Negara berdaulat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Dalam undang-undang antarabangsa, negara berdaulat merupakan suatu entiti bidang kuasa bukan fizikal diwakili pemerintah berpusat yang memiliki kedaulatan ke atas suatu kawasan geografi tertentu. Undang-undang antarabangsa mentakrifkan negara berdaulat itu sebagai mempunyai populasi atau kependudukan yang kekal, lingkungan kawasan yang jelas, sebuah pemerintah, dan keupayaan memasuki hubungan bersama negara berdaulat lain.[1] Terdapat juga fahaman umum bahawa sesebuah negara berdaulat itu tidak bergantung mahupun tunduk kepada sebarang kuasa atau negara lain.[2]

Sesebuah negara berdaulat itu boleh wujud tanpa pengiktirafan negara berdaulat lain jika mengikut teori deklaratif kenegaraan, namun negara yang tidak diiktiraf sering kali susah melaksanakan kuasa membuat perjanjian serta terlibat dalam hubungan diplomatik dengan negara berdaulat lain.

Hubungan antara negara dan pemerintah[sunting | sunting sumber]

Meskipun istilah "negara" dan "pemerintah" sering digunakan secara berganti-ganti,[3] terdapat undang-undang yang membedakan antara negara tidak fizikal dan pemerintahnya; dan pada kenyataannya, konsep "pemerintah dalam buangan" didasarkan atas perbedaan itu.[4] Negara adalah suatu kesatuan kehakiman yang tidak fizikal, dan tidaklah menyerupai pertubuhan manapun.[5] Namun, hanya pemerintah sesebuah negara biasanya yang dapat mewajibkan atau mengikat negara, misalnya melalui suatu perjanjian.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lihat rujukan-rujukan berikut:
    • Shaw, Malcolm Nathan (2003). International law. Cambridge University Press. m/s. 178. Article 1 of the Montevideo Convention on Rights and Duties of States, 1 lays down the most widely accepted formulation of the criteria of statehood in international law. It note that the state as an international person should possess the following qualifications: '(a) a permanent population; (b) a defined territory; (c) government; and (d) capacity to enter into relations with other states' 
    • Jasentuliyana, Nandasiri, penyunting (1995). Perspectives on international law. Kluwer Law International. m/s. 20. So far as States are concerned, the traditional definitions provided for in the Montevideo Convention remain generally accepted. 
  2. ^ Lihat rujukan-rujukan berikut:
    • Wheaton, Henry (1836). Elements of international law: with a sketch of the history of the science. Carey, Lea & Blanchard. m/s. 51. A sovereign state is generally defined to be any nation or people, whatever may be the form of its internal constitution, which governs itself independently of foreign powers. 
    • "sovereign", The American Heritage Dictionary of the English Language (edisi ke-4), Houghton Mifflin Company, 2004, dicapai 21 Februari 2010, adj. 1. Self-governing; independent: a sovereign state. 
    • "sovereign", The New Oxford American Dictionary (edisi 2nd), Oxford: Oxford University Press, 2005, ISBN 0-19-517077-6, adjective ... [ attrib. ] (of a nation or state) fully independent and determining its own affairs. 
  3. ^ Robinson, E. H. (April 2008). "The Distinction Between State and Government" (PDF). Les Nouvelles d'Addis Magazine. m/s. 556–566. Dicapai 4 Januari 2010.  Check date values in: |year= / |date= mismatch (bantuan)
  4. ^ Crawford, J. (2006). The Creation of States in International Law (edisi 2nd). Oxford: Clarendon Press. ISBN 0-19-826002-4. 
  5. ^ Robinson, Edward Heath (2010). "An Ontological Analysis of States: Organizations vs. Legal Persons" (PDF). Applied Ontology. 5: 109–125.