Proksi songsang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebuah pelayan proksi yang menghubungkan Internet dengan rangkaian dalaman.
Sebuah proksi songsang yang menerima permintaan daripada Internet dan memajukannya kepada pelayan-pelayan dalam sebuah rangkaian dalaman. Bahagian peminta mungkin tidak menyedari proses ini berlaku.

Dalam rangkaian komputer, proksi songsang (bahasa Inggeris: reverse proxy) ialah sejenis pelayan proksi yang mendapatkan sumber-sumber untuk pelanggan daripada satu atau lebih pelayan. Sumber-sumber tersebut kemudiannya diberikan kepada pelanggan seakan-akan ia berasal daripada pelayan tersebut. Berbeza dengan proksi maju yang bertindak sebagai pengantara bagi pelanggannya (yang biasanya dekat) dan memulangkan sumber yang ada di Internet, proksi songsang bertindak sebagai pengantara bagi pelayan-pelayannya (yang biasanya dekat) dan hanya akan memulangkan sumber-sumber daripada pelayan-pelayan terbabit.

Kegunaan proksi songsang[sunting | sunting sumber]

  • Proksi songsang mampu menyembunyikan kewujudan serta sifat pelayan.
  • Ciri-ciri tembok api aplikasi mampu menahan serangan berasaskan web yang biasa. Tanpa proksi songsang, membuang perisan perosak boleh menjadi sukar.
  • Dalam tapak-tapak web selamat, sesebuah pelayan web boleh memindahkan kerja-kerja penyulitan SSL kepada proksi songsang yang mungkin mempunyai perkakas pencepatan SSL.

Jika Anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.