Qiao Renliang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Qiao Renliang
Nama Cina (Tradisional)
Nama Cina (Ringkas)
PinyinQiáo Rènliáng (Mandarin)
Jyutpingkiu4 jam6 loeng4 (Kantonis)
EtnikHan Chinese
AsalChina
Lahir(1987-10-15)15 Oktober 1987
Shanghai, China
Meninggal dunia16 September 2016(2016-09-16) (umur 28)
Shanghai, China
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pelakon
Jenis muzikMandopop
Syarikat rakamanWarner Music China
Tahun aktif2005–2016
Alma materShanghai Dianji University
(上海电机学院)
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Qiao.

Qiao Renliang (Cina ringkas: 乔任梁Cina tradisional: 喬任梁; 15 Oktober 1987 – 16 September 2016), juga dikenali sebagai Kimi Qiao, ialah seorang penyanyi dan pelakon China. Dia mengambil bahagian dalam musim kedua My Hero (加油好男儿) dan menamatkan pertandingan sebagai naib juara bagi musim tersebut pada 2007, dan menerbitkan EP pertamanya pada 2008.[1] Pada 16 September 2016, Qiao ditemui mati di dalam sebuah pangsapuri di Shanghai, yang menderita kemurungan yang parah. Dia berumur 28 tahun.[2]

Karier[sunting | sunting sumber]

Qiao Renliang dilahirkan di Shanghai pada 15 Oktober 1987. Dia adalah anak tunggal dalam keluarganya. Dia adalah lepasan Shanghai Dianji University (上海电机学院). Sebelum karier nyanyiannya bermula, dia adalah atlet balapan dan padang yang dilatih bagi acara lari pecut dan lompat tinggi. Dia adalah rakan sekelas Liu Xiang, pelari lompat pagar 110 meter semasa di sekolah rendah. Qiao memenangi pertandingan lompat tinggi kebangsaan pada 2003.[3][4]

Pada 2005, Qiao mengambil bahagian dalam "Golden Star" (金鹰之星) dan menjadi juara bagi bahagian "New Voice". Dia juga mengambil bahagian dalam musim kedua My Hero pada 2007 dan menamatkan pertandingan sebagai naib juara.[3]

Pada 2008, dia menerbitkan EP pertamanya, Start today (今天开始) yang melonjak dengan menduduki tangga sepuluh teratas dalam Carta Jualan Album.[1] He was also chosen to sing the theme song of Windows 7 in the Asia-Pacific Region.[2] Qiao juga membintangi beberapa filem dan drama TV.[5]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 16 September 2016, polis Shanghai melaporkan bahawa seorang lelaki ditemui mati di Jalan Qishun, Daerah Putuo. Setelah siasatan dilakukan, polis mengesahkan bahawa lelaki yang mati itu adalah Renliang. Pada 17 September, syarikat pengurusan Qiao mengesahkan kematiannya, dengan mengatakan bahawa Qiao telah lama menderita kemurungan yang parah. Pengebumian Qiao dilangsungkan di Shanghai pada 22 September 2016. Dia meninggal dunia pada usia 28 tahun.[6]

Anekdot[sunting | sunting sumber]

Nama Inggeris Qiao ialah Kimi, kerana dia adalah peminat pemandu Formula 1 Finland, Kimi Raikkonen.[7]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Judul Cina Watak
2009 One Night in Supermarket 夜·店 Li Junwei
2010 Wall Lords 战墙 A Hui
2011 Quit Smoking, Not Quit Drinking 戒烟不戒酒 Lin Hongxing
2011 Stop it, another day 别闹,改日 Zhao Xiaochen
2011 Whistle Loud 哨声嘹亮
2011 Love Letter 情书 Xiao Feng
2011 One Step Away 爱有多久 Yang Yang
2011 Sleepless Fashion 与时尚同居 Wu Yang
2011 East Meets West 东成西就2011 Ju Ge
2011 A Big Deal 巨额交易 Liu Yijun
2012 Di Xiaojie Chronicles 狄小杰事件簿 Di Xiaojie
2012 11 Flowers 我11 Du Hongjun
2012 To Forgive 查无此人 Li Chun
2012 The Zodiac Mystery 十二星座离奇事件 Chen Xiaojun
2012 Good-For-Nothing Heroes 请叫我英雄 Peng Da
2013 Yue Chao 乐潮 Qi Gang
2013 Thousand City 千城 Qi Gang
2013 Night Night Night 夜夜夜 Di Xiaojie
2014 Night of Adventure 疯狂72小时 Tuoniao
2014 Night Mail 死亡邮件 Xiao Liang
2015 Magic Card 魔卡行动 A Zhi
2015 Surprise 万万没想到 Benboerba
2016 Never Gone 致青春·原来你还在这里 Shen Ju'an
2016 Days of Our Own 我们的十年 Guo Yuchen

TV[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Judul Cina Watak
2009 Go for It! The Prince of Tennis 加油!网球王子 Qi Yuan
2010 New One Plum Blossom 新一剪梅 Xing Zhengyang
2011 Sunny Piggy Jiumei 春光灿烂猪九妹 Sun Wukong
2012 The Glamorous Imperial Concubine 倾世皇妃 Emperor Taizu of Song
2012 My Economical Man 我的经济适用男 Yang Fan
2013 Legend of Lu Zhen 陆贞传奇 Gao Yan
2013 DBI 新神探联盟之包大人来了 Bai Yutang
2013 The Queen of SOP 2 胜女的代价2 Bai Jiawei
2014 Love Is Back 爱情回来了 Cheng Lei
2014 Tiny Time 小时代之折纸时代 Zhou Chongguang
2015 Cruel Romance 锦绣缘华丽冒险 Xiang Yingdong
2015 Tour Between Two Lovers 向幸福出发 Ren Yifan
2015 Code Name 代号 Feng Jiusi
TBA Stay With Me 放弃我,抓紧我 Huo Xiao

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Start Today (今天开始, 2008)
  • The Lovely You (可爱的你, 2009)
  • Diamond (钻石, 2010)
  • Pin.K (Pin.K/拼, 2012)
  • Excellent (耀·出色, 2014)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "乔任梁本周返沪 签售首张EP《今天开始》". Sina (dalam bahasa Cina). February 21, 2008. 
  2. ^ a b "Actor/singer Qiao Renliang dies from possible depression". CRIENGLISH.com. September 17, 2016. 
  3. ^ a b "【離奇死亡】家境很好係獨子 被封「傾城四少」". Apple Daily (dalam bahasa Cina). September 17, 2016. 
  4. ^ "曾和劉翔師出同門". Singtao Daily (dalam bahasa Cina). 2016-09-17. 
  5. ^ "內地男藝人喬任梁住宅內斃命 傳玩SM致死". on.cc (dalam bahasa Cina). 2016-09-17. 
  6. ^ "【不斷更新】28歲《小時代》男星驟逝 公司證實「憂鬱症輕生」". Apple Daily (dalam bahasa Cina). 2016-09-16. 
  7. ^ "华策《定制幸福》曝手绘版海报 乔任梁恋上童瑶". youth.cn (dalam bahasa Cina). 2015-08-05. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]