Rampasan kuasa Mesir 2013

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rampasan kuasa Mesir 2013
Sebahagian daripada the June 2013 Egyptian protests during the 2011–present Egyptian civil unrest
Tanggal 3 July 2013
Lokasi Egypt
Hasil
Pihak yang terlibat
Egyptian government Egyptian military
Komandan
Mohamed Morsi
(President of Egypt)
Hesham Qandil
(Prime Minister of Egypt)
Saad El-Katatni
(Chairman of the FJP)
Mohammed Badie
(Supreme Guide of the Muslim Brotherhood)
Khairat el-Shater
(Deputy Chairman of the Muslim Brotherhood)
Abdel Fattah el-Sisi
(Commander-in-Chief of the Armed Forces and Minister of Defence)
Sedki Sobhi
(Chief of Staff of the Armed Forces)
Mohamed Ibrahim
(Minister of Interior)

Rampasan kuasa Mesir 2013 berlaku pada 3 Julai 2014 diketuai oleh pakatan ketua tentera Mesir Abdel Fattah el-Sisi bagi mengulingkan Presiden Mesir, Mohamed Morsi, menggantung Perlembagaan Mesir . Rampasan kuasa ini ekoran daripada penunjuk perasaan Mesir yang tidak berkesudahan yang menuntut penamatan pentadbiran Morsi dan mendesak agar Pilihan raya Presiden diadakan lebih awal.Sebelum rampasan kuasa, berjuta-juta rakyat Mesir mengadakan perhimpunan di jalan-jalan raya . Tentera memberi amaran keras kepada penunjuk perasaan tetapi penyokong Morsi dan penentang Morsi tidak mengendahkannya.

Gabungan itu mengisytiharkan Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan Mesir, Adly Mansour sebagai presiden interim/ sementara Mesir. Morsi dikenakan tahanan dalam rumah dan beberapa pemimpin Ikhwanul Muslimin ditangkap.Pengumuman itu diikuti dengan demonstrasi dan pertempuran antara penyokong dan penentang di seluruh Mesir. Rampasan kuasa itu disokong oleh Sheikh Besar Al Azhar, Ahmed el-Tayeb , Paderi Koptik Ortodoks Paus Tawadros II dan juga pemimpin pembangkang Mohamed ElBaradei .

Reaksi antarabangsa bercampur-campur. Kebanyakan pemimpin Arab pada umumnya menyokong atau neutral, kecuali Qatar dan Tunisia yang mengutuk tindakan tentera. Negara lain menyatakan kebimbangan kerana penyingkiran Morsi menandakan pilihan rakyat telah dinafikan.Keahlian Mesir dalam Kesatuan Afrika] telah digantung . Negara barat melabelkan peristiwa itu sebagai rampasan kuasa dan sebagai revolusi oleh penyokong.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "BREAKING: Egypt's interim president dissolves Shura Council: State TV". Ahram Online. 5 July 2013. Dicapai pada 17 July 2013.