Empayar Suci Rom
Laman ini adalah mengenai empayar Jermanik. Untuk empayar purba berpusat di Rom, sila lihat Empayar Rom.
Empayar Suci Rum Sacrum Romanum ImperiumHeiliges Römisches Reich Sacro Romano Impero | |||||
---|---|---|---|---|---|
962–1806 | |||||
| |||||
Lagu kebangsaan: Gott erhalte Franz den Kaiser | |||||
![]() Keluasan pengaruh Empayar Suci Rom sekitar 1630-an, meliputi sempadan negara-negara Eropah zaman moden. | |||||
Ibu negara | Vienna (1440-1740) | ||||
Bahasa yang umum digunakan | Latin, Jerman dll. | ||||
Agama | Katolik, Ajaran Luther dan Calvin | ||||
Kerajaan | Pergabungan feudal kerajaan pengundian Kerajaan campuran (sejak Pembaharuan Kemaharajaan) | ||||
Maharaja | |||||
• 800 - 814 | Charlemagne | ||||
• 1792 - 1806 | Francis II | ||||
Badan perundangan | Majlis Alam (Reichstag) | ||||
Sejarah | |||||
• Charlemagne naik takhta | 25 Disember 800 | ||||
• Otto I naik takhta | 2 Februari 962 | ||||
25 September 1555 | |||||
1648 | |||||
12 Julai 1806 1806 | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 1,000,000 km2 (390,000 bt2) | ||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 1700 | 25,000,000 | ||||
Empayar Suci Rum (Bahasa Latin: Sacrum Romanum Imperium; Bahasa Jerman: Heiliges Römisches Reich disebut [ˌhaɪ̯lɪɡəs ˌʁøːmɪʃəs ˈʁaɪ̯ç]) ialah penyatuan tanah[1][2] yang wujud dari waktu pembangunannya pada Zaman Pertengahan sehingga kejatuhannya pada tahun 1806 selepas Peperangan Napoleon.[3]
Empayar ini dikuasai oleh Maharaja-maharaja Suci Rum yang berketurunan Jerman. Nama ini datang daripada kegemaran penguasa-penguasa zaman pertengahan menyambung tradisi purba Empayar Rum dan mengesahkan kekuasaannya itu sebagai kehendak suci Tuhan dalam pengertian agama Kristian.
Ia adalah sebuah pentadbiran yang melingkungi Eropah Tengah, Eropah Barat, dan Eropah Selatan, dan merupakan kerajaan yang paling berkuasa di Eropah sejak pemerintahan Otto I. Ahli sejarah Andrew Holt mengatakan bahawa ia adalah "barangkali negara Eropah yang paling berkuasa pada Zaman Pertengahan".[4]
Empayar ini mula ditubuhkan pada abad ke-10 di bawah Dinasti Otto yang berasal dari bekas Empayar Frank Timur. Penamaan asalnya iaitu Sacrum Imperium (Empayar Suci) dilakukan pada tahun 1157, Nama kerajaan tersebut dikembangkan menjadi Sacrum Romanum Imperium (Romanum daripada Bahasa Latin bermaksud 'yang berkaitan dengan Rom') pada tahun 1254. Sejak abad ke-15, nama rasmi kerajaan tersebut menjadi Sacrum Romanum Imperium Nationis Germanicæ (Empayar Suci Rum bagi Bangsa Jerman).
Atas faktor sifat-sifatnya yang memang merentas bangsa dari awal-awal lagi, empayar ini tidak berkembang menjadi satu negara bangsa seperti yang wujud sekarang. Yang wujud ialah satu struktur sistem beraja yang berpengaruh luas yang merangkumi maharaja dan negeri-negeri jajahannya tanpa mempunyai institusi-institusi empayar yang sama. Sempadan empayar ini berubah-ubah pada setiap kurun. Pada waktu puncaknya empayar ini meliputi hampir seluruh kawasan Eropah Tengah dan juga Selatan.
Sejak permulaan Era Baru, empayar ini dari segi strukturnya tidak lagi mampu mengetuai serangan, meluaskan pengaruruh dan sempadannya dengan baik. Lantas fungsi asasnya ditukar kepada memberi perlindungan dan menjaga keamanan. Empayar ini menjamin keseimbangan dan penyelesaian perselisihan secara aman dengan pembendungan dinamik sesebuah kuasa. Berikutan kemasukan negeri-negeri jiran yang membayar ufti ke dalam perlembagaannya sejak 1648, empayar ini memenuhi fungsinya sebagai penjamin keamanan dalam sistem Kuasa-kuasa besar Eropah pada waktu itu.
Kejatuhan[sunting | sunting sumber]
Bermula dari abad ke-18, kemampuan empayar ini untuk melindungi negeri-negeri dan jajahannya daripada politik penguasaan penguasa-penguasa sama ada dari dalam atau luar semakin berkurangan. Disebabkan kelemahan inilah berlaku kejatuhan empayar. Empayar ini terus kehilangan kuasanya selepas penaklukan langsung Napoleon dan penubuhan Konfederasi Rhein yang berlaku selepas itu. Empayar Rom Suci Bangsa Jerman dibubarkan pada 6 Ogos 1806 berikutan tindakan Maharaja Francis II menurunkan mahkota empayarnya.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Hardy 2018, m/s. 3.
- ^ Coy, Jason Philip; Marschke, Benjamin; Sabean, David Warren (1 October 2010). The Holy Roman Empire, Reconsidered (dalam bahasa Inggeris). Berghahn Books. m/s. 2. ISBN 978-1-84545-992-5. Dicapai pada 6 February 2022.
- ^ Encyclopædia Britannica Online
- ^ Holt, Andrew (5 June 2019). The World of the Crusades: A Daily Life Encyclopedia [2 volumes] (dalam bahasa Inggeris). ABC-CLIO. m/s. 360. ISBN 978-1-4408-5462-0. Dicapai pada 6 February 2022.