Pergi ke kandungan

Pulau Robben

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bangunan penjara di Pulau Robben.
Gambar diambil oleh Rüdiger Wölk.

Pulau Robben (Afrikaans: Robbeneiland) ialah sebuah pulau di Teluk Table, 6.9 km di arah barat pantai Bloubergstrand, Cape Town, Afrika Selatan. Nama Pulau Robben datang daripada perkataan Belanda yang bermaksud "pulau anjing laut". Pulau ini berbentuk bujur, 3.3 km panjang dari utara ke selatan, dan 1.9 km lebar, dengan kawasan seluas 5.07 km².[1]

Pemenang Hadiah Nobel dan bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela ditahan di Pulau Robben buat 18 daripada 27 tahun beliau diletakkan di bawah tahanan sebelum rejim aparteid dijatuhkan. Kgalema Motlanthe,[2] yang juga berkhidmat sebagai Presiden Afrika Selatan, menghabiskan sepuluh tahun sebagai orang tahanan di Pulau Robben, dan begitu juga presiden sekarang (2013) Jacob Zuma.

  1. ^ "Avian Demography Unit: Robben Island". Department of Statistical Sciences, University of Cape Town. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-05. line feed character in |publisher= at position 36 (bantuan)
  2. ^ "New S. Africa president sworn in". BBC News. 25 September 2008. Dicapai pada 2008-11-22.



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.