Quaker

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Religious Society of Friends)

Quaker ([kué.kĕr]) ialah golongan sebuah kelompok agama Kristian diberi nama rasmi Religious Society of Friends, Society of Friends atau Friends Church.[1]

Mereka muncul pada abad ke-17 di England hasil pergerakan Legatine-Arians dan beberapa puak Protestan lain yang memecahkan diri daripada Gereja England.

Golongan ini banyak menyumbang kepada bidang perbankan dan perindustrian; bahkan juga turut serta mencetus kerja-kerja filantropi termasuk projek menyentuh penghapusan perhambaan, reformasi pemenjaraan serta keadilan masyarakat.[2] Mereka diberikan Hadiah Keamanan Nobel tahun 1947 atas penggiatan mereka dalam kerja amal semasa Perang Dunia Kedua - penghadiahan ini diberikan oleh Jawatankuasa Khidmat Sahabat Amerika dan Saksi Keamanan dan Sosial Quaker bagi pihak mereka.[3][4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "FAQs". Friends General Conference. Dicapai pada 9 Januari 2018.
  2. ^ Jackson, Peter (20 January 2010). "How did Quakers conquer the British sweet shop?". BBC News. Dicapai pada 9 January 2018.
  3. ^ "The Nobel Peace Prize 1947". Nobel Foundation. Dicapai pada 12 November 2008.
  4. ^ Jahn, Gunnar. "Award Ceremony Speech (1947)". Nobel Foundation. Dicapai pada 6 Oktober 2011.
  5. ^ Abrams, Irwin (1991). "The Quaker Peace Testimony and the Nobel Peace Prize". Dicapai pada 24 November 2018.