Pusat pemeriksaan sempadan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Bangunan Sultan Iskandar (Malaysia) dan Pusat Pemeriksaan Woodlands (Singapura) di sempadan Malaysia–Singapura mengendalikan lintasan sempadan darat antarabangsa tersibuk di dunia, dengan 350,000 pengembara setiap hari.[1][2]

Pusat pemeriksaan sempadan (juga dikenali sebagai pusat pemeriksaan perbatasan) adalah suatu kemudahan yang terletak pada atau berhampiran sempadan antarabangsa, di mana para pengembara atau barangan akan diperiksa sebelum dibenarkan (atau dinafikan) untuk melintasnya. Pihak berkuasa biasanya diperlukan bagi memasuki sesebuah negara melalui sempadannya. Sempadan akses yang dikawal selalunya mempunyai bilangan pusat pemeriksaan yang terhad, di mana ia boleh dilalui tanpa sekatan undang-undang. Peraturan atau perjanjian boleh dibentuk bagi membenarkan lintasan yang kurang terkawal (seperti Perjanjian Schengen). Pusat pemeriksaan sempadan darat (pintu masuk darat) boleh dibezakan dengan kemudahan kastam dan imigresen di pelabuhan laut, lapangan terbang antarabangsa dan pintu masuk sempadan yang lain.

Pusat-pusat pemeriksaan biasanya mempunyai dua tujuan iaitu untuk menghalang kemasukan individu yang tidak diingini (contohnya penjenayah atau orang yang menimbulkan ancaman) atau mereka yang tanpa kebenaran untuk masuk dan bagi mencegah kemasukan barangan yang tidak sah atau tertakluk kepada sekatan, atau untuk mengutip tarif.

Takrifan dalam undang-undang Kesatuan Eropah (Schengen)[sunting | sunting sumber]

Kanun Sempadan Schengen yang membentuk sebahagian daripada undang-undang Kesatuan Eropah, mentakrifkan beberapa istilah berikut (kekhususan berkenaan dengan EU ditinggalkan, untuk menekankan kebolehgunaan umum takrifan tersebut):[3]

  • "Pusat pemeriksaan sempadan" membawa maksud mana-mana titik lintasan dibenarkan oleh pihak berkuasa-pihak berkuasa kompeten untuk melintasi sempadan luar. (Perkara 2 Seksyen 8)
  • "Kawalan sempadan" bermaksud kegiatan yang dijalankan di suatu sempadan, [...] sebagai tindak balas secara eksklusif kepada niat untuk melintasi atau perbuatan melintasi sempadan itu, tanpa mengira mana-mana pertimbangan lain, yang terdiri daripada pemeriksaan sempadan dan pengawasan sempadan. (Perkara 2 Seksyen 9)
  • "Pemeriksaan sempadan" membawa maksud pemeriksaan yang dijalankan di titik lintasan sempadan, bagi memastikan orang-orang itu, termasuklah sarana pengangkutan mereka dan objek-objek yang mereka miliki, mungkin boleh diberi kuasa untuk memasuki wilayah itu [...] atau diberi kuasa untuk keluar darinya. (Perkara 2 Seksyen 10)
  • "Pengawasan sempadan" bermaksud pengawasan sempadan di antara titik-titik lintasan sempadan dan pengawasan titik-titik lintasan sempadan di luar waktu-waktu pembukaan tetap, bagi mengelakkan orang ramai daripada memintas pemeriksaan sempadan. (Perkara 2 Seksyen 10)
  • "Pemeriksaan peringkat kedua" membawa maksud pemeriksaan lanjut yang boleh dijalankan di suatu lokasi khas jauh dari lokasi di mana semua orang diperiksa (peringkat pertama)

Takrifan-takrifan ini bermaksud tempat di mana jalan melintasi sempadan dalaman Schengen secara sah bukan "titik lintasan sempadan".

Pusat pemeriksaan tersibuk di dunia[sunting | sunting sumber]

Tanah[sunting | sunting sumber]

Ini merupakan senarai pusat pemeriksaan sempadan darat tersibuk di dunia, yang mengendalikan lebih daripada 35 juta pengembara di kedua-dua arah secara tahunan. Para pengembara (atau lintasan individu) terdiri daripada pejalan kaki, pemandu dan penumpang kenderaan. Pusat pemeriksaan sempadan antarabangsa dalam warna  hijau .

Catatan:

  • Disebabkan Amerika Syarikat tidak memnpunyai pusat pemeriksaan sempadan untuk lalu lintas keluar negara, angka-angka lalu lintas masuk digandakan untuk memberikan perbandingan yang adil. Pintu masuk sempadannya dipadankan dengan pintu masuk sempadan Mexico. Lihat catatan terperinci di lajur rujukan di bawah.
Ked. Pusat pemeriksaan sempadan Pengembara tahunan Rujukan
1 Pelabuhan Gongbei Republik Rakyat China China Makau Makau Pos Sempadan Portas do Cerco 134,000,000 [4] (2018)
2 Bangunan Sultan Iskandar  Malaysia  Singapura Pusat Pemeriksaan Woodlands 127,750,000 [2] (2012). Berdasarkan pada purata harian yang dilaporkan.
3 Pelabuhan Luohu Republik Rakyat China China  Hong Kong Titik Kawalan Lo Wu 81,707,959 [5] (2017).
4 Pelabuhan Sempadan El Chaparral  Mexico Amerika Syarikat A.S. Pelabuhan Masuk San Ysidro 69,300,000 [6] (2018). Lihat catatan.[7]
5 Pelabuhan Futian Republik Rakyat China China  Hong Kong Titik Kawalan Laluan Cabang Lok Ma Chau 59,464,480 [5] (2017).
6 Pelabuhan Teluk Shenzhen Republik Rakyat China China  Hong Kong Titik Kawalan Teluk Shenzhen 45,118,797 [5] (2017).
7 Pelabuhan Huanggang Republik Rakyat China China  Hong Kong Titik Kawalan Lok Ma Chau 37,059,848 [5] (2017).
8 Pelabuhan Masuk Mesa de Otay  Mexico Amerika Syarikat A.S. Pelabuhan Masuk Otay Mesa 35,400,000 [6] (2018). Lihat catatan.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Clearing the Causeway". Channel News Asia (dalam bahasa Inggeris). 9 Jun 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Julai 2022. Dicapai pada 2 Julai 2022.
  2. ^ a b Lim, Yan Liang (13 Oktober 2013). "A Look at Woodlands Checkpoint". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2022. Dicapai pada 2 Julai 2022.
  3. ^ "Regulation (EC) No 562/2006 of the European Parliament and of the Council of 15 March 2006 establishing a Community Code on the rules governing the movement of persons across borders (Schengen Borders Code)" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Jurnal Rasmi Kesatuan Eropah. 13 April 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Julai 2022. Dicapai pada 2 Julai 2022.
  4. ^ "Macau | Gongbei Border crossings in 2018 highest ever in China – Zhuhai Gov't". Macau Business. 3 Januari 2019. Dicapai pada 14 Jun 2019.
  5. ^ a b c d "Immigration Department Annual Report 2017". www.immd.gov.hk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Jun 2019.
  6. ^ a b "Workbook: Border Crossing Annual Data". explore.dot.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Jun 2019.
  7. ^ 34,671,379 lintasan individu arah utara direkodkan pada 2018, seperti yang disenaraikan dalam buku kerja oleh USDOT. Memandangkan kiraan lintasan sempadan arah selatan tidak dikeluarkan secara rasmi dan tersedia untuk umum, dianggarkan bahawa bilangan lintasan serupa berlaku dari San Diego ke Tijuana, seperti yang pernah dilakukan dalam laporan sebelum ini oleh SANDAG. Oleh sebab ini adalah anggaran, angka yang terhasil telah dibundarkan kepada 100,000 terdekat.
  8. ^ 17,714,750 lintasan individu arah utara direkodkan pada 2018, seperti yang disenaraikan dalam northbound individual crossings were recorded in 2018, as listed in a buku kerja oleh USDOT. Memandangkan kiraan lintasan sempadan arah selatan tidak dikeluarkan secara rasmi dan tersedia untuk umum, dianggarkan bahawa bilangan lintasan serupa berlaku dari San Diego ke Tijuana, seperti yang pernah dilakukan dalam laporan sebelum ini oleh SANDAG. Oleh sebab ini adalah anggaran, angka yang terhasil telah dibundarkan kepada 100,000 terdekat.