Republik Corsica

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bendera Republik Corsica

Republik Corsica (Bahasa Itali: Repubblica Corsa) merupakan sebuah negara berdaulat yang dibentuk hasil kemerdekaan daripada Republik Genoa oleh Pasquale Paoli pada November 1755, dengan perlembagaan sendiri serta pemberian dan penggunapakaian hak mengundi dalam kalangan wanita yang pertama.[1]

Negara ini diserbu kuasa Perancis pada 1767 berikutan penyerahan tuntutan kuasa pulau ini (dan Capraia) dari pihak Genoa kepada Kerajaan Perancis dalam Perjanjian Versailles tahun sebelumnya. Pihak Corsica dikalahkan dalam Pertempuran Ponte Novu pada Mei 1769 oleh pasukan Perancis pimpinan Comte de Vaux, dan pihak tersebut melarikan diri ke Kerajaan Great Britain. Seluruh kawasan Corsica diambil alih oleh pihak Perancis yang kemudiannya menjadikan ia salah satu provinsinya pada tahun 1770.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lucien Felli, "La renaissance du Paolisme". M. Bartoli, Pasquale Paoli, père de la patrie corse, Albatros, 1974, p. 29. "Il est un point où le caractère précurseur des institutions paolines est particulièrement accusé, c'est celui du suffrage en ce qu'il était entendu de manière très large. Il prévoyait en effet le vote des femmes qui, à l'époque, ne votaient pas en France."