Puding roti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Puding roti Creole Austin Leslie dengan kuah sos wiski, dari Restauran di New Orleans, Louisiana.

Puding roti adalah hidangan pencuci mulut yang terkenal di kebanyakan negara, termasuk di England, Perancis, Belgium, Puerto Rico, Mexico, Argentina, Louisiana Creole, dan selatan Amerika Syarikat. Dalam bahasa lain, namanya adalah terjemahan dari nama Inggeris ("bread pudding") atau sekadar "puding"; dalam bahasa Sepanyol, nama lain adalah "migas" (habuk roti), dan mereka turut memiliki hidangan yang sama, capirotada.[1][2]

Ia biasanya dihasilkan dari roti lemau (biasanya sisa roti), telor, gula atau sirap, rempah seperti kayu manis, buah keras, vanila, dan buah-buahan kering.

Roti direndam (sering kali semalaman), dikeringkan, dan dicampur dengan bahan lain. Campuran ini dipindahkan ke dulang dan dibakar.

Ia boleh dihidangkan bersama kuah manis, di Malaysia, ia biasanya dihidangkan dengan kuah kastad. Di Hong Kong, puding roti biasanya dihidangkan bersama kuah krim vanila.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Randelman, Mary Urrutia (1992). Memories of a Cuban Kitchen: More than 200 Classic Recipes. New York: Macmillan. m/s. 290–201. ISBN 0-02-860998-0. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)[page pengesahan diperlukan]
  2. ^ Villapol, Nitza (1956). Cocina al minuto. La Habana, Cuba: Roger A. Queralt - Artes Gráficas. m/s. 254. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)