Pusat Ski Rentas Desa Nasional

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pusat Ski Rentas Desa Nasional
LokasiChongli, Zhangjiakou, China
Koordinat40°53′46″N 115°28′24″E / 40.8961°N 115.4732°E / 40.8961; 115.4732Koordinat: 40°53′46″N 115°28′24″E / 40.8961°N 115.4732°E / 40.8961; 115.4732
Kapasiti6,203
Pembinaan
Pecah tanah2017
Dibina2019
DibukaDisember 2020
ArkitekInstitut Penyelidikan & Reka Bentuk Seni Bina Universiti Tsinghua (THAD)

Pusat Ski Rentas Desa Nasional (Cina ringkas: 国家越野滑雪中心Cina tradisional: 國家越野滑雪中心pinyin: Guójiā Yuèyě Huáxuě Zhōngxīn) merupakan sebuah kemudahan sukan ski rentas desa di Daerah Chongli, Zhangjiakou, China. Pusat ini merupakan sebahagian daripada kluster Guyangshu (Cina: 古杨树).[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pusat Ski Rentas Desa Nasional direka oleh Institut Penyelidikan dan Reka Bentuk Seni Bina Universiti Tsinghua (THAD) dari tahun 2017 hingga 2018.[2] Pembinaan telah bermula pada tahun 2017[3] dan bertamat pada tahun 2019.[4] Pusat ini dibuka pada Disember 2020,[5] dan menganjurkan Pertandingan Ski Rentas Desa Temasya Sukan Salji Hebei Ke-2 dari 19 hingga 21 Disember 2020.[6]

Dari 4 hingga 5 Disember 2022, Pusat Ski Rentas Desa Nasional telah menganjurkan Piala Kebenuaan Gabungan Nordik FIS 2021/2022.[7] Pusat ini telah menganjurkan pertandingan gabungan Nordik dan ski rentas desa semasa Sukan Olimpik 2022 berlangsung di Beijing, China dari 4 hingga 20 Feburari 2022.[8]

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Pusat Ski Rentas Desa Nasional berluas 106.55 hektar (1,065,500 m2) dan mempunyai laluan pertandingan yang berjarak 13km. Ketinggian maksimum laluan pertandingan ialah 1721.6m manakala ketinggian minimumnya ialah 1638.8m.[2] Pusat ini mempunyai bangunan kekal yang berluas 5707 m² dan struktur sementara yang berluas 17400 m². Keputusan untuk mengurangkan pembinaan bangunan kekal adalah untuk meminimumkan impak dan penjejasan alam sekitar.[1] Air hujan juga akan dikutip dan ditapis sebelum digunakan untuk tujuan penghasilan salji, penyiraman tumbuhan dan pembersihan.[9] Beberapa laluan pertandingan telah digabungkan untuk mengelakkan penghalangan pemandangan penonton dan mengurangkan penjejasan hutan asal di sekitar pusat tersebut.[2]

Selepas tamatnya Sukan Olimpik 2022, pusat ini akan diubah suai kepada taman rekreasi dan akan menjadi tempat penganjuran pelbagai aktiviti seperti tontonan wayang dan teater, festival muzik serta pusat latihan ekuestrian.[4][9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Hou, Xiaohang (4 Februari 2022). "Beijing 2022 Winter Olympic Games: Discover the Full List of Projects". archdaily.com. Dicapai pada 6 April 2022.
  2. ^ a b c "THAD冬奥丨国家越野滑雪中心" [THAD Sukan Olimpik Musim Sejuk丨Pusat Ski Rentas Desa Nasional]. Tsinghua Holdings (dalam bahasa Cina). 16 Disember 2021. Dicapai pada 6 April 2022.
  3. ^ Etchells, Daniel (18 November 2017). "Beijing 2022 host district launches bidding process for venue construction". Inside the Games. Dicapai pada 6 April 2022.
  4. ^ a b "国家越野滑雪中心" [Pusat Ski Rentas Desa Nasional]. news.cn (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 6 April 2022.
  5. ^ "静待开赛!国家越野滑雪中心准备就绪" [Menanti pertandingan bermula! Pusat Ski Rentas Desa Nasional Bersedia]. China Daily (dalam bahasa Cina). 13 Januari 2022. Dicapai pada 6 April 2022.
  6. ^ "河北省第二届冰雪运动会越野滑雪比赛开赛". hd.gov.cn. 21 Disember 2020. Dicapai pada 6 April 2022.
  7. ^ "FIS NORDIC COMBINED CONTINENTAL CUP 2021/22 – M&W" (PDF). Persekutuan Ski Antarabangsa. 15 April 2019. Dicapai pada 6 April 2022.
  8. ^ "Discover Beijing 2022's snow venues". olympics.com. 1 Februari 2019. Dicapai pada 4 April 2022.
  9. ^ a b Zhao, Dan Mei (12 November 2021). "国家越野滑雪中心如何实现四季运营?" [Bagaimanakah Pusat Ski Rentas Desa boleh beroperasi sepanjang tahun?]. chinanews.com (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 6 April 2022.