Yayasan Nobel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Yayasan Nobel (Bahasa Sweden: Nobelstiftelsen) ialah sebuah institusi swasta didirikan pada 29 Jun 1900 untuk menguruskan hal-hal kewangan dan pentadbiran Hadiah Nobel.[1] Yayasan ini ditubuhkan berdasarkan wasiat terakhir Alfred Nobel, pencipta dinamit.[2]

Yayasan ini turut mengadakan Simposium Nobel (Nobel Symposia) terhadap penemuan penting dalam sains dan topik yang berkepentingan budaya atau sosial.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Wasiat Alfred Nobel bertarikh 25 November 1895

Mengenai audio ini Alfred Bernhard Nobel , lahir pada 21 Oktober 1833 di Stockholm Sweden, merupakan seorang ahli kimia, jurutera, penginovasi, pengilang senjata serta pencipta dinamit. Beliau memiliki Bofors, sebuah pengilang persenjataan utama yang kemudiannya ditukarkan perniagaannya sebagai kilang besi dan keluli. Nobel memegang 355 paten yang berbeza, termasuk dinamit yang dikenali. Beliau mengumpulkan harta kekayaan peribadi yang banyak semasa hayatnya disebabkan penciptaan alat yang terkenal ini.[3] Pada tahun 1896, Nobel meninggal disebabkan angin ahmar[4] di vilanya di San Remo, Itali di mana beliau telah menghabiskan tahun-tahun terakhir hidupnya.[5][6][7]

Wasiat Nobel menyampaikan sebuah hasrat yang mengejutkan ramai orang, di mana wang peninggalannya akan digunakan untuk hadiah dalam bidang fizik, kimia, keamanan, fisiologi atau perubatan, dan kesusasteraan.[8] Walaupun Nobel telah menulis beberapa wasiat semasa hayatnya, wasiatnya yang terakhir ini telah ditulis setahun lebih sebelum beliau meninggal, dan ditandatangani di Kelab Sweden-Norway di Paris pada 27 November 1895.[9] Nobel mewariskan 94% dari jumlah asetnya iaitu sebanyak 31 juta krona Sweden (bersamaan dengan 186 juta dolar Amerika Syarikat pada 2008) untuk mewujudkan dan mendanai lima Hadiah Nobel.[10]

Seperti yang diikut pada wasiat Nobel, Yayasan Nobel ditugaskan secara utamanya untuk menguruskan harta peninggalan Nobel dalam bentuk dana.[5][11] Yayasan ini juga mewakili Hadiah Nobel di dunia luar serta menguruskan kegiatan dan isu tidak rasmi berkaitan penganugerahan Hadiah-Hadiah tersebut, namun ia tidak mepunyai sebaramg penglibatan dalam proses pemilihan penerima Hadiah-Hadiah ini.[11][12] Yayasan ini dikecualikan daripada semua cukai di Sweden (sejak 1946) serta cukai pelaburan di Amerika Syarikat (sejak 1953).[13]

Simposium Nobel[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1965, Yayasan ini telah memulakan Simposium Nobel iaitu sebuah rancangan yang mengadakan simposium "yang dikhaskan untuk bidang sains di mana penemuan yang berlaku atau berurusan dengan topik lain ulyang berkepentingan budaya atau sosial."[14] Simposium ini telah menyentuh pelbagai topik seperti prostaglandin, kinetik kimia, kencing manis, string theory, kosmologi, dan Perang Dingin pada tahun 1980-an.[15] Jawatankuasa Simposium Nobel terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Nobel dalam Kimia, Kesusasteraan, Keamanan, Fizik dan Fisiologi atau Perubatan; Jawatankuasa Hadiah untuk Ekonomi; Yayasan Tersentenari Bank Sweden; dan Yayasan Wallenberg.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lemmel, Birgitta (2000-06-29). "The Nobel Foundation: A Century of Growth and Change". Nobel Foundation. Dicapai 2010-12-19. 
  2. ^ "The Nobel Foundation". Nobel Foundation. Dicapai 19 Disember 2010. The Nobel Foundation is a private institution established in 1900 based on the will of Alfred Nobel. The Foundation manages the assets made available through the will for the awarding of the Nobel Prize in Physics, Chemistry, Physiology or Medicine, Literature and Peace. It represents the Nobel Institutions externally and administers informational activities and arrangements surrounding the presentation of the Nobel Prize. 
  3. ^ "Biography of Alfred Nobel - Succeed through Studying Biographies". School for Champions. 8 Disember 2001. Dicapai 15 Januari 2010. 
  4. ^ "Alfred Nobel (1833 - 1896) - Find A Grave Memorial". Findagrave.com. Dicapai 2010-01-15. 
  5. ^ a b "Si-Facts_FS15b_ENG.bak" (PDF). Dicapai 15 Januari 2010. 
  6. ^ AFP, "Alfred Nobel's last will and testament" Error in webarchive template: Check |url= value. Empty., The Local(5 Oktober 2009): accessed 14 Januari 2009.
  7. ^ "History - Historic Figures: Alfred Nobel (1833-1896)". BBC. Dicapai 15 Januari 2010. 
  8. ^ "Guide to Nobel Prize". Britannica.com. Dicapai 15 Januari 2010. 
  9. ^ http://resources.metapress.com/pdf-preview.axd?code=xu7j67w616m06488&size=largest
  10. ^ "The Will of Alfred Nobel", nobelprize.org. Dicapai pada 6 November 2007.
  11. ^ a b "Nobel Prize". Encyclopædia Britannica. 2007. Dicapai 15 Januari 2009. After Nobel's death, the Nobel Foundation was set up to carry out the provisions of his will and to administer his funds. In his will, he had stipulated that four different institutions—three Swedish and one Norwegian—should award the prizes. From Stockholm, the Royal Swedish Academy of Sciences confers the prizes for physics, chemistry, and economics, the Karolinska Institute confers the prize for physiology or medicine, and the Swedish Academy confers the prize for literature. The Norwegian Nobel Committee based in Oslo confers the prize for peace. The Nobel Foundation is the legal owner and functional administrator of the funds and serves as the joint administrative body of the prize-awarding institutions, but it is not concerned with the prize deliberations or decisions, which rest exclusively with the four institutions. 
  12. ^ The Nobel prize: a history of genius ... - Google Böcker. Books.google.se. Dicapai 15 Januarin2010.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  13. ^ "The Nobel Foundation - Financial Management". Nobelprize.org. 31 Disember 2008. Diarkibkan daripada asal pada 16 Julai 2008. Dicapai 15 Januari 2010. 
  14. ^ "Nobel Symposia". Nobel Foundation. Diarkibkan daripada asal pada 12 Oktober 2007. Dicapai 28 Oktober 2007. 
  15. ^ "Complete List of Nobel Symposia from 1965 - present". Nobel Foundation. Diarkibkan daripada asal pada 14 Mei 2007. Dicapai 30 Oktober 2007. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]