Pulau U Thant

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
U Thant Pulau dari utara, dengan Jambatan Williamsburg di latar belakang
U Thant Pulau dari barat-barat daya

Pulau U Thant (secara rasminya Pulau Belmont) ialah pulau buatan kecil di kota Manhattan dalam Bandar Raya New York. Pulau bersaiz 100 kali 200 feet (30 kali 61 m) yang merupakan pulau terkecil di Manhattan ini terhasil semasa pembinaan Terowong Steinway.

Lokasi dan bidang kuasa[sunting | sunting sumber]

Pulau buatan kecil ini bersaiz 100 x 200 kaki (30 x 61 m) dan terletak di Sungai Timur berdekatan selatan Pulau Roosevelt.[1][2] Ia terletak di pertengahan antara Ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di 42nd Street dan Gantry Plaza State Park di Bandar Long Island dan secara sahnya merupakan sebahagian daripada kota kecil Manhattan.

Pulau kecil itu diuruskan oleh Jabatan dan Taman Rekreasi Bandar Raya New York dan kini dilindungi sebagai tempat perlindungan untuk burung hijrah, termasuk koloni kecil burung dendang air berjambul dua. Kemasukan ke pulau ini adalah dilarang untuk orang awam.[3][4][5] Terumbu di perairan sekitar pulau ini terkenal sebagai tempat kapa-kapal menangkap ikan bass belang.[6]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bangunan Chrysler dan bangunan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dengan Pulau U Thant di latar depan

Pada tahun 1890-an, William Steinway membina dua buah terowong troli eponim di bawah Sungai Timur untuk laluan menghubungkan Manhattan ke Steinway Village di Astoria, Queens. Ketika sebahagian daripada projek pembinaan tersebut, cerobong digali ke dalam singkapan granit dikenali sebagai Man-o'-War Reef untuk menggali terowong lalu meluahkan lebihan sisa batu yang menghasilkan terumbu dan kemudiannya sebuah pulau kecil. Steinway meninggal sebelum terowong itu selesai, dan pembiaya projek August Belmont Jr. menghentikan kerja pembinaan tersebut pada 1907. Pulau kecil ini dinamakan Pulau Belmont sempena pembiaya itu serta menjadi nama rasmi yang sah pulau tersebut. Terowongnya pula yang terletak betul-betul di bawah pulau ini masih digunakan oleh IRT Flushing Line (7Templat:NYCS trains) kini sebahagian daripada sistem Kereta Api Bawah Tanah Bandar Raya New York.[7]

Pada tahun 1977, pulau itu telah didatangi oleh sebuah kumpulan yang disebut Meditasi Keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di mana seorang kakitangan Pejabat PBB dan pengikut guru Sri Chinmoy berkhidmat sebagai paderi antara agama di sana. Mereka menyewa pulau kecil itu dari negeri New York, menghijaukan permukaannya, dan secara tidak rasmi menamakannya Pulau U Thant —sempena mantan Setiausaha Agung pertubuhan itu yang merupakan sahabat rapat Chinmoy sendiri— yang telah menjadi nama biasa untuk pulau itu sehingga kini. Pulau ini menjadi tapak sebuah "gerbang kesatuan" logam yang memelihara barang-barang peribadi di pulau ini.[8]

Pada tahun 1999, The New York Times Magazine mengadakan pertandingan antarabangsa untuk mereka bentuk yang kapsul masa untuk mengekalkan artifak untuk alaf seterusnya. Masukan oleh Arkitek Caples Jefferson mencadangkan obelisk granit di Pulau U Thant itu yang akan hancur secara beransur-ansur, hanya meninggalkan kapsul masa pada akhir abad ke-30.[9]

Semasa Konvensyen Kebangsaan Republikan 2004, pelukis dan pembikin filem tempatan bernama Duke Riley telah mendayung perahu dengan rakannya ke pulau itu pada waktu malam mengisytiharkan ia sebuah negara yang berdaulat serta mengibarkan panji sepanjang 21 feet (6.4 m) yang menggambarkan dua belut elektrik dari menara navigasi pulau ini. Dalam pelayaran kembali mereka pada siang hari, mereka ditangkap oleh Pengawal Pantai Amerika Syarikat tetapi namun mereka tidak ditahan. Seluruh kejadian ini didapati dalam rakaman video Riley bertajuk Belmont Island (SMEACC).[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mascia, Jennifer (July 5, 2009). "Sand, Surf and Shoobies". The New York Times. Dicapai pada 2010-02-28. 
  2. ^ National Oceanic and Atmospheric Administration (April 1, 2009). Chart 12335 (Peta). 1 : 10,000. http://www.charts.noaa.gov/OnLineViewer/12335.shtml. Diperolehi 28 Februari 2010.
  3. ^ Schneider, Daniel B. (October 6, 1996). "F.Y.I.". The New York Times. Dicapai pada 28 Februari 2010. 
  4. ^ Brody, Jane E. (8 September 1998). "A Cleaner Harbor Lures Water Birds to New York". The New York Times. Dicapai pada 28 Februari 2010. 
  5. ^ Berger, Joseph (4 Disember 2003). "So, You Were Expecting a Pigeon?; In City Bustle, Herons, Egrets and Ibises Find a Sanctuary". The New York Times. Dicapai pada 12 Julai 2009. 
  6. ^ Kaminsky, Peter (November 7, 2004). "Some Special Spots in Shadow of Skyline". The New York Times. Dicapai pada 28 Februari 2010. 
  7. ^ Rogoff, David (1960). "The Steinway Tunnels". Electric Railroads (29). 
  8. ^ Baard, Erik (4 Jun 2002). "Holy Waters". The Village Voice. New York. Dicapai pada 12 Julai 2009. 
  9. ^ Muschamp, Herbert (5 Disember 1999). "Designs for the Next Millennium. Caples Jefferson". The New York Times. Dicapai pada 12 Julai 2009. 
  10. ^ Tudor, Silke (23 Mei 2006). "Life of Riley". The Village Voice. New York. Dicapai pada 12 Julai 2009. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]