Proses Ultraturasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

darah arteri renal memasuki glomerulus melalui arteriol aferen dan keluar melalui ateriol eferen. Tekanan darah di arteriol aferen adalah lebih tinggi berbanding arteriol eferen kerana arteriol aferen berasal daripada arteri renal yang bercabang dari aorta. Selain itu, diameter arteriol aferen adalah lebih kecil berbanding dengan diameter arteriol eferen, menyebabkan satu tekanan hidrostatik yang tinggi terbentuk di dalam glomerulus. Tekanan ini menyebabkan hampir semua kandungan plasma darah terturas keluar dari glomerulus (melalui dinding kapilari glomerulus yang nipis dan berliang seni) dan msauk ke dalam rongga kapsul Bowman. Proses penurasan kandungan plasma kecuali eritrosit platelet dan protein plasma disebut sebagai proses ultraturasan.

Bendalir yang dituraskan ke dalam rongga kapsul Bowman dinamakan hasil turasan glomerulus. Hasil turasan glomerulus mengandungi semua kandungan plasma darah dalam arteriol aferen kecuali sel darah merah seperti eritrosit, leukosit, platlet dan protein plasma yang terlalu besar untuk dituraskan. Kandungan utama hasil turasan glomerulus terdiri daripada molekul kecil ion seperti ion tak organik terutamanya ion natrium, glukosa asid amino dan urea.