Quora

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Quora, Inc.
JenisSwasta
DiasaskanJun 2009
Ibu pejabatPalo Alto, California
Kawasan yang dipasarkanSeluruh dunia
PengasasAdam D'Angelo
Charlie Cheever
Pekerja19[1]
Laman webwww.quora.com
Tersedia dalamPelbagai[2]
Status terkiniAktif

Quora ialah laman pertukaran pengetahuan yang diasaskan pada Jun 2009 dan dilancarkan pada tahap beta persendirian pada Disember 2009. Laman ini mula dibuka kepada umum pada 21 Jun 2010.[3] Quora mengumpulkan soalan dan jawapannya pada topik-topik tertentu dan membolehkan pengguna untuk berkolaborasi dengan memberikan suara atau mengusulkan perbaikan jawapan.[4] Pesaing Quora yang cukup signifikan ialah laman-laman pendanda buku sosial seperti Reddit, dan laman rangkaian sosial seperti Yahoo! Answers, LinkedIn, Answerbag dan Answers.com.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Quora diasaskan oleh Adam D'Angelo (bekas ketua pegawai teknikal di Facebook) dan Charlie Cheever. D'Angelo keluar dari Facebook pada Januari 2010 untuk mencipta Quora[5] dan berkata bahawa beliau mendapat inspirasi untuk membuat Quora kerana beliau berpendapat bahawa[6] "banyak sekali laman soalan dan jawapan di Internet, tetapi tidak ada yang cukup bagus". Pangkalan pengguna Quora berkembang dengan pesat pada Disember 2010.[7] Pada Mac 2010, Quora menerima modal dari Benchmark Capital sekaligus memberikan nilai pemula bernilai 86 juta dolar.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "How many people are working at Quora?". 2011-03-08. Dicapai pada 2011-03-12.
  2. ^ "Languages on Quora". Quora.
  3. ^ Quora’s Highly Praised Q&A Service Launches To The Public (And The Real Test Begins)
  4. ^ Wortham, Jenna (12 Mac 2010). "Facebook Helps Social Start-Ups Gain Users". New York Times. Dicapai pada 29 Mac 2010.
  5. ^ "Why I Quit My CTO Job At Facebook And Started Quora". Business Insider. Dicapai pada 2010-03-29.
  6. ^ "The Mystery Behind Quora". Boston Innovation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-06. Dicapai pada 2010-03-29.
  7. ^ Lewenstein, penyunting (2010-11-28). "Quora Signups Explode". Dicapai pada 2011-01-24.
  8. ^ "Benchmark Invests at $86 Million Valuation". TechCrunch. Dicapai pada 2010-03-29.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]