Raya and the Last Dragon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Raya and the Last Dragon
Raya and the Last Dragon logo.png
Pengarah
Lakon layar
Cerita oleh
  • Paul Briggs
  • Don Hall
  • Adele Lim
  • Carlos López Estrada
  • Kiel Murray[1]
  • Qui Nguyen
  • John Ripa
  • Dean Wellins[2]
Dihasilkan oleh
Dibintangi
Sinematografi
  • Rob Dressel (reka letak)[3]
  • Adolph Lusinsky (pencahayaan)[3]
Disunting oleh
  • Fabienne Rawley[4]
  • Shannon Stein[4]
Muzik olehJames Newton Howard
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehWalt Disney Studios Motion Pictures
Tarikh tayangan
  • 5 Mac 2021 (2021-03-05) (Amerika Syarikat)
Durasi tayangan
107 minit[5]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$100 juta+
Pecah panggung$119.6 juta

Raya and the Last Dragon (Melayu: "Raya dan Naga Terakhir") ialah filem fantasi animasi komputer Amerika Syarikat 2021 terbitan Walt Disney Animation Studios arahan Don Hall dan Carlos López Estrada.[6] Skrip filem ini ditulis oleh Qui Nguyen dan Adele Lim berdasarkan daripada budaya Asia Tenggara, dan dibintangi oleh lakonan suara Kelly Marie Tran dan Awkwafina. Filem ini ditayangkan di Amerika Syarikat pada 12 Mac 2021.

Premis[sunting | sunting sumber]

Di alam misteri bernama Kumandra, seorang pejuang bernama Raya mencari naga terakhir di dunia.[7]

Pelakon suara[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Pada Mei 2018, Walt Disney Animation Studios membangunkan filem animasi asal berjudul Dragon Empire yang menjadi arahan sulung penulis cerita Paul Briggs dan Dean Wellins, serta ditulis oleh Kiel Murray.[11] Pada Oktober 2018, ia diumumkan bahawa Adele Lim akan menulis lakon layar filem. Filem ini diterbitkan oleh Osnat Shurer.[12][13] Pada 24 Ogos 2019, Disney secara rasmi mengumumkan filem itu sepanjang panel penyampaian D23 Expo Walt Disney Animation Studios.[8] Pada Ogos 2020, ia diumumkan bahawa Don Hall dan Carlos López Estrada, yang menyertai Disney Animation pada 2019, menggalas peranan sebagai pengarah, dengan Briggs kekal sebagai pengarah bersama dan John Ripa turut menggalas tanggungjawab. Selain itu, Qui Nguyen menyertai Lim sebagai penulis bersama dan Peter Del Vecho bersama Shurer berkhidmat sebagai penerbit.[9][14]

Pemilihan pelakon[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Ogos 2019, sewaktu D23 Expo, Awkwafina dan Cassie Steele diumumkan masing-masing akan membintangi filem itu sebagai Sisu dan Raya.[8] Pada 27 Ogos 2020, ia didedahkan bahawa Steele telah meninggalkan projek filem itu, dan digantikan oleh Kelly Marie Tran yang meminjamkan suara.[9] Pada 26 Januari 2021, ia diumumkan bahawa Gemma Chan, Daniel Dae Kim, Sandra Oh, Benedict Wong, Izaac Wang, Thalia Tran, Alan Tudyk, Lucille Soong, Patti Harrison, dan Ross Butler semuanya memiliki peranan masing-masing dalam filem itu.[15]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Raya and the Last Dragon awalnya dijadualkan akan ditayangkan pada 25 November 2020 di Amerika Syarikat.[16] Namun, berikutan pandemik COVID-19 dan kebanyakan filem yang dijadualkan semula pada akhir tahun 2020, oleh itu Walt Disney Pictures menunda penayangannya hingga 12 Mac 2021.[17]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sorg, Arley; Pearce, Josh (June 2, 2021). "How to Train Your Tuk Tuk: Arley Sorg and Josh Pearce Discuss Raya and the Last Dragon". Locus. Diarkibkan daripada yang asal pada June 3, 2021. Dicapai pada June 18, 2021.
  2. ^ Ramos, Dino-Ray (August 27, 2020). "Kelly Marie Tran Joins 'Raya And The Last Dragon'; Disney Adds Don Hall And Carlos López Estrada As Directors". Deadline Hollywood. Diarkibkan daripada yang asal pada March 10, 2021. Dicapai pada July 6, 2021.
  3. ^ a b Davis, Victoria (March 5, 2021). "Behind the Martial Arts and Motifs of 'Raya and the Last Dragon'". Animation World Network. Diarkibkan daripada yang asal pada March 10, 2021. Dicapai pada June 18, 2021.
  4. ^ a b Grierson, Tim (March 1, 2021). "'Raya And The Last Dragon': Review". Screen Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada June 7, 2021. Dicapai pada June 18, 2021.
  5. ^ Chang, Justin (March 1, 2021). "Review: 'Raya and the Last Dragon,' featuring Disney's first Southeast Asian heroine, is a moving adventure". Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada April 26, 2021. Dicapai pada June 16, 2021.
  6. ^ "John Ripa". Instagram.
  7. ^ @TheDisInsider (August 24, 2019). "combination of classic Disney and kung-fu movies. The film is set in a mysterious land called Kumandra. The region is split into five sections, and Raya is a warrior on the search for the last dragon in the world" (Tweet) – melalui Twitter.
  8. ^ a b c Radulovic, Petrana (August 24, 2019). "Disney announces Raya and the Last Dragon as next animated film". Polygon. Dicapai pada August 24, 2019.
  9. ^ a b c Rubin, Rebecca (August 27, 2020). "Disney's 'Raya and the Last Dragon' Recasts Kelly Marie Tran as Lead". Variety. Dicapai pada August 27, 2020.
  10. ^ "Promotional Image For Disney's 'Raya and the Last Dragon' Has Debuted -" (dalam bahasa Inggeris). 2020-07-24. Dicapai pada 2020-07-25.
  11. ^ Shuler, Skyler (May 24, 2018). "EXCLUSIVE: Disney Animation Studios Gearing Up For DRAGON EMPIRE". That Hashtag Show. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-28. Dicapai pada May 26, 2018.
  12. ^ Schaefer, Sandy (May 25, 2018). "Disney Reportedly Developing Animated Dragon Empire Film". ScreenRant. Dicapai pada May 26, 2018.
  13. ^ Wiseman, Andreas (October 9, 2018). "Disney Sets 'Crazy Rich Asians' Scribe Adele Lim & 'Moana' Producer Osnat Shurer For Animated Pic". Deadline. Penske Media Corporation. Dicapai pada December 23, 2019.
  14. ^ Yang, Rachel (August 27, 2020). "Get a first look at Disney's Raya and the Last Dragon starring Kelly Marie Tran". Entertainment Weekly. Dicapai pada August 27, 2020.
  15. ^ January 26, Skyler Shuler on; 2021 (2021-01-26). "New Poster and Trailer For 'Raya and the Last Dragon' Released". The DisInsider (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-26.CS1 maint: numeric names: authors list (link)
  16. ^ Radulovic, Petrana (24 Ogos 2019). "Disney announces Raya and the Last Dragon as next animated film". Polygon. Dicapai pada August 24, 2019.
  17. ^ Fuster, Jeremy (April 13, 2020). "Disney Moves 'Soul,' 'Raya and the Last Dragon' Release Dates". TheWrap. Dicapai pada 13 April 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]