Reichsmarine

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Reichsmarine (RM)
Aktif1919–1935
Negara Republik Weimar (1919-1933)
 Jerman Nazi (1933-1935)
JenisTentera laut
Sebahagian daripadaReichswehr
Tanda kebesaran
Panji Perang (1933–1935)War Ensign of Germany (1933–1935).svg
Panji Perang (1921–1933)War Ensign of Germany (1922–1933).svg
Panji (1919–1921) tidak pernah digunakanWar Ensign of Germany (Proposed 1919).svg

Reichsmarine (Reich Navy atau Tentera Laut Reich) ialah nama bagi Tentera Laut Jerman semasa pentadbiran Republik Weimar dan dua tahun awal pemerintahan Jerman Nazi. Ia adalah salah satu cabang Reichswehr, yang wujud dari tahun 1919 hingga 1935. Pada tahun 1935, ia dinamakan semula Kriegsmarine, salah satu cabang Wehrmacht; iaitu satu perubahan yang dilaksanakan oleh Adolf Hitler.

Vorläufige Reichsmarine[sunting | sunting sumber]

Vorläufige Reichsmarine (Tentera Laut Nasional Sementara) telah dibentuk daripada Kaiserliche Marine selepas berakhirnya Perang Dunia I.

Syarat-syarat Persetiaan Versailles menghadkan tentera laut Jerman kepada 15,000 anggota dan tiada kapal selam, manakala pasukan armada telah dibataskan kepada enam kapal tempur pra-dreadnought, enam kapal kruiser dan 12 kapal pembinasa. Penggantian bagi kapal tempur usang telah dihadkan kepada saiz maksimum 10,000 tan.

Reichsmarine[sunting | sunting sumber]

Unit-unit Reichsmarine sedang berlatih pada tahun 1929. Sebuah kruiser kelas-Königsberg di sebelah kanan.

Tahap dan kelengkapan[sunting | sunting sumber]

Persetiaan Versailles menghadkan saiz dan persenjataan Reichsmarine dan menghalangnya daripada mencipta teknologi baru. Pembatasan dibuat untuk menghalang tentera laut Jerman daripada menjadi ancaman kepada kuasa Bersekutu. Dalam erti kata lain, pihak Sekutu telah memastikan bahawa Reichsmarine pada masa hadapan akan menjadi kuasa terkuat di Laut Baltik, untuk bertindak sebagai pengimbang antara Soviet Union baru, yang dilihat tidak boleh dipercayai oleh pihak Sekutu.

Jerman hanya dibenarkan enam buah kapal tempur, enam buah kapal kruiser, 12 buah kapal pembinasa, dan 12 buah bot torpedo. Reichsmarine cuba menentang sekatan senjata dengan persenjataan rahsia dan inovasi teknikal seperti pengenalan kapal tempur kecil. Had berat yang sah bagi kapal ini adalah 35,000 tan.

Senarai kapal-kapal Reichsmarine:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]