Rasa Baru (album)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rasa Baru adalah album kedua dari kumpulan rock Indonesia Cokelat yang diterbitkan pada tahun 2001. Memuatkan lagu-lagu yang kemudiannya menjadi lagu-lagu pengenalan mereka seperti "Karma" dan "Luka", Rasa Baru menjadi satu kejayaan besar di pasaran dan mampu melonjak dipersada seni muzik Indonesia.

Rasa Baru
Album studio oleh
Dilancarkan pada2001 (Original)
2002 (Repackaged)
GenreRock
Panjang40:42 (Original)
48:44 (Repackaged)
BahasaIndonesia
SyarikatSony Music Indonesia
Kronologi Cokelat
Untuk Bintang
(2000)
Rasa Baru
(2001)
Segitiga
(2003)
Single daripada Rasa Baru
  1. "Karma"
  2. "Luka Lama"
  3. "Bendera"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Mereka memulakan nama mereka sebagai salah satu kumpulan muzik teratas di Indonesia. Kejayaan album ini mendorong Sony Music mengeluarkan semula Rasa Baru pada tahun berikutnya, yang memuatkan dua lagu baharu iaitu single "Bendera" dan versi remix lagu "Karma".

Single[sunting | sunting sumber]

  • "Karma"

Menjadi lagu utama bagi Rasa Baru, "Karma" mengisahkan tentang rasa sakit hati seseorang terhadap kekasihnya yang setelah sekian lama menjalinkan hubungan, ternyata dia tidak pernah setia dengannya. Perkataan "karma" itu sendiri tidak pernah disebut dalam lirik. Lagu ini begitu terkenal pada zamannya, dan menjadi lagu wajib untuk Cokelat dalam setiap persembahan mereka. Vokalis Kikan Namara juga masih kerap menyanyikan lagu ini walaupun sudah lama meninggalkan kumpulan.

  • "Luka lama"

“Luka Lama” mengisahkan tentang perjuangan seseorang yang cuba menghapuskan kesedihan pemergian kekasihnya di masa lampau. Seperti "Karma", lagu ini masih sangat popular sehingga kini dan sering dinyanyikan oleh Kikan dalam persembahan solonya.

  • "Bendera"

"Bendera" ialah sebuah lagu bertema nasionalis yang dikeluarkan oleh Cokelat selepas album Rasa Baru, digubah oleh Eross Candra yang merupakan ahli Sheila on 7 untuk runut bunyi filem Bendera. Kejayaan lagu ini menyebabkan ia dimuatkan dalam album Rasa Baru yang dikeluarkan semula pada tahun 2002, dan baru-baru ini menjadi lagu yang biasa didengari di acara bernuansa nasionalis. Dikeluarkan semula pada tahun 2006 untuk keluaran album Untukmu Indonesiaku dan dikeluarkan semula sebagai single bukan promosi untuk kerjaya solo Kikan pada tahun 2012.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

Edisi Original (2001)

No.TajukPenciptaMasa
1."Dia"Edwin5:03
2."Karma"Edwin, Kikan3:37
3."Jauh"Kikan5:24
4."Luka Lama"Kikan, Ervin3:51
5."Teman Saja"Kikan2:09
6."Gossip"Edwin2:47
7."Temani Aku"Ervin, Guruh4:11
8."Langit Biru"Kikan4:14
9."Hilang"Ervin4:40
10."Masa Muda"Edwin, Ervin4:30
Jumlah masa: 40:42


Edisi Repackaged (2002)
Album edisi repackaged memuatkan lagu "Bendera" dan "Karma (Remix)" dimana masing berada diawal dan akhir album.

No.TajukPenciptaMasa
1."Bendera"Eross Candra4:07
2."Dia"Edwin5:03
3."Karma"Edwin, Kikan3:37
4."Jauh"Kikan5:24
5."Luka Lama"Kikan, Erwin3:51
6."Teman Saja"Kikan2:09
7."Gossip"Edwin2:47
8."Temani Aku"Ervin, Guruh4:11
9."Langit Biru"Kikan4:14
10."Hilang"Ervin4:40
11."Masa Muda"Edwin, Ervin4:30
12."Karma" (Remix) Edwin, Kikan, Johny S (Remix)3:38
Jumlah masa: 48:44


Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Cokelat[sunting | sunting sumber]

Pemuzik tambahan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]