Pemerintahan beraja New Zealand

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Raja New Zealand)
Raja New Zealand
Te Kīngi o Aotearoa (Māori)
Jata Diraja New Zealand[n 1]
Penjawat kini
Charles III
sejak 9 September 2022
Butiran
GelaranKebawah Duli Yang Maha Mulia
Pewaris takhtaPutera William, Duke Cambridge

Pemerintahan beraja New Zealand[1][2] ialah sistem pemerintahan perlembagaan di mana seorang raja keturunan ialah berdaulat dan ketua negara New Zealand.[3] Raja terkini ialah Raja Charles III sejak 9 September 2022. Baginda naik takhta selepas paduka bondanya Ratu Elizabeth II mangkat.

Perjanjian Waitangi antara Ratu Victoria dan Iwi (suku-suku Maori) telah ditandatangani pada tahun 1840, dan sebagai hasilnya, pemerintahan beraja British menjadi ketua negara New Zealand. New Zealand secara beransur-ansur menjadi bebas daripada Britain dan monarki berkembang menjadi sebuah institusi New Zealand yang jelas, yang diwakili oleh simbol unik. Raja New Zealand kini dikongsi dengan 14 negara (alam) lain dalam Komanwel Bangsa-Bangsa, semuanya bebas dan monarki masing-masing berbeza dari segi undang-undang. Akibatnya, raja semasa secara rasmi bergelar Raja New Zealand (bahasa Māori: Kīngi o Aotearoa) dan, dalam kapasiti ini, beliau, dan ahli keluarga diraja yang lain menjalankan pelbagai fungsi awam dan swasta di seluruh New Zealand. Raja adalah satu-satunya ahli keluarga diraja yang mempunyai apa-apa peranan perlembagaan.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Menggambarkan jata diraja Ratu Elizabeth II, September 2022

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Shore & Kawharu 2014, halaman 17
  2. ^ Office of the Governor-General of New Zealand. "On the Constitution of New Zealand". Dicapai pada 29 June 2017.
  3. ^ Elizabeth II (13 December 1986), Constitution Act 1986, 2.1, Wellington: Parliamentary Counsel Office (New Zealand), dicapai pada 30 December 2009

Pautan luar[sunting | sunting sumber]