Pranab Mukherjee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tuan Yang Terutama
Pranab Mukherjee
Secretary Tim Geithner and Finance Minister Pranab Mukherjee 2010 crop.jpg

Tempoh jawatan
25 Julai 2012 – 25 Julai 2017
Perdana Menteri Manmohan Singh
Narendra Modi
Naib Presiden Mohammad Hamid Ansari
Didahului oleh Pratibha Patil
Diganti oleh Ram Nath Kovind

Menteri Kewangan
Tempoh jawatan
24 Januari 2009 – 26 Jun 2012
Perdana Menteri Manmohan Singh
Didahului oleh P. Chidambaram
Diganti oleh P. Chidambaram
Tempoh jawatan
5 Januari 1982 – 31 Disember 1984
Perdana Menteri Indira Gandhi
Didahului oleh R. Venkataraman
Diganti oleh V. P. Singh

Menteri Pertahanan
Tempoh jawatan
22 Mei 2004 – 27 Oktober 2006
Perdana Menteri Manmohan Singh
Didahului oleh George Fernandes
Diganti oleh A. K. Antony

Lahir (1935-12-11) 11 Disember 1935 (umur 81)
Mirati, Birbhum, Bengal Presidency, British India (sekarang Bengal Barat, India)
Parti politik Kongres Kebangsaan India (1969–86; 1989–2012)
Sekutu politik
yang lain
Kongres Rashtriya Samajwadi (1986–89)
Pasangan Suvra Mukherjee (kahwin 1957–2015) «start: (1957-07-13)–end+1: (2015-08-19)»"Marriage: Suvra Mukherjee to Pranab Mukherjee" Location: (linkback://ms.wikipedia.org/wiki/Pranab_Mukherjee)
Anak Sharmistha Mukherjee
Abhijit Mukherjee
Indrajit Mukherjee
Kediaman Rashtrapati Bhavan, New Delhi, Delhi, India
Alma mater Universiti Calcutta
Laman web Laman web rasmi

Pranab Kumar Mukherjee (lahir 11 Disember 1935) ialah seorang ahli politik India dan Presiden India ke-13. Pranab mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim India. Beliau adalah bekas Menteri Kewangan India.

Mukherjee adalah pemimpin kanan Parti Kongres Kebangsaan India sehingga beliau meletak jawatan sebelum pilihan raya Presiden India 2012 pada 22 Julai 2012. Beliau mengambil jawatan sebagai Presiden India ke-13 pada 25 Julai 2012.

Pranab Mukherjee terlibat dalam politik Kongres Kebangsaan India pada 1969 di bawah Perdana Menteri India Indira Gandhi. Beliau pernah menjadi menteri dalam kabinet Indira Gandhi (1973) dan Menteri Kewangan India (1982-1984). Mukherjee adalah Ketua Dewan Sabha Rajya (1980-1985).

Mukherjee itu diketepikan dari Kongres semasa era Rajiv Gandhi kerana tidak sealiran dengan Rajiv Ghandhi. Kemudian beliau membentuk parti politik baru, Kongres Rashtriya Samajwadi tetapi bergabung dengan Kongres (1989) selepas berkompromi dengan Perdana Menteri Rajiv Gandhi. Seterusnya Perdana Menteri Narasimha Rao memilih beliau sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perancangan dan sebagai Menteri Luar India (1995-1996) dalam Kabinet Rao . Mukherjee muncul sebagai arkitek politik Sonia Gandhi pada 1990-an. Beliau menjadi negarawan sulung daripada parti Kongres. Mukherjee adalah Ketua Dewan Lok Sabha 2004-2012. Beliau berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan (2004-2006) ; Menteri Hal Ehwal Luar (2006-2009); Menteri Kewangan 2009-2012 dalam kerajaan Perdana Menteri Manmohan Singh .

Mukherjee menerima penghargaan seperti Menteri Kewangan terbaik Dunia (1984) dan Menteri Kewangan Asia (2010) oleh akhbar 'Emerging Markets' untuk Bank Dunia dan IMF. Pada Disember 2010, majalah Banker mengiktiraf beliau sebagai "Menteri Kewangan Tahun 2010". Kerajaan India juga memberi penghormatan kepada beliau bersama tokoh Padma Vibhushan pada tahun 2008.

Pada tahun 2017, Mukherjee memutuskan untuk tidak bertanding untuk pemilihan semula dan bersara daripada politik selepas meninggalkan kepresidenan kerana "komplikasi kesihatan yang berkaitan dengan usia tua". Tempoh jawatannya tamat pada 25 Julai 2017.[1][2][3]

Presiden India[sunting | sunting sumber]

Pranab menggantikan presiden wanita pertama, Pratibha Patil, yang tempoh penggal lima tahunnya berakhir pada 25 Julai 2012.

Dalam undian yang dijalankan, beliau menewaskan P.A.Sagma, bekas Speaker Dewan Rakyat (Lok Sabha).Terdapat 748 anggota Parlimen dalam Dewan Rakyat. 527 mengundi Pranab manakala Sagma, 64, mendapat 206 undi. Sebanyak 15 undi rosak.[4]

Pada bulan Januari 2017, Mukherjee menyatakan bahawa beliau tidak akan bertanding untuk pilihan raya Presiden 2017. Alasannya untuk mengatakan ini ialah usianya dan kesihatan yang tidak baik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Jawatan politik
Didahului oleh
Ramaswamy Venkataraman
Menteri Kewangan
1982–1984
Diikuti oleh:
Vishwanath Pratap Singh
Didahului oleh
Mohan Dharia
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perancangan
1991–1996
Diikuti oleh:
Madhu Dandavate
Didahului oleh
Dinesh Singh
Menteri Luar Negeri
1995–1996
Diikuti oleh:
Atal Bihari Vajpayee
Didahului oleh
George Fernandes
Menteri Pertahanan
2004–2006
Diikuti oleh:
Arackaparambil Kurian Antony
Didahului oleh
Manmohan Singh
Menteri Luar Negeri
2006–2009
Diikuti oleh:
Somanahalli Mallaiah Krishna
Menteri Kewangan
2009–2012
Diikuti oleh:
Manmohan Singh
Didahului oleh
Pratibha Patil
Presiden India
2012–2017
Diikuti oleh:
Ram Nath Kovind