Rel ketiga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Rel ketiga (Jawi: ريل كتيݢ) merupakan suatu kaedah untuk menyediakan tenaga elektrik kepada lokomotif atau gerabak kereta api melalui pengalir tegar separa berterusan yang diletakkan di sepanjang atau di antara rel landasan kereta api. Ia biasanya digunakan dalam sistem pengangkutan awam atau alihan laju, yang mempunyai penjajaran di koridor sendiri, sepenuhnya atau hampir sepenuhnya dipisahkan daripada persekitaran luar. Sistem rel ketiga selalunya membekalkan tenaga elektrik secara terus.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Sistem rel ketiga adalah satu cara untuk menyediakan kuasa tarikan elektrik kepada kereta api dan ia menggunakan rel tambahan (dipanggil "rel pengalir") untuk tujuan itu. Dalam kebanyakkan sistem, rel pengalir diletakkan pada penghujung ranjang landas di luar rel, tetapi dalam sesetengah sistem, rel pengalir tengah digunakan. Rel pengalir disokong pada penebat seramik (dikenali sebagai "pot") atau pendakap tertebat, yang kebiasaannya diletakkan secara berselang pada jarak 10 kaki (3.0 m).

Kereta api mempunyai blok sesentuh logam yang dipanggil kekasut (atau kekasut sentuh) yang akan bersentuhan dengan rel pengalir. Arus tarikan dikembalikan kepada stesen penjanaan melalui rel. Rel pengalir biasanya dibuat daripada keluli keberaliran tinggi dan rel disambungkan secara elektrik dengan menggunakan ikatan wayar atau peranti lain, untuk meminimumkan rintangan pada litar elektrik. Kekasut sentuh diletakkan sama ada di bawah, atas atau di sebelah rel ketiga, bergantung pada jenis rel ketiga yang digunakan; rel–rel ketiga tersebut dirujuk sebagai sentuhan-bawah, sentuhan-atas atau sentuhan-sisi masing-masing.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rel ketiga di stesen West Falls Church
Rel ketiga dengan kanopi putih diatasnya, di samping dua rel di bawah ialah rel jalan yang biasa; arus dari rel ketiga kembali ke stesen janakuasa melalui ini 
Rel ketiga dalam selubung keselamatan
Rel ketiga yang dilitupi dengan selubung keselamatan berwarna kuning 
Rel ketiga di Lapangan Terbang Stansted London
Rel ketiga bagi transit rakyat Lapangan Terbang Stansted dengan rel ketiganya berada di tengah landasan 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]