Ptolemy XII

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ptolemy XII meremukkan musuhnya dengan cokmar diraja. Ukiran dari tiang pertama di kuil di Edfu.

Ptolemy Neos Dionysos Theos Philopator Theos Philadelphos[note 1] (117–51 BC; Bahasa Yunani Kuno: Πτολεμαῖος Νέος Διόνυσος Θεός Φιλοπάτωρ Θεός Φιλάδελφος, disebut Ptolemaios Néos Diónusos Theós Philopátōr Theós Philádelphos ≈ Dionysus Baru, Dewa Dikasihi oleh Bapanya, Dewa Dikasihi oleh Saudaranya), lebih biasa sebagai "Auletes" (Αὐλητής, Aulētḗs = peniup seruling) atau "Nothos" (Νόθος, Nóthos = luar nikah), merupakan raja Mesir Purba dari keturunan Macedonian. Auletes bererti peniup seruling, merujuk kepada kegemaran raja memainkan seruling.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Ptolemy memerintah dalam tempoh Hellenisme. Beliau dipercayai sebagai anak luar nikah pada Ptolemy IX Soter, kemungkinannya dengan seorang wanita Mesir.[1][2] Tetapi dia mungkin anak Ptolemy IX dengan Cleopatra IV.[3]

Pemerintahannya sebagai raja telah terganggu oleh pemberontakan umum yang mengakibatkan dia melarikan diri pada 58-55 SM. Oleh itu, Ptolemy XII memerintah Mesir dari 80 hingga 58 BC dan dari 55 BC sehingga kematiannya pada tahun 51 SM. Ptolemy XII secara umumnya digambarkan sebagai lelaki lemah, suka berpoya-poya, pemabuk, dan peminat muzik.[4]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Ptolemy mungkin mempunyai dua isteri. Dia berkahwin dengan Cleopatra Tryphaena (dirujuk sebagai Cleopatra V[5] atau Cleopatra VI [1] dalam kesusasteraan), yang mungkin telah sama ada adik atau sepupu. Cleopatra Tryphaena tidak disebut selepas 69 SM dan ia tidak jelas siapa yang ibu kepada tiga anak Ptolemy termuda..[1] Anak-anaknya termasuk:

  1. Kemungkinnya seorang anak perempuan bernama Cleopatra Tryphaena. Prophyry menyebut anak perempuan Cleopatra Tryphaena yang memerintah dengan kakaknya Berenice [6] Strabo bagaimanapun menyatakan bahawa Ptolemy mempunyai tiga orang anak perempuan yang hanya anak sulung (Berenice) adalah sah. [7] mencadangkan bahawa Tryphaena Cleopatra yang dirujuk oleh Prophyry mungkin isteri Ptolemy, bukan anak perempuannya. Ramai pakar kini mengenalpasti Cleopatra VI dengan Cleopatra V dari Mesir, isteri Ptolemy.[5]
  2. Berenice IV
  3. Cleopatra VII
  4. Arsinoe IV
  5. Ptolemy XIII
  6. Ptolemy XIV

Pemerintahan pertamanya (80–58 BC)[sunting | sunting sumber]

Pada 80 BC, raja sebelum Ptolemy XII, Ptolemy XI disingkirkan oleh penduduk Mesir dari takhta selepas raja membunuh pemerintah bersamanya dan ibu tirinya Berenice III.[8] Apabila Ptolemy XI mati tanpa waris lelaki, keturunan lelaki yang masih ada dari darah Ptolemy I adalah anak luar nikah Ptolemy IX oleh dayang Yunani yang tidak dikenali.[9] Pemuda itu hidup dalam buangan di Sinop, Turkei, di istana Mithridates VI, Raja Pontus. Sebagai paling tua Ptolemy XII diistihar raja sebagai Ptolemy XII Neos Dionysos dan mengahwini saudara perempuannya, Tryphaena. Ptolemy XII memerintah bersama dengan anak perempuannya Cleopatra VI Tryphaena dan isterinya Cleopatra V Tryphaena.

Bagaimanapun, Ptolemy XI telah meninggalkan takhtanya kepada Rom dalam wasiatnya, dengan itu Ptolemy XII bukanlah pengganti yang sah. Bagaimanapun, Rom tidak mencabar penggantian Ptolemy XII kerana Senate enggan mengambil Mesir.[8]

Nama kultus peribadi Ptolemy XII (Neos Dionysos) menyebabkan dia diejek sobriquet Auletes (pemain flut) — sebagaimana diketahui melalui penulisan Strabo, (Strabo XVII, 1, 11):

Kini semua raja selepas Ptolemy ketiga, dirosakkan akibat kemewahan hidup, telah mentadbir hal ehwal kerajaan dengan teruk, tetapi yang paling teruk adalah yang keempat, ketujuh dan yang terakhir, Auletes, yang, selain daripada hawa nafsu amnya, mengamalkan iringan korus dengan seruling, dan dengan ini, dia merasa begitu bangga sehinggakan dia tidak akan teragak-agak untuk meraikan pertandingan di istana diraja, dan semasa pertandingan ini akan tampil ke hadapan untuk bersaing dengan peserta lawan.
Tiang Pylon pertama di Kuil Edfu. Kuil dihiasi oleh Ptolemy XII pada 57 BC dengan gambaran dia sendiri membunuh musuh-musuhnya.

Sebelum pemerintahan Ptolemy XII, jarak geografi antara Rom dan Mesir menyebabkan atitude tidak kisah antara mereka berdua. Sungguhpun begitu, Mesir meminta Rom menyelesaikan pertelingkahan dinasti ini[10] Semasa pemerintahannya, Ptolemy XII cuba mengukuhkan takdirnya dan takdirdinastinya dengan mengamalkan polisi menyokong Rom. Pada 63 BC, ia kelihatan Pompey akan muncul sebagai pemimpin pergelutan Rom, dengan itu Ptolemy cuba mendapatkan perhubungan penaung-pelanggan dengan Rom dengan menghantar harta dan jemputan untuk ke Alexandria. Pompey menerima harta tersebut tetapi menolak jamputan tersebut.[11] Subgguhpun begitu, hubungan naungan dengan pemimpin Rom tidak menjamin pengekalannya di atas takta, dengan itu tidak lama kemudian Ptolemy XII mengembara ke Rom bagi merunding rasuah bagi pengesahan keatas kerajaannya. Selepas membayar rasuah enam rubu talent kepada Julius Caesar dan Pompey, satu ikatan rasmi dibentuk (foedus) dan namanya dicatat dalam senarai rakan dan sekutu rakyat Rom (amici et socii populi Romani).[12]

Disingkir ke Rom (58–55 BC)[sunting | sunting sumber]

Pada 58 BC, Ptolemy XII gagal untuk mengulas mengenai penaklukan ke atas Cyprus, jajahan yang diperintah oleh saudaranya, dengan itu menimbulkan kemarahan rakyat Mesir yang bangun memberontak. Rakyat Mesir telahpun ditindas oleh cukai berat (bagi menyelesaikan rasuah Rom) dan peningkatan tinggi dalam kos kehidupan. Ptolemy XII lari ke Rom bersama anak perempuannya Cleopatra VII, bagi mencari tempat selamat.[13] Anak perempuannya Berenice IV menjadi penggantinya. Dia memerintah sebagai pemerintah bersama dengan saudaranya (atau kemungkinan ibu) Cleopatra VI Tryphaena. Setahun selepas penyingkiran Ptolemy XII, Cleopatra VI Tryphaena meninggal dan Berenice memerintah bersendirian dari Alexandria dari 57 hingga 56BC.[14]

Dari Rom, Ptolemy XII mengusahakan perlantikan semulanya tetapi menerima tentangan dari sebahagian ahli senate tertentu. Sekutu lama Ptolemy XII Pompey memberi perlindungan bagi raja tersingkir dan anak perempuannya dan mendesak bagi pihak pengembalian takhta Ptolemy di Senet Rom. Pada masa ini, pemberi hutang Rom menyedari bahawa mereka tidak akan dibayar pinjaman mereka pada raja Mesir tanpa dia dikembalikan pada takhta.[15] Dengan itu pada 57 BC, tekanan dari orang awam Rom memaksa keputusan Senate bagi mengembalikan takhta Ptolemy.[16] Bagaimanapun, Rom tidak ingin menjajah Mesir bagi mengembalikan raja kerana dalam buku Sibylline menyatakan bahawa sekiranya raja Mesir meminta bantuan dan Rom melakukannya melalui campurtangan tentera, bahaya besar dan kesukaran akan berlaku.[17]

Mesir mendengar kemungkinan campur tangan Rom dan tidak ingin raja mereka kembali. Cassius Dio melaporkan bahawa sekumpulan seratus orang dihantar sebagai perwakilan dari Mesir bagi mewakili pihak mereka pada Rom menentang pemulihan Ptolemy XII, tetapi Ptolemy meracun pemimpin mereka (ahli falsafah bernama Dion) dan kebanyakan pembantah yang lain dibunuh sebelum mereka sampai ke Rom bagi merayu kemahuan mereka.[18]

Pemulihan (55–51 BC)[sunting | sunting sumber]

Ptolemy XII akhirnya mendapat kembali takhtanya dengan membayar Aulus Gabinius 10,000 talent untuk menyerang Mesir pada tahun 55 SM. Selepas mengalahkan tentera sempadan kerajaan Mesir, tentera Aulus Gabinius terus mara untuk menyerang pengawal istana tetapi pengawal istana telah menyerah diri sebelum pertempuran bermula.[19]

Tarikh sebenar pemulihan takhta Ptolemy XII tidak diketahui; tarikh terawal kemungkinan pemulihan takhta adalah 4 Januari 55 SM dan tarikh terakhir yang mungkin ialah 24 Jun tahun yang sama. Walau bagaimanapun, apabila memasuki istana, Ptolemy memerintah Berenice dan penyokong nya dibunuh. Sejak itu, dia memerintah sehingga dia jatuh sakit di 51 SM. Kira-kira dua ribu tentera Rom dan tentera upahan, yang dipanggil Gabiniani, ditempatkan di Alexandria untuk memastikan pengekalan Ptolemy XII pada takhta. Sebagai pertukaran, Rom dapat menggunakan pengaruh ke atas raja yang dikembalikan takhtanya itu. [20] Anak perempuannya Cleopatra VII menjadi pemerintah bersama beliau.

Pada masa pemulihan takhta Ptolemy XII, pemiutang Rom menuntut pulangan ke atas pelaburan mereka tetapi perbendaharaan Alexandria tidak dapat membayar balik hutang raja. Belajar dari kesilapan lalu, Ptolemy XII mengalih kebencian popular kenaikan cukai daripada raja kepada Rom, pemiutang utama beliau Gaius Rabirius Postumus, yang dia dilantik sebagai Dioiketes (menteri kewangan). Jadi Rabirius telah dipertanggungjawabkan pembayaran balik hutang. Mungkin Gabinius juga telah memberikan tekanan kepada Ptolemy XII untuk dilantik sebagai Rabirius, yang kini mempunyai capaian langsung kepada sumber kewangan Mesir tetapi mengeksploitasi Mesir terlalu banyak. Raja terpaksa memenjarakan Rabirius untuk melindungi nyawanya dari rakyat yang marah. Kemudian dia mengatur untuk Gaius melarikan diri. Gaius segera meninggalkan Mesir dan kembali ke Rom pada akhir tahun 54 SM. Di sana, beliau dituduh de repetundis, tetapi dipertahankan oleh Cicero dan dia mungkin dibebaskan [21] Ptolemy turut membenarkan sistem mata wang susut nilai sebagai usaha untuk membayar balik pinjaman. Di akhir zaman Ptolemy, nilai syiling Mesir jatuh kepada kira-kira lima puluh peratus daripada nilai pada awal pemerintahannya. [22]

Sebelum kematiannya, Ptolemy XII memilih anak perempuannya Cleopatra VII sebagai pemerintah bersama beliau. Dalam wasiatnya, beliau mengisytiharkan bahawa dia dan abangnya Ptolemy XIII harus memerintah kerajaan itu bersama-sama. Bagi melindungi kepentingan , beliau menjadikan Rom sebagai pelaksana wasiat . Oleh kerana Senat adalah sibuk dengan urusan sendiri, Pompey ( sebagai sekutu Ptolemy XII ) meluluskan wasiat. [23]

"Sepanjang pemerintahan berpanjangan beliau tujuan utama Ptolemy adalah untuk mengekalkan kuasanya ke atas takhta Mesir supaya akhirnya diwarisi kepada waris beliau. Untuk mencapai matlamat ini, dia bersedia untuk banyak berkorban: kehilangan tanah Ptolemy yang subur, sebahagian besar daripada kekayaan dan juga, menurut Cicero, maruah yang merupakan dasar mistik raja apabila dia muncul di hadapan orang Rom sebagai seorang pemohon semata-mata.” [23]

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 Dodson, Aidan and Hilton, Dyan. The Complete Royal Families of Ancient Egypt. Thames & Hudson. 2004. ISBN 0-500-05128-3
  2. Ernle Bradford, Classic Biography: Cleopatra (Toronto: The Penguin Groups, 2000), 28.
  3. Ptolemy XII by Chris Bennett
  4. Ernle Bradford, Classic Biography: Cleopatra (Toronto: The Penguin Groups, 2000), 34.
  5. 5.0 5.1 Tyldesley, Joyce. Chronicle of the Queens of Egypt. Thames & Hudson. 2006. p.200, ISBN 0-500-05145-3
  6. Eusebius: Chronicle p. 167, accessed online
  7. Strabo, Geography, Book XVII, accessed online
  8. 8.0 8.1 Ernle Bradford, Classic Biography: Cleopatra (Toronto: The Penguin Groups, 2000), 33.
  9. A. Clayton Chronicle of the Pharaohs: The Reign by Reign Record of the Rulers and Dynasties of Ancient Egypt. ( London: Thames and Hudson, 1994) ISBN 0-500-05074-0.
  10. Sinai-Davies, Mary. “Ptolemy and the Romans” Historia 46:3 (1997): 307.
  11. Ernle Bradford, Classic Biography: Cleopatra (Toronto: The Penguin Groups, 2000), 35.
  12. Siani-Davies, Mary. “Ptolemy and the Romans” Historia 46:3 (1997): 316.
  13. Ernle Bradford, Classic Biography: Cleopatra ' (Toronto: The Penguin Groups, 2000), 37.
  14. Siani-Davies, Mary. “Ptolemy and the Romans” HIstoria 46:3 (1997): 324.
  15. Siani-Davies, Mary. “Ptolemy and the Romans” Historia 46:3 (1997): 323.
  16. Ernle Bradford, Classic Biography: Cleopatra ' (Toronto: The Penguin Groups, 2000), 39.
  17. Ernle Bradford, Classic Biography: Cleopatra ' (Toronto: The Penguin Groups, 2000), 40.
  18. Siani-Davies, Mary. “Ptolemy and the Romans” Historia 46:3 (1997): 325.
  19. Ernle Bradford, Classic Biography: Cleopatra ' (Toronto: The Penguin Groups, 2000), 43.
  20. Siani-Davies, Mary. “Ptolemy and the Romans” Historia 46:3 (1997): 388.
  21. Compare Cicero, Pro C. Rabirio Postumo; Werner Huß, Ägypten in hellenistischer Zeit 332–30 v. Chr. (Egypt in hellenistic times 332–30 BC), Munich 2001, pp. 696–7
  22. Siani-Davies, Mary. “Ptolemy and the Romans” Historia 46:3 (1997): 332–4.
  23. 23.0 23.1 Siani-Davies, Mary. “Ptolemy and the Romans” Historia 46:3 (1997): 339.

Sumber utama[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Preceded by:
Ptolemy XI
Ptolemaic King of Egypt
First Reign
with Cleopatra V
Succeeded by:
Cleopatra VI and Berenice IV
Berenice IV Ptolemaic King of Egypt
Second Reign
with Cleopatra VII
Ptolemy XIII and Cleopatra VII


Templat:Hellenistic rulers Templat:Pharaohs