumpulan-kumpulan Pekerja Maklumat dan Penyelesaian Perniagaan Microsoft digabungkan menjadi Bahagian Perniagaan Microsoft (Microsoft Business Division); dan kumpulan-kumpulan Perkakasan Mobil dan Tetap dan Rumah dan Hiburan digabungkan menjadi Bahagian Hiburan dan Peranti Microsoft (Microsoft Entertainment and Devices Division).[58][59]

Bahagian Keluaran dan Perkhidmatan Platform Microsoft[sunting | sunting sumber]

Logo terkini Microsoft Windows, salah satu produk paling popular keluaran Microsoft.

Bahagian ini menghasilkan produk kemegahan Microsoft, iaitu sistem pengendalian Windows. Windows telah dihasilkan dalam pelbagai versi, termasuk Windows 3.1, Windows 95, Windows 98, Windows 2000, Windows 2000 Server, Windows Me, Windows Server 2003, Windows XP, Windows Vista, dan Windows 7. Hampir semua komputer peribadi serasi IBM dipasangkan dengan Windows. Versi desktop Windows terkini yang ialah Windows Vista. Perkhidmatan dalam talian MSN, stesen televisyen kabel MSNBC dan majalah dalam talian Microsoft Slate semuanya digolongkan di bawah bahagian ini. (Slate dibeli oleh The Washington Post pada 21 Disember 2004.) Pada akhir tahun 1997, Microsoft membeli Hotmail, perkhidmatan webmail paling terkenal, lalu menjenamakannya semula sebagai "Windows Live Mail". Pada tahun 2006, Microsoft memperkenalkan Windows Live Messenger, satu klien perkhidmatan mesej segera, untuk bersaing dengan AOL Instant Messenger yang turut popular. Seiringan dengan pengenalan Windows Vista, MSN Messenger menjadi Windows Live Messenger.[3]

Microsoft Visual Studio ialah set alatan pengaturcaraan dan pengkompliasi buatan syarikat ini. Produk perisian ini beroerientasikan GUI dan mudah berpaut dengan API Windows, tetapi perlu dikonfigurasi secara khusus jika digunakan dengan pustaka bukan Microsoft. Versi terkini ialah Visual Studio 2005. Versi sebelumnya, Visual Studio.Net 2003, dinamakan sempena inisiatif .NET, satu inisiatif pemasaran Microsoft yang meliputi sebilangan teknologi. Definasi Microsoft untuk .NET terus mengalami evolusi. Mulai tahun 2004, .NET bertujuan memudahkan pemajuan aplikasi berasaskan Microsoft Windows yang menggunakan Internet dengan mengaturkan sistem komunikasi Microsoft yang baru bernama Indigo (sekarang dinamakan Windows Communication Foundation). Ini bertujuan menyelesaikan beberapa isu yang dahulunya diperkenalkan oleh rekaan DLL Microsoft yang menjadikannya agak sukar, kadang-kala mustahil, untuk mengendali, memasangkan pelbagai versi pakej perisian yang kompleks dalam sistem yang sama, dna menawarkan platform pembangunan yang lebih konsisten untuk semua aplikasi Windows (lihat Infrastruktur Bahasa Sepunya). Tambahan pula, syarikat ini menubuhkan satu set program pensijilan untuk mengenal pasti individu yang berkepakaran dalam perisiannya dan penyelesaian masalah. Serupa dengan penawaran oleh Cisco, Sun Microsystems, Novell, IBM, dan Oracle Corporation, ujian-ujian ini direka untuk mengenal pasti satu set kemahiran minimal dalam peranan tertentu; ini termasuk pemaju ("Microsoft Certified Solution Developer"), penganalisa sistem/rangkaian ("Microsoft Certified Systems Engineer"), pelatih ("Microsoft Certified Trainers") dan pentadbir ("Microsoft Certified Systems Administrator" dan "Microsoft Certified Database Administrator").[3]

Microsoft menawarkan satu set perisian pelayan berjudul Windows Server System. Windows Server 2003, satu sistem pengendalian untuk pelayan rangkaian, ialah teras kepada barisan Windows Server System. Satu lagi produk pelayan, Systems Management Server, ialah satu koleksi alatan yang menawarkan kebolehan kawalan jauh, pengurusan tampung, pengedaran perisian dan inventori perkakasan/erisian. Produk pelayan lain termasuk:

Pada tahun 2009, menurut Migs.biz, Microsoft telah menghentikan beberapa pekerja akibat dari masalah krisis kewangan global.

Bahagian Perniagaan[sunting | sunting sumber]

Pintu utama ke bangunan 17 di kampus utama bangunan syarikat di Redmond.

Bahagian Perniagaan Microsoft menghasilkan Microsoft Office, iaitu siri perisian pejabat syarikat ini. Produk perisian ini termasuk Word (pemproses kata), Access (aplikasi pangkalan data relasional peribadi), Excel (program hamparan), Outlook (perisian usahasama Windows sahaja, sering digunakan bersama Exchange Server), PowerPoint (perisian pembentangan), dan Publisher (perisian penerbitan atas meja). Tidak lama kemudian, sebilangan produk lain ditambah bersempena pengeluaran Office 2003 termasuk Visio, Project, MapPoint, InfoPath dan OneNote.[3]

Bahagian ini menumpu perhatian kepada pemajuan perisian pengurusan kewangan dan perniagaan untuk kegunaan syarikat. Produk-produk ini termasuk produk-produk bekas keluaran Business Solutions Group, yang diasaskan pada bulan April 2001 melalui pengambilalihan Great Plains. Kemudiannya, Navision diambil untk memberi kemasukan yang serupa ke dalam pasaran Eropah, maka keluarnya Microsoft Dynamics NAV pada tahun 2006 seperti yang dirancangkan. Pasaran kumpulan Axapta dan Solomon yang memenuhi keperluan pasaran yang serupa, dijangka digabungkan dengan keluaran Navision dan Great Plains menjadi platform sepunya bergelar Microsoft Dynamics.[3]

Bahagian Hiburan dan Peranti[sunting | sunting sumber]

Xbox 360, sistem kedua Microsoft dalam pasaran konsol permainan.

Microsoft telah mencuba untuk mengembangkan jenama Windows ke pelbagai pasaran lain, dengan produk-produk seperti Windows CE untuk PDAs dan produk Smartphone "dikuasakan Windows". Mula-mulanya Microsoft memasuki pasaran mobil melalui Windows CE untuk peranti mudah alih, yang kini berkembang menjadi Windows Mobile 6. Tumpuan sistem pengendalian ini adalah terhadap peranti yang mana OS itu sendiri tidak semestinya boleh dilihat pengguna akhir, terutamanya perlengkapan dan kereta. Syarikat ini mengeluarkan MSN TV, dahulunya WebTV, satu perlengkapan Internet berasaskan televisyen. Microsoft pernah menjual produk Perakam Video Digital (DVR) atas set bernama UltimateTV yang membolehkan penggunak untuk merakam sebanyak 35 jam rancangan televisyen dari sebuah pembekal televisyen satelit terus-ke-rumah iaitu DirecTV. Ini dijadikan pesaing utama di UK kepada perkhidmatan SKY + oleh British Sky Broadcasting milik Rupert Murdoch. UltimateTV sudahpoun dihentikan, dan DirecTV memilih untuk memasarkan DVR dari TiVo Inc. sebelum kemudiannya beralih ke jenama DVR sendiri.[3]

Microsoft menjual permainan komputer yang dikendali dalam PC Windows, termasuk judul-judul seperti Age of Empires, Halo dan siri Microsoft Flight Simulator. Microsoft menghasilkan sebarisan kerja rujukan yang merangkumi ensiklopedia dan atlas di bawah nama Encarta. Microsoft Zone menghoskan permainan percuma, premium dan runcit yang mana pemain boleh bersaing sesama sendiri dan dalam kejohanan. Microsoft memasuki pasaran konsol permainan berbilion-bilion dolar yang didominasi Sony dan Nintendo pada akhir tahun 2001,[60] dengan pengeluaran Xbox. Syarikat ini memajukan dan menerbit permainan video sendirinya untuk konsol ini, dengan bantuan anak syarikat sendirinya Microsoft Game Studios, di samping penerbit permainan video Xbox pihak ketiga seperti Electronic Arts dan Activision yang membayar yuran perlesenan untuk menerbit permainan untuk sistem itu. Xbox juga diwarisi Xbox 360 yang dilancarkan pada 22 November 2005 di Amerika Utara dan negara-negara lain.[61][62] Dengan adanya Xbox 360, Microsoft berharap untuk mengimbangi kerugian yang dialami dengan Xbox asal. Bagaimanapun, Microsoft membuat keputusan yang dianggap sebagai penuh kontroversi dalam komuniti permainan video, seperti menjual dua versi berlainan bagi sistem ini, serta menawarkan keserasian ke belakang untuk judul permainan Xbox tertentu sahaja.[63][64] Selain produk Xbox, Microsoft juga memasarkan sebilangan perkakasan berkaitan komputer yang lain, termasuk tetikus, papan kekunci, kayu ria, dan pad permainan, bersama pengawal permainan yang lain yang kebanyakan pengeluarannya disumberkan ke syarikat lain.[3]

Kesan ekonomi[sunting | sunting sumber]

Salah satu wawasan penting yang digariskan oleh Bill Gates untuk syarikatnya adalah "membolehkan stesen kerja menjalankan perisian kami di setiap meja, dan penting sekali di setiap rumah."[5][65][4]

Microsoft bertapak di pasaran-pasaran selain sistem pengendalian dan perisian pejabat, dengan aset-aset seperti rangkaian televisyen kabel MSNBC, portal Internet MSN, dan ensiklopedia multimedia Microsoft Encarta. Syarikat ini juga memasarkan keluaran perkakas komputer seperti tetikus Microsoft dan keluaran hiburan rumah seperti Xbox, Xbox 360, Zune dan MSN TV.[3]

Budaya pengguna[sunting | sunting sumber]

Rujukan teknikal untuk para pembangun dan rencana-rencana untuk pelbagai majalah terbitan Microsoft seperti Microsoft Systems Journal (MSJ) boleh didapati melalui Microsoft Developer Network (MSDN). MSDN juga menawarkan khidmat langganan kepada pengguna syarikat dan individu. Pelanggan yang membayar lebih biasanya dapat mencuba versi beta bagi perisian Microsoft yang belum keluar.[66][67] Baru-baru ini, Microsoft telah melancarkan laman komuniti Channel9 untuk para pembangun dan pengguna yang menawarkan pelbagai ciri-ciri moden seperti wiki dan forum Internet.[68] Sebuah lagi laman komuniti yang menawarkan videocast harian dan pelbagai perkhidmatan lain iaitu On10.net, dilancarkan pada 3 Mac 2006.[69]

Kebanyakan khidmat sokongan teknikal percuma yang didapati dari Microsoft disediakan melalui kumpulan berita Usenet (sebelumnya disediakan di CompuServe). Setiap keluaran Microsoft pasti adanya beberapa kumpulan berita yang sentiasa dipantau oleh kakitangan Microsoft. Ahli-ahli yang berguna dalam kumpulan berita boleh dipilih oleh teman-teman atau kakitangan Microsoft untuk taraf Microsoft Most Valuable Professional (MVP), yang mengurniakan suatu status sosial istimewa kepada mereka, di samping boleh meraih anugerah dan macam-macam lagi manfaat.[13]

Hal-ehwal korporat[sunting | sunting sumber]

Struktur korporat[sunting | sunting sumber]

Syarikat ini dipimpin oleh Lembaga Pengarah yang terdiri daripada 10 orang, kebanyakannya orang luar (mengikut adat syarikat awam). Ahli-ahli lembaga pengarah masa kini ialah: Steve Ballmer, James Cash, Jr., Dina Dublon, Bill Gates, Raymond Gilmartin, Reed Hastings, David Marquardt, Charles Noski, Helmut Panke, dan Jon Shirley.[70] Kesemua 10 ahli lembaga dilantik setiap tahun di mesyuarat pemegang saham tahun, dan sesiapa yang tidak meraih majoriti undian mesti menyerahkan perletakan jawatan kepada lemmbaga yang seterusnya menentukan sama ada untuk menerima perletakan jawatan atau sebaliknya. Terdapat lima jawatankuasa dalam lembaga yang menyelia hal-hal lebih terperinci, merangkumi Jawatankuasa Audit (Audit Committee) yang menangani perihal perakaunan dengan syarikat termasuk mengaudit dan laporan; Jawatankuasa Pampasan (Compensation Committee) yang meluluskan pampasan kepada CEO dan kakitangan lain; Jawatankuasa Kewangan (Financial Committee) yang menguruskan hal-hal kewangan seperti mencadangkan penggabungan dan pengambilalihan; Jawatankuasa Tadbir Urus dan Pelantikan (Governance and Nominating Committee) yang menguruskan pelbagai hal-hal korporat seperti termasuk pelantikan lembaga; dan Jawatankuasa Pelantikan Antiamanah (Antitrust Compliance Committee) yang bertanggungjawab menghindari amalan syarikat dari melanggar undang-undang antiamanah.[71][72]

Selain lima jawatankuasa tadi, juga terdapat pelbagai aspek lain dalam struktur korporat Microsoft. Hal-ehwal antarabangsa diuruskan oleh Pasukan Eksekutif (Executive Team) yang terdiri daripada 16 pegawai syarikat di seluruh dunia dan memikul pelbagai tugas termasuk memastikan para pekerja memahami budaya perniagaan Microsoft. 16 pegawai Pasukan Eksekutif termasuk Pengerusi dan Ketua Arkitek Perisian, CEO, Peguam Am dan Setiausaha, CFO, naib presiden kanan dan kumpulan dari unit-unit perniagaan, CEO kawasan Eropah, Timur Tengah dan Afrika; dan ketua-ketua Jualan, Pemasaran, dan Perkhidmatan Sedunia; Sumber Manusia; dan Pemasaran Korporat. Selain Pasukan Eksekutif juga adanya Majlis Kakitangan Korporat (Corporate Staff Council) yang menguruskan semua fungsi kakitangan utama syarikat, termasuk meluluskan dasar korporat. Majlis Kakitangan Korporat terdiri daripada pekerja dari kumpulan-kumpulan Undang-Undang dan Hal-Ehwal Korporat, Kewangan, Sumber Manusia, Pemasaran Korporat, dan Strategi dan Dasar Tinggi di Microsoft. Pegawai Eksekutif lain termasuk Presiden dan Naib Presiden untuk pelbagai bahagian keluaran, ketua bahagian pemasaran, dan CTO, dan lain-lain lagi.[73][3]

Kepelbagaian[sunting | sunting sumber]

Microsoft menggaji ramai pekerja asing di samping pekerja tempatan, dan menentang keras pengehadan visa H1B yang membolehkan syarikat Amerika Syarikat mengambil kerja pekerja-pekerja asing tertentu. Bill Gates mendakwa pengehadan H1B menyukarkan pencarian pekerja.[74]

[sunting | sunting sumber]

Pada 1987, Microsoft menerima guna logonya sekarang yang direka oleh Scott Baker. Menurut majalah Computer Reseller News Magazine Mac 1987, "Logo baru yang bermuka taip Helvetica ini menampakkan huruf o dan s terkerat untuk menegaskan unsur "soft" dalam namanya serta menyampaikan pergerakan dan kelajuan."

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kritikan Microsoft

Anti-persaingan[sunting | sunting sumber]

Sejak 1980-an lagi, Microsoft banyak mencuri tumpuan kontroversi dalam industri komputer.[75] Kebanyakan bidasan terhadapnya adalah mengenai taktik perniagaannya yang disifatkan dengan cogan kata "embrace, extend and extinguish" (peluk, luaskan dan hapuskan). Pada mulanya, Microsoft memeluk piawaian atau produk yang bersaing, kemudian meluaskannya untuk mengeluarkan versi sendiri yang belum serasi dengan piawaian, lama-kelamaan menghapuskan pesaing yang tidak boleh menggunakan sistem baru Microsoft.[76] Ini antara taktik-taktik yang mencetuskan tuntutan mahkamah oleh syarikat lain dan kerajaan, yang mengakibatkan Microsoft menghadapi tindakan berbilion dolar.[77][14][45] Pada Januari 2009, Opera Software ASA memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Eropah bahawa penyertaan Internet Explorer dalam komputer peribadi yang dilengkapi Windows mencabuli undang-undang persaingan Eropah.[78]

Kebebasan dan privasi[sunting | sunting sumber]

Penyokong perisian percuma bimbang akan penyertaan Microsoft dalam Trusted Computing Platform Alliance (TCPA). Sekumpulan syarikat yang hendak melaksanakan inisiatif Trusted Computing (yang mana sesebuah komputer bukan sahaja dilindungi untuk pengguna, bahkan juga dilindungi dari pemiliknya juga), TCPA dikecam kerana membolehkan pembangun perisian dan pengawal platform menguatkuasa sekatan sembarangan terhadap cara penggunaan perisian dan perjalanan komputer.[79][80] :23[81][82]

“Perbadanan-perbadanan media besar (termasuk syarikat filem dan rakaman), bersama dengan syarikat-syarikat komputer seperti Microsoft dan Intel, berancang untuk memaksa komputer anda mematuhi mereka dan bukannya anda.”

Pendukung perisian percuma juga bimbang akan galakan Microsoft terhadap pengurusan hak digital (Digital Rights Management, DRM) dan perbandingan jumlah pembelanjaan pemilikan (TCO) dengan kempen "Get the facts" (Fahamilah faktanya). DRM ialah teknologi yang membolehkan penyedia kandungan mengenakan sekatan terhadap kegunaan media digital dalam perkakas pengguna. Oleh yang demikian, dibimbangkan bahawa teknologi sebegini mungkin menyalahi penggunaan wajar dan hak-hak lain, terutama sekali memandangkan pengguna akan disekat dari kegiatan-kegiatan seperti adunan semula atau penyalinan bahan-bahan untuk kegunaan peribadi atau menjual semula bahan-bahan tersebut.[84][85]

Gambaran salah[sunting | sunting sumber]

Kempen "Get the facts" mendakwa bahawa TCO Windows Server lebih rendah berbanding Linux dan menyenaraikan pelbagai hasil kaji selidik sebagai buktinya.[86] Penyokong Linux mengemukakan kajian yang dilakukan sendiri untuk menyangkal dakwaan Microsoft bahawa kos pengurusan Linux lebih rendah berbanding Windows Server.[87] Satu lagi kajian oleh Yankee Group mendakwa bahawa penaiktarafan dari satu versi ke versi lain Windows Server menelan belanja satu perempat hingga satu pertiga dari kos penukaran dari Windows Server ke Linux, walaupun bagi perusahaan besar, dan sebab-sebab lain pengguna meninggalkan pelayan Windows adalah kelebihan keselamatan dan keutuhan pelayan Linux serta peluang melepaskan diri dari "cengkaman" Microsoft.[88]

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "2012 Form 10-K, Microsoft". Google. February 28, 2011. Dicapai pada April 4, 2011. 
  2. ^ "2011 Form 10-K, Microsoft Corporation". United States Securities and Exchange Commission. July 28, 2011. Dicapai pada August 23, 2011. 
  3. ^ a b c d e f g h i j k "Microsoft Corporation Annual Report 2005" (doc). Microsoft. Dicapai pada 1 October.  Parameter |accessyear= tidak diketahui diabaikan (|access-date= dicadangkan) (bantuan)
  4. ^ a b Bishop, Todd (September 23, 2004). "The rest of the motto". Todd Bishop's Microsoft Blog. Seattle Post-Intelligencer. Dicapai pada 2007-01-22.  Ralat petik: Invalid <ref> tag; name "Bishop2004-09-23" defined multiple times with different content
  5. ^ a b c Thomas Penfield Jackson, U.S. District Judge (1999-11-05). "U.S. vs. Microsoft findings of fact". U.S. Department of Justice. Dicapai pada 2006-05-18.  Ralat petik: Invalid <ref> tag; name "findingsoffact" defined multiple times with different content
  6. ^ Matthew Fordahl (2005-08-05). "Beta version of Microsoft's Vista shows a lot of potential". Associated Press. Dicapai pada 2006-09-02. 
  7. ^ Daisuke Wakabayashi (2006-12-01). "Microsoft launches Vista version of Windows". Reuters. Dicapai pada 2007-07-11. 
  8. ^ Michael Kanellos (2006-01-18). "PC market surged in 2005, will settle in 2006". CNET News.com. Diarkibkan daripada original pada 2012-07-12. Dicapai pada 2007-07-11. 
  9. ^ Todd Bishop (2003-10-20). "Microsoft unveils Office 2003". Seattle Post-Intelligencer Reporter. Dicapai pada 2007-07-11. 
  10. ^ Patrick Thibodeau (2002-05-02). "Can StarOffice Steal Users From Microsoft?". PC World. Dicapai pada 2007-07-11. 
  11. ^ a b Chapman, Merrill R., In search of stupidity: over 20 years of high-tech marketing disasters (2nd Edition), Apress, ISBN 1-59059-721-4 Ralat petik: Invalid <ref> tag; name "Chapman" defined multiple times with different content
  12. ^ a b Julie Bick (2005-05-29). "The Microsoft Millionaires Come of Age". The New York Times. Dicapai pada 2006-07-03. 
  13. ^ a b c Hiawatha Bray (2005-06-13). "Somehow, Usenet lumbers on". The Boston Globe. Dicapai pada 2006-07-03. 
    * "Microsoft Frequently Asked Questions". Microsoft (Most Valued Professional). Dicapai pada 2006-07-01.  Ralat petik: Invalid <ref> tag; name "MVP" defined multiple times with different content
  14. ^ a b c "United States v. Microsoft". U.S. Department of Justice. Dicapai pada August 5.  Parameter |accessyear= tidak diketahui diabaikan (|access-date= dicadangkan) (bantuan) homepage at the United States Department of Justice
  15. ^ http://europa.eu/rapid/pressReleasesAction.do?reference=IP/04/382&format=HTML&aged=1&language=EN&guiLanguage=en
  16. ^ Charles, John. "Indecent proposal? Doing Business With Microsoft". IEEE Software (January/February 1998): 113–117. 
    * Jennifer Edstrom; Marlin Eller (1998). Barbarians Led by Bill Gates: Microsoft from inside. N.Y. Holt. ISBN 0-8050-5754-4.  Petik meggunakan parameter |coauthors= dikecam (bantuan)
    * Fred Moody (1995). I Sing the Body Electronic: A Year With Microsoft on the Multimedia Frontier. Viking. ISBN 0-670-84875-1. 
    * Michael A. Cusumano; Richard W. Selby (1995). Microsoft Secrets: How the World's Most Powerful Software Company Creates Technology, Shapes Markets and Manages People. Free Press. ISBN 0-684-85531-3.  Petik meggunakan parameter |coauthors= dikecam (bantuan)
  17. ^ a b c d e f g h i j k l m "Information for Students: Key Events In Microsoft History" (doc). Microsoft Visitor Center Student Information. Dicapai pada October 1.  Parameter |accessyear= tidak diketahui diabaikan (|access-date= dicadangkan) (bantuan)
  18. ^ "Booting Your PC: Getting Up Close & Personal With A Computer's BIOS". Smart Computing. 1999. Dicapai pada 2008-08-18.  Parameter |month= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  19. ^ "What Is The BIOS?". Smart Computing. 1994. Dicapai pada 2008-08-18.  Parameter |month= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  20. ^ "Everything You Want or Need to Know About Your BIOS". Extreme Tech. Dicapai pada 2008-08-18. 
  21. ^ Lemley, Mark; Peter S. Menell and Robert P. Merges (2006). "Appendix B: Introduction to Computer Technology" (PDF). Intellectual Property in the New Technological Age (PDF) (edisi 4th). New York: Aspen Publishers. ISBN 0-7355-3652-X. Dicapai pada 2006-09-02.  Petik meggunakan parameter |coauthors= dikecam (bantuan)
  22. ^ "MS DOS and PC DOS". Lexikon's History of Computing. Dicapai pada 2008-08-18. 
  23. ^ "When It Comes To DOS, You Now Have A Choice". Smart Computing. June 1994. Dicapai pada 2008-08-18. 
  24. ^ "Microsoft to Microsoft disk operating system (MS-DOS)". Smart Computing. March 2002. Dicapai pada 2008-08-18. 
  25. ^ Manek Dubash (2005-07-19). "Techworld Article:OS/2 users must look elsewhere". Techworld. IDG. Dicapai pada 2005-07-05. 
  26. ^ Hiawatha Bray (2005-06-13). "Somehow, Usenet lumbers on". The Boston Globe. Dicapai pada 2008-08-18. 
    * "Microsoft Frequently Asked Questions". Microsoft (Most Valued Professional). Dicapai pada 2008-08-18. 
  27. ^ "Microsoft Systems Journal — 1986–1994 Index". Microsoft. Dicapai pada 2008-08-18.  See May 1987 releases.
  28. ^ Bishop, Todd (2006-03-16). "Looking back: Microsoft IPO, March 1986". The Microsoft Blog. Dicapai pada 2009-05-30. 
  29. ^ Wired 7.09: The World's First Trillionaire
  30. ^ Seattle Post-Intelligencer Staff (2005-05-18). "Redmond council OKs Microsoft expansion". Seattle Post-Intelligencer. Dicapai pada 2008-08-18. 
  31. ^ "Windows 3.0 is Here" (PDF) (Press release). Microsoft. 1990. Dicapai pada 2008-08-18. 
  32. ^ "Windows History". Microsoft. 2002-06-30. Dicapai pada 2008-08-18. 
  33. ^ David Both. "OS/2 History". OS/2 VOICE. Dicapai pada 2008-08-18. 
  34. ^ a b c d e "Microsoft Company September 15, 1975". The History of Computing Project. Dicapai pada August 11.  Parameter |accessyear= tidak diketahui diabaikan (|access-date= dicadangkan) (bantuan)
  35. ^ Steve Masters (1998-02-13). "Behind the Pearly Gates". VNU Business Publications. Diarkibkan daripada original pada 2007-09-27. Dicapai pada 2008-08-18. 
  36. ^ Andrew Orlowski (2004-11-16). "Novell's MS complaint: we wuz robbed". The Register. Situation Publishing Ltd. Dicapai pada 2006-07-04. 
  37. ^ McCracken, Harry (2000-09-13). "A Peek at Office Upgrade". PCWorld.com. Dicapai pada 2006-07-04. 
  38. ^ Sandi Hardmeier (2005-08-25). "Microsoft - The History of Internet Explorer". Microsoft. Dicapai pada 2008-08-18. 
  39. ^ Gates, Bill - The Internet Tidal Wave. Microsoft, May 26, 1995. Made publicly available at United States Department of Justice. United States v. Microsoft Trial Exhibits.
  40. ^ "MSN Historical Timeline: A brief history of milestone events in the life of MSN from the past ten years". Microsoft. 2005. Dicapai pada 2008-08-18.  Parameter |month= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  41. ^ "Marketplace: News Archives for July 15, 1996". American Public Media. Dicapai pada 2008-08-18. 
  42. ^ "The History of Microsoft Windows CS". HPC:Factor. Dicapai pada 2008-08-18. 
  43. ^ "Windows XP Professional Features". Microsoft. 2004-08-25. Diarkibkan daripada original pada 2007-08-18. Dicapai pada 2008-08-18. 
  44. ^ "Microsoft hit by record EU fine". CNN. 2004-03-25. Dicapai pada 2006-05-19. 
  45. ^ a b "Commission Decision of 24.03.2004 relating to a proceeding under Article 82 of the EC Treaty (Case COMP/C-3/37.792 Microsoft)" (PDF). Commission of the European Communities. 2004-04-21. Dicapai pada August 5.  Parameter |accessyear= tidak diketahui diabaikan (|access-date= dicadangkan) (bantuan) (dari laman web rasmi EU)
  46. ^ "Microsoft Announces Plans for July 2008 Transition for Bill Gates" (Press release). Microsoft. 2006-06-15. Dicapai pada 2008-08-18. 
  47. ^ "Who's Using Vista?". Techtarget.com. Dicapai pada 2008-09-21. 
  48. ^ "Vista gives Microsoft view of record profit". Edinburgh Evening News. Dicapai pada 2009-02-01. 
  49. ^ 5th UPDATE: Microsoft Offers To Buy Yahoo For $44.6 Billion
  50. ^ "Microsoft Withdraws Proposal to Acquire Yahoo!". Microsoft. Dicapai pada 2008-05-03. 
  51. ^ Microsoft offers to share some secrets
  52. ^ Microsoft Publicly Posts Additional Protocol Documentation
  53. ^ "AFP:EU hits Microsoft with record 899 million euro antitrust fine". "Agence France-Presse". Diarkibkan daripada original pada 2007-06-09. Dicapai pada 2008-06-01. 
  54. ^ "Microsoft Reports Second-Quarter Results". Dicapai pada 2009-01-23. 
  55. ^ "Microsoft Appoints David Porter as Corporate Vice President of Retail Stores". Dicapai pada 2009-02-13. 
  56. ^ " "The Marketing Doctor says: Brand Winners... And Losers: Microsoft and Peanut Corp." Marketing Doctor Blog. February 14, 2009.
  57. ^ NBC Universal, Microsoft in Ad Alliance, MarketWatch, June 18, 2009
  58. ^ "Our Commitment to Our Customers: Microsoft's Business". Microsoft. 2005-09-20. Dicapai pada 2007-03-31. 
  59. ^ "Microsoft Realigns for Next Wave of Innovation and Growth: CEO Ballmer appoints presidents of three core divisions; Allchin announces retirement plan" (Press release). Microsoft. 2005-09-20. Dicapai pada September 26.  Parameter |accessyear= tidak diketahui diabaikan (|access-date= dicadangkan) (bantuan)
  60. ^ "NPD Reports Annual 2001 U.S. Interactive Entertainment Sales Shatter Industry Record". Business Wire. February 7 2002. Dicapai pada 2007-03-31. 
  61. ^ Alexander Wolfe (November 22 2005). "Midnight Madness Hypes Xbox 360 Launch". Information Week. CMP Media. Dicapai pada 2006-07-03. 
  62. ^ "Xbox 360 sells out within hours". BBC. December 2 2005. Dicapai pada 2006-07-03. 
  63. ^ Tor Thorsen (2005-11-11). "360 to play 200-plus Xbox games". GameSpot. Dicapai pada 2006-07-14. 
  64. ^ Tor Thorsen (2005-12-09). "360 backward-compatibility update rereleased". GameSpot. Dicapai pada 2006-07-14. 
  65. ^ Quote from ComputerWorld 1985 (7/22); there is as yet no documented use of this vision statement prior to 1985. Gates wrote in The Road Ahead that he was 'guided by a belief that the computer would be a valuable tool on every office desktop and in every home'.
  66. ^ "MSDN Subscription FAQ". Microsoft. Dicapai pada 2006-07-03. 
  67. ^ "Microsoft Systems Journal Homepage". Microsoft. April 15, 2004. Dicapai pada 2008-08-18. 
  68. ^ Neville Hobson (2005-04-11). "Microsoft's Channel 9 And Cultural Rules". WebProNews. iEntry Inc. Dicapai pada 2006-07-03. 
  69. ^ "On10.net homepage". Dicapai pada 2006-05-04. 
  70. ^ "Microsoft Board of Directors". PressPass (Press release). Microsoft. Dicapai pada 2008-08-18. 
  71. ^ "Microsoft Corporation Corporate Governance Guidelines". Microsoft. Dicapai pada October 9.  Parameter |accessyear= tidak diketahui diabaikan (|access-date= dicadangkan) (bantuan)
  72. ^ "Microsoft 2005 Proxy Statement". Microsoft. Dicapai pada 2008-08-18. 
  73. ^ "Microsoft 2004 Citizenship Report". Microsoft. Dicapai pada October 9.  Parameter |accessyear= tidak diketahui diabaikan (|access-date= dicadangkan) (bantuan)
  74. ^ Roy Mark (2005-04-27). "Gates Rakes Congress on H1B Visa Cap". internetnews.com. Dicapai pada 2008-08-18. 
  75. ^ "Microsoft A History of Anticompetitive Behavior and Consumer Harm" (PDF). European Committee for Interoperable Systems. 2009-03-31. Dicapai pada 2009-05-25. 
  76. ^ Will Rodger (1998-11-08). "Intel exec: MS wanted to 'extend, embrace and extinguish' competition". ZDNet News. Dicapai pada 2008-08-18. 
  77. ^ "Microsoft Corp. Licenses Burst.com Patents & Settles Suit" (Press release). Burst.com Inc. March 11, 2005. Dicapai pada 2008-08-18. 
    * Andrew Orlowski (2004-03-05). "Eolas' web patent nullified". theregister.co.uk. Dicapai pada 2006-05-18. 
    * Tony Dennis (2002-12-24). "Sendo & Microsoft — it all ends in tears". TheInquirer.net. Dicapai pada 2006-05-18. 
    * Dan Nystedt (2005-12-07). "Update: Microsoft fined $32M by South Korea". IDG News Service. Dicapai pada 2008-08-18. 
  78. ^ Kenneth M Pennington (2009). "Windows 7 Bundled with Firefox, Chrome, or Safari?". Windows 7 Info. Dicapai pada 2009-01-28. 
  79. ^ Richard Stallman. "Can You Trust Your Computer?".
  80. ^ Anderson, Ross (2003). "`Trusted Computing' Frequently Asked Questions: TC / TCG / LaGrande / NGSCB / Longhorn / Palladium / TCPA Version 1.1". Dicapai pada 2007-02-07.  Parameter |month= tidak diketahui diabaikan (bantuan); line feed character dalam |title= di posisi 106 (bantuan)
  81. ^ Ross Anderson, "Cryptography and Competition Policy - Issues with ‘Trusted Computing’ ", in Economics of Information Security, from series Advances in Information Security, Vol. 12, April 11, 2006.
  82. ^ F. Stajano, "Security for whom? The shifting security assumptions of pervasive computing", Lecture notes in computer science, vol. 2609, pp. 16-27, 2003.
  83. ^ Richard Stallman. "Can You Trust Your Computer?". GNU Project website. Dicapai pada 2008-12-03. 
  84. ^ David Chisnall (2006-05-04). "DRM: Digital Rights or Digital Restrictions?". Informit.com. Dicapai pada 2006-05-18. 
  85. ^ "Digital Rights Management". 
  86. ^ "Get the facts home". Microsoft. Dicapai pada 2006-05-19. 
  87. ^ Robert Jaques (2006-02-13). "Linux fans hit back at Microsoft TCO claims". vnunet.com. Diarkibkan daripada original pada 2007-09-30. Dicapai pada 2008-08-18. 
  88. ^ Mary Jo Foley (2004-03-24). "Yankee Independently Pits Windows TCO vs. Linux TCO". eWeek.com. Dicapai pada 2008-06-18. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]