Reichstag

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Reichstag atau Dewan Perundangan Empayar ialah parlimen Empayar Rom Suci, Empayar Jerman dan Jerman sehingga 1945. Dewan utama parlimen Jerman kini dipanggil Bundestag ("Diet Persekutuan"), tetapi bangunan di mana Bundestag bersidang masih lagi dipanggi "Reichstag".

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Semasa zaman Empayar Rom Suci, Reichstag amat berbeza dengan parlimen sekarang. Ia lebih merupakan perhimpunan pelbagai estet yang membentuk empayar tersebut.

Semasa zaman Empayar Jerman, institusi ini bersama-sama Maharaja Jerman membentuk penyatuan empayar. Bersama Majlis Persekutuan (Jerman: Bundesrat) insitusi ini memain peranan menggubal undang-undang empayar dan berhak menentukan belanjawan kerajaan. Namun begitu, Canselor Empayar adalah tidak bertanggungjawab terhadap parlimen.

Pada tahun 1871, institusi ini mempunyai seramai 382 orang ahli, manakala pada tahun 1874 seramai 397 orang ahli-ahli yang dipilih di dalam satu pilihanraya yang umum, saksama dan rahsia. Ahli-ahlinya dipilih melalui sistem majoriti di dalam satu kawasan pilihanraya. Anggota-anggotanya adalah mewakili keseluruhan rakyat dan tidak terikat dengan mana-mana arahan. Mereka memiliki kekebalan politik dan daripada kecaman.

Pilihanraya diadakan pada awalnya setiap tiga tahun, tetapi selepas tahun 1888 diadakan setiap lima tahun. Anggota Reichstag dipanggil bersidang pada setiap tahun oleh maharaja. Untuk membubarkan parlimen, kelulusan Majlis Persekutuan dengan mendapatkan kebenaran maharaja diperlukan.