Puncak minyak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Puncak minyak adalah satu tahap apabila kadar maksimum pengeluaran minyak dunia dicapai, di mana selepas itu kadar pengeluaran akan menurun. Jika penggunaan minyak dunia tidak dikurangkan, krisis tenaga akan terbentuk kerana minyak yang sedikit berbanding penggunanya dan harga yang akan meningkat tinggi. M. King Hubbert adalah yang pertama mengutarakan teori pada tahun 1956 dan dengan tepat meramal pengeluaran minyak Amerika Syarikat akan mengalamai zaman puncak antara 1965 dan 1970. Model Hubbert dikenali teori puncak minyak dan kini digunakan untuk meramal puncak minyak negara lain.