Portal:Muzik/Tokoh pilihan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zubir Said B.B.M. (lahir di Fort de Kock (sekarang kota BukittinggiSumatera Barat), Hindia Timur Belanda, 22 Julai 1907 – meninggal di Singapura, 16 November 1987 pada umur 80 tahun) adalah seorang penggubah muzik untuk filem dan juga pencipta lagu kebangsaan Singapura, "Majulah Singapura". Beliau dipercayai telah menggubah lebih kurang 1,500 buah lagu.

Karya Zubir telah dipandang sebagai lagu Melayu yang sebenarnya kerana lagu-lagunya berkaitan dengan sejarah dan nilai-nilai Melayu dan, bersama-sama orang Minang sezamannnya, membangkitkan semangat kebangsaan pada tahun 1950-an. Selain Majulah Singapura, Zubir menggubah lagu patriotik Semoga Bahagia yang dijadikan lagu tema Hari Kanak-Kanak Singapura. Ia menerima sejumlah penghargaan sehingga akhir hayatnya dan secara anumerta atas sumbangan beliau dalam bidang muzik dan kebudayaan Melayu di Singapura.(Selanjutnya...)