Radom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Radom di Pusat Operasi Keselamatan Misawa, Misawa, Jepun

Radom (bahasa Inggeris:’’’Radome’’’) adalah satu perkataan terbitan daripada perkataan radar dan dome (bahasa Melayu: kubah) atau dari segi istilahnya "Kubah radar". Radom merupakan satu struktur, kurungan kalis cuaca yang melindungi gelombang mikro atau antena radar. Radom dibina daripada bahan-bahan kurang kekuatan terhadap isyarat elektromagnetik yang dihantar atau diterima oleh antena. Dengan kata lain, radom bersifat lutsinar terhadap radar atau gelombang radio. Radom melindungi permukaan antena daripada alam sekitar (seperti angin, hujan, ais, pasir, sinar ultra ungu, dsb.) dan/atau menyembunyikan peralatan elektronik antena daripada penglihatan orang ramai. Ia juga melindungi orang yang berdekatan daripada dihentam oleh antena yang sedang berputar dengan laju.

Radom boleh dibina dalam beberapa bentuk (sfera, geodesi, satah, dsb.) bergantung pada kegunaan dengan menggunakan pelbagai bahan-bahan binaan (gentian kaca, fabrik diselaputi PTFE dsb). Apabila digunakan pada UAV atau pesawat udara lain[1], sebagai tambahan perlindungan ini, radom juga menumpukan sistem antena, oleh itu mengurangkan seretan.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Kurungan radar (radom) yang berbentuk sfera atau bola.

Radom sering kali digunakan bagi mengelakkan ais dan hujan batu daripada terkumpul secara terus di permukaan logam antena. Di dalam kes piring antera radar berputar, radom juga akan melindungi antena daripada puing dan pusingan yang tak menentu yang di sebabkan oleh tiupan angin.

Untuk antena tetap, jumlah ais yang berlebihan boleh nyah-tala sesebuah antena sehingga di mana impedans pada frekuensi input meningkat secara mendadak, menyebabkan nisbah gelombang kekal (voltage standing wave ratio) (VSWR) juga akan meningkat. Ini mengakibatkan kuasa kembali semula ke pemancar, di mana ia boleh menyebabkan pemanasan lampau. Satu foldback litar akan diaktifkan bagi mengelakkan kejadian ini. Walaubagimanapun, ia boleh menyebabkan pengeluaran kuasa stesen jatuh secara mendadak, dan mengurangkan jaraknya.

Sesebuah radom menghalang kejadian ini dengan melindungi bahagian-bahagian antena yang terdedah dengan satu bahan kalis cuaca yang teguh, biasanya gentian kaca, yang mana ia menghalang puing atau ais jauh mengena antena bagi mengelakkan isu-isu serius. Satu fakta yang menarik adalah, salah satu penyebab utama di sebalik pembangunan gentian kaca sebagai satu bahan binaan adalah disebabkan keperluan semasa Perang Dunia Kedua untuk pembinaan radom.[2] Apabila mempertimbangkan beban struktur, penggunaan radom akan mengurangkan sebahagian besar beban angin dalam kedua-dua keadaan normal dan berais secara. Banyak tapak-tapak menara memerlukan atau mengutamakan penggunaan radom untuk kelebihan beban angina dan sebagai perlindungan daripada ais atau puing yang jatuh.

Kadang kala radom mungkin tidak kelihatan sekiranya berhampiran dengan permukaan tanah, dan pemanas mungkin akan digunaakn. Biasanya dengan menggunakan arus terus, pemanas tidak akan mengganggu secara fizikal atau elektrikal dengan arus ulang alik pada transmisi radio.

Untuk piring radar, sebuah kubah tunggal, besar dan berbentuk bola (biasanya geodesi) juga melindungi mekanisma berputar dan kepekaan elektronik, dan dipanaskan semasa cuaca sejuk bagi mengelakkan berlakunya pengaisan.

Pangkalan pengawasan elektronik Menwith Hill, yang mana memiliki lebih daripada 30 unit radom, dipercayai digunakan untuk memintas komunikasi satelit. Di Menwith Hill, kurungan radom memiliki kegunaan lain dalam mengelakkan pemerhati daripada menyimpulkan arah antena, dan oleh itu menyasarkan satelit. Alasan yang sama juga dibuat ke atas radom yang terdapat di kemudahan ECHELON.

Bagi perkhidmatan satelit komunikasi maritim, radom digunakan secara meluas bagi melindungi piring antenna yang digunakan secara berterusan untuk menjejak satelit tetap walaupun pada keadaan kapal mengalami pergerakkan olengan dan anggulan. Kapal penjajap besar dan kapal tangki minyak mungkin memiliki radom yang berdiameter lebih daripada tiga meter bagi menyesuaikan transmisi jalur lebar untuk televisyen, suara, data, dan internet. Kapal layar persendirian mungkin menggunakan radom kecil berdiameter 26 sentimeter untuk transmisi suara dan data berkelajuan rendah.

Alternatif[sunting | sunting sumber]

Jujukan Pengimbas Elektronik Aktif (AESA) adalah satu bentuk pemasangan radar yang tidak memiliki bahagian-bahagian bergerak dan oleh itu pemasangan radom di darat adalah tidak diperlukan. Satu contoh AESA adalah sebuah "piramid" berbentuk “bola golf” yang telah menjadi “tarikan pengunjung” di RAF Fylingdales.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ example of dented radome
  2. ^ Gordon, J.E. (1976). The New Science of Strong Materials: 2nd Edition. Pelican.