Rain World

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rain World
Kad tajuk dengan sang slugcat.
PembangunVideocult
PenerbitAdult Swim Games
Akupara Games
EnjinUnity
Platform
PelepasanPS4, Windows
28 Mac 2017 (2017-03-28)
Nintendo Switch
13 Disember 2018 (2018-12-13)
GenrePlatform, ikhtiar hidup, simulasi
ModPemain tunggal, multipemain

Rain World merupakan sebuah permainan video yang diterbitkan pada tahun 2017. Pemain mengambil peranan sebagai seekor "slugcat", dan ditugaskan untuk meneruskan hidup di dalam sebuah dunia yang asing.

Permainan ini mempunyai sebuah ekosistem buatan. Slugcat yang dikawal pemain perlulah menggunakan objek-objek di sekitarnya untuk mempertahankan diri daripada pemangsa, mencari makanan, dan mencari teduhan sebelum kedatangan hujan yang merbahaya. Pemain tidak diberikan bantuan langsung. Hal ini adalah untuk membuatkan pemain berasa seperti 'seekor tikus yang tinggal di dalam trek kereta api bawah tanah' menurut para pembangun permainan ini.

Rain World menerima kritikan bercampur daripada para pengkritik, yang memuji reka bentuk seni dan animasi licinnya, namun mengkritik kesusahannya, titik simpan yang tidak konsisten serta kawalan yang tidak tepat. Sebahagian daripada kritikan-kritikan tersebut telah diambil perhatian dalam pengemaskinian kelak.

Pada Januari 2023, sebuah kandungan boleh muat turun berjudul Rain World: Downpour telah dikeluarkan.[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Chatziioannou, Alexander (2023-01-20). "Rain World's Downpour DLC cements it as a fascinating and underrated beast". Rock, Paper, Shotgun (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-01-27.
  2. ^ Galekovic, Filip (2023-01-11). "Indie Survival Game Rain World Getting Price Increase". Game Rant (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-01-27.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kategori berkenaan Rain World di Wikimedia Commons