Rekod menang–kalah (pelempar)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam sukan besbol, rekod menang-kalah memaparkan bilangan perlawanan kemenangan atau kekalahan yang diraih oleh pitcher. Dalam tiap-tiap perlawanan, seorang pitcher dari pasukan menang dianugerahkan kemenangan ("winning pitcher") manakala pitcher dari pasukan kalah diberikan kekalahan ("losing pitcher"). Pemain pitcher biasanya dikenali dengan rekod ini. Penerimaan kemenangan atau kekalahan bagi pitcher dikenali sebagai decision, dan hanya seorang pitcher dari tiap-tiap pasukan memperoleh decision dalam setiap perlawanan. Pitcher pemula (starting pitcher) yang tidak menerima kredit menang atau kalah telah melalui no decision. Dalam sesetengah situasi, pitcher lain daripada pasukan menang yang berperanan sebagai gantian akan dikredikan dengan save sementara hold pula dianugerahkan kepada pitcher gantian (relief pitcher) dari kedua-dua belah phak tetapi ia tidak pernah dianugerahkan kepada pitcher sama yang meraih kemenangan.

Dalam Major League Baseball, pitcher menang diertikan sebagai pitcher terakhir yang beraksi sebelum separuh inning apabila pasukannya mendahului pasukan lawan sehingga berjaya meraih kemenangan perlawanan. Pitcher kalah pula ialah pitcher yang bertanggungjawab atas membenarkan pasukan lawan dapat memulakan kemaraan untuk mendahului pasukannya setelah pasukannya itu tidak dapat menyamai perlawanan atau memperoleh kelebihan mendahului pasukan lawan. Sekiranya pitcher membenarkan larian yang membolehkan pasukan lawan dapat mendahului, kemudian pasukannya bangkit untuk mendahului semula atau menyamai kedudukan perlawanan, dan kemudian pasukan lawan dapat mengejar dan mendahului perlawanan terhadap pitcher pasukan seterusnya, maka pitcher sebelum itu tidak menerima rekod kekalahan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

[[Kategori:Besbol