Pulau Jemor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pulau Jemor, Selangor
ڤولاو جمور، سلاڠور
Jata-Selangor.jpg
Geografi
Status Pulau
Negara  Malaysia
Negeri  Selangor
Daerah Kuala Selangor
  • Bandar terdekat: Kuala Selangor, Klang; Shah Alam; Pekanbaru
  • Koordinat: 3°13'4"N 101°16'56"E

Pulau Jemor merupakan sebuah pulau yang terletak di negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Pulau ini terletak hanya 1 batu nautika dari pantai Jeram di negeri Selangor. Dahulunya pulau ini bergerak sebagai sebuah tapak penyelidikan bagi Pusat Bioteknologi dan Akuakultur untuk Universiti Selangor (UNISEL), [1] Namun kini hanya terbiar dan tidak diuruskan dengan baik, selain menjadi tempat teduhan sementara bagi nelayan dan pemancing dari ribut laut. Pulau Jemor terletak di antara Pulau Angsa dengan Pulau Ketam.

Media massa negara Indonesia sering membuat laporan yang tidak tepat berkenaan pemilikan Pulau Jemor, menurut Menteri Luar Malaysia, Datuk Anifah Aman, Pulau Jemor, Malaysia adalah berlainan dengan Pulau Jemur, Indonesia, selain perbezaan ejaan huruf "o" dan "u", kedudukan geografi cukup berlainan, Pulau Jemor Malaysia di perairan Jeram, Selangor manakala Pulau Jemur Indonesia di perairan Riau, Sumatera, Indonesia.[2]

Objektif penubuhan[sunting | sunting sumber]

Di awal penubuhan pusat itu pada 2004, ia pernah dimanfaatkan sepenuhnya dan bermatlamat mewujudkan 10 operator setahun bagi industri akuakultur di Selangor di kalangan nelayan pantai dan laut dalam.

Pada 4 Ogos 2004, Naib Canselor Unisel ketika itu, Prof Datuk Dr Abdul Aziz Ibrahim berkata, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Marin dan Akuakultur Pulau Jemor dan Pusat Bio-IT Selangor di Pusat Biovalley Malaysia, Cyberjaya adalah cetusan menjadikan Koridor Raya Maritim Selangor, namun begitu projek besar ini dilihat terkubur tanpa pengurusan.

Sebagai permulaan, kemudahan awal di Pulau Jemor meliputi program hatchery, jeti, makmal, chalet, sistem bekalan air tawar, dan asrama untuk saintis.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Terdapat infrastruktur yang lengkap dengan jeti sepanjang 100 meter dan dibangunkan dengan kos RM1.5 juta yang amat kurang dimanfaatkan sebagai lokasi penyelidikan dan peralatan yang digunakan untuk tujuan itu seperti tabung uji juga dibiarkan bersepah.

Janakuasa elektrik yang menggunakan diesel, panel solar dan alat penapis air laut yang berharga puluhan ribu ringgit bagi membekalkan tenaga elektrik serta air minuman juga rosak dan tidak lagi boleh digunakan.

Kekurangan peruntukan[sunting | sunting sumber]

Disebabkan masalah pembiayaan, ia tidak lagi digunakan sebagai pusat penyelidikan dan pulau itu diserahkan kepada swasta menjaganya, pihak swasta telah menyediakan kemudahan kepada kaki pancing dengan kadar bayaran RM5 setiap kali memancing di pulau itu dan terdapat juga perkhidmatan bot dari Jeram ke pulau tersebut pada kadar RM25 seorang. Namun begitu, pulau tersebut tetap tidak diurus dengan baik.

Bekas dekan dan professor Fakulti Sains dan Bioteknologi UNISEL, Bestari Jaya, Profesor Dr Mohd Nasir Saadon berkata, pihaknya sudah lama tidak membuat penyelidikan dan kajian di pulau itu kerana tiada peruntukan.

Malah, sejak setahun lalu, pulau itu terbiar dan tiada pengawal keselamatan ditempatkan bagi menjaga aset. Beliau berkata, penyelidikan hanya dilaksanakan di pulau itu pada peringkat awal selepas tempat itu disiapkan. Bagaimanapun, beliau perlu membuka kertas kerja awal berkenaan penyelidikan itu bagi mendapatkan maklumat lengkap.

Beliau berkata “Memang dah berhenti lama (penyelidikan dan kajian di Pulau Jemor). Kami hanya menjalankan penyelidikan ketika peringkat awal ia disiapkan pada Januari 2004 sebelum dihentikan setahun kemudian akibat kekurangan dana. Saya belum pasti status Pulau Jemor di bawah jagaan Unisel atau sebaliknya. Tetapi saya rasa tanah memang bukan milik Unisel,”

Menurut bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali, Pulau Jemor hanya dijadikan tempat penyelidikan saja dan tiada orang tinggal di situ. Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah Unisel berkata, pihak universiti berkenaan memang tidak mempunyai dana menjaga pulau terbabit.

“Mengenai laporan terdapat kegiatan tidak bermoral di bangunan terbiar yang ditinggalkan di Pulau Jemor, saya rasa penduduk setempat terutama di jeti bahagian tanah besar mempunyai peranan. Penduduk boleh memantau pergerakan kumpulan mencurigakan dan laporkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan. Apapun, katanya, adalah sesuatu yang merugikan apabila binaan dan kemudahan yag dibina mahal di pulau itu tidak dimanfaatkan. Siasatan dan pemeriksaan status penjagaan Pulau Jemor sekarang sama ada bawah pihak berkuasa tempatan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) atau pejabat daerah setempat perlu di periksa," menurutnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hmetro.com.my (2004). myMetro | Pulau Jemor lokasi ‘selamat’ maksiat. [online] Retrieved from: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PulauJemorlokasi__8216_selamat__8217_maksiat/Article [Accessed: 11 Jun 2013].
  2. ^ Mstar.com.my (2009). mStar Online: Malaysia-Indonesia ibarat menarik rambut dalam tepung. [online] Dipetik daripada: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/9/18/mstar_berita/20090918084513&sec=mstar_berita [Dicapai pada: 11 Jun 2013]