Portal:Tapak Warisan Dunia/Pendahuluan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo Tapak Warisan Dunia

Tapak Warisan Dunia (TWD) merupakan tanda tempat atau kawasan dengan perlindungan sah oleh konvensyen antarabangsa yang ditadbir oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Tapak warisan ini ditetapkan oleh UNESCO kerana memiliki kepentingan dari segi budaya, sejarah, saintifik atau bentuk yang lain. TWD dinilai mengandungi "warisan budaya dan semula jadi merata dunia yang dianggap bernilai tinggi bagi umat manusia". Untuk dipilih dalam TWD, suatu tanda tempat atau kawasan hendaklah mempunyai ciri unik yang dapat dikenal pasti secara geografi dan sejarah dan mempunyai kepentingan budaya dan fizikal yang istimewa. Contohnya, Tapak Warisan Dunia mungkin merupakan runtuhan purba atau struktur bersejarah, bangunan, bandar/kota, gurun, hutan, pulau, tasik, monumen, gunung atau kawasan belantara.

Setakat Julai 2021, terdapat sejumlah 1,154 Tapak Warisan Dunia merentasi 167 buah negara. Dengan 58 kawasan terpilih, Itali merupakan negara dengan tapak terbanyak yang tersenarai dalam TWD.

1,154 jumlah tapak 43 rentas sempadan 897 budaya 218 semula jadi 39 bercampur