Referendum kemerdekaan Slovenia 1990

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sebuah referendum kemerdekaan telah diadakan di Republik Slovenia pada 23 Disember 1990.[1] [[Gabungan DEMOS dan pembangkang sayap kiri menyokong referendum dan menyeru pengundi untuk menyokong kemerdekaan Slovenia.

Para pengundi ditanya soalan: "Perlukan Republik Slovenia menjadi negara merdeka dan berdaulat?" (Slovene: Ali naj Republika Slovenija postane samostojna in neodvisna država?).[2]

Keputusan[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Disember keputusan referendum diumumkan secara rasminya oleh France Bučar. 88.5% daripada jumlah pengundi (94.8% terlibat) telah mengundi untuk kemerdekaan Slovenia.[3] 4.0% pula mengundi untuk menentang kemerdekaan, manakala 0.9% undian pula tidak sah, dan 0.1% telah mengembalikan kertas undian kosong.[4] 6.5% daripada pengundi sah tidak keluar mengundi.[3]

Pengumuman Bučar membenarkan pihak berkuasa Slovenia untuk mengisytiharkan kemerdekaan Slovenia dalam masa enam bulan. Pada 25 Jun 1991, Piagam Perlembagaan Asas mengenai Kedaulatan dan Kemerdekaan Republik Slovenia telah diluluskan dan kemerdekaan diisytiharkan pada hari berikutnya.

Layak mengundi
Jumlah 1,499,294
Termasuk pengundi berdaftar 1,496,860
Mengundi dengan sijil yang dikeluarkan 2,434[a]
Mengundi
Jumlah 1,361,738
Di pusat pengundian 1,329,523
Sebelum hari pengundian 19,233
Tiada dalam negara 12,982
Jumlah keseluruhan pengundi 1,457,020[b]
Pilihan Votes %
Ya 1,289,369 88.5
Tidak 57,800 4.0
Undian tidak sah 12,412 0.9
Kertas undian dikembalikan 2,157 0.1
Tidak mengundi 95,282 6.5
Sumber: Stat.si,[4] Archives of Slovenia[5]

a 2,434 orang tidak berdaftar untuk mengundi tetapi boleh mengundi dengan menggunakan sijil-sijil yang dikeluarkan.[4]

b 42,274 orang tidak mengundi kerana bekerja di luar negara atau terlibat dalam perkhidmatan ketenteraan dan tidak dikira dalam pengiraan keputusan.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Z drevišnjo proslavo v Cankarjevem domu bomo obeležili obletnico plebiscita" [With the celebration in the Cankar Hall this evening we will commemorate the anniversary of the plebiscite] (dalam bahasa Slovenian). Slovenian Press Agency. 23 November 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ Felicijan Bratož, Suzana (2007). "Prevzem arhivskega gradiva plebiscitnega referenduma o samostojnosti Republike Slovenije" (dalam bahasa Slovenian, English). 6. zbornik referatov dopolnilnega izobraževanja s področja arhivistike, dokumentalistike in informatike v Radencih od 28. do 30. marca 2007. Regional Archives Maribor. m/s. 453–458. http://www.pokarh-mb.si/fileadmin/www.pokarh-mb.si/pdf_datoteke/Radenci2007/Felicijan.pdf.
  3. ^ a b Flores Juberías, Carlos (November 2005). "Some legal (and political) considerations about the legal framework for referendum in Montenegro, in the light of European experiences and standards". Legal Aspects for Referendum in Montenegro in the Context of International Law and Practice (PDF). Foundation Open Society Institute, Representative Office Montenegro. m/s. 74. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-04-26. Dicapai pada 2017-11-15.
  4. ^ a b c d "Volitve" [Elections]. Statistični letopis 2011 [Statistical Yearbook 2011]. Statistical Yearbook 2011. 15. Statistical Office of the Republic of Slovenia. 2011. m/s. 108. ISSN 1318-5403. Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan)
  5. ^ Alenka Starman, Jernej Križnar (2010). "Po plebiscitu / After the Plebiscite". Razstava Arhiva Republike Slovenije ob 20. obletnici plebiscita za samostojno in neodvisno Republiko Slovenijo [An Exhibition of the Archives of the Republic of Slovenia on the Occasion of the 20th Anniversary of the Plebiscite for the Sovereign and Independent Slovenia] (PDF) (dalam bahasa Slovenian). Archives of the Republic of Slovenia. m/s. 47. ISBN 978-961-6638-14-2.CS1 maint: uses authors parameter (link) CS1 maint: unrecognized language (link)