Reagen pengehad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Reagen pengehad ataupun bahan tindak balas pengehad serta agen pengehad ialah sebarang bahan kimia yang habis digunakan dalam suatu tindak balas kimia.[1] Dalam suatu tindak balas, reagen pengehad akan mengehadkan jumlah hasil tindak balas yang terhasil. Bahan tindak balas yang tidak habis digunakan atau melebihi jumlah yang diperlukan dalam suatu tindak balas dianggap sebagai berlebihan.

Reagen pengehad perlu dikenal pasti dalam menentukan peratusan hasil dalam suatu tindak balas. Dalam kimia, terdapat beberapa kaedah untuk mengenal pasti reagen pengehad dan menilai nilai-nilai berlebihan bagi reagen-reagen lain.

Kaedah penentuan[sunting | sunting sumber]

Perbandingan bahan-bahan tindak balas[sunting | sunting sumber]

Kaedah ini sesuai bagi tindak-tindak balas yang melibatkan dua bahan tindak balas. Dalam kaedah ini, satu bahan tindak balas, A, dipilih dan persamaan tindak balas diguna pakai untuk menentukan jumlah bahan tindak balas satu lagi, B, yang diperlukan untuk bertindak balas dengan A. Jika jumlah bahan A kurang daripada jumlah yang diperlukan, maka bahan A ialah reagen pengehad manakala bahan B adalah berlebihan, dan sebaliknya.

Perbandingan jumlah hasil tindak balas terhasil[sunting | sunting sumber]

Dalam kaedah ini, persamaan kimia digunakan untuk mengira jumlah hasil tindak balas yang dapat terhasil daripada setiap bahan tindak balas dalam jumlah yang diberi. Reagen pengehad ialah reagen yang menghasilkan jumlah hasil tindak balas yang paling sedikit. Kaedah ini boleh digunakan bagi tindak-tindak balas dengan jumlah bahan tindak balas yang banyak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Limiting Reagents". LibreTexts (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Februari 2020.

Buku[sunting | sunting sumber]

  • Zumdahl, Steven S. Chemical Principles. Edisi keempat. New York: Houghton Mifflin Company, 2005. ISBN 0-618-37206-7.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • General Chemistry: Principles & Modern Applications (dalam bahasa Inggeris) (ed. keenam). Macmillan. halaman 115–117. ISBN 9780023949319.