Revolusi 1848

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pada tahun 1848, suatu pergolakan politik hebat melanda serata benua Eropah di mana berlakunya revolusi-revolusi yang dicetus pergerakan bertujuan mendorong pembaharuan politik demokratik dan liberal malah sehingga menggulingkan kerajaan-kerajaan yang dianggap menindas dan boros lalu mewujudkan negara bangsa baru yang merdeka daripada sistem sebegini. Kekacauan dimulai di Perancis, dan lalu menyebar ke seluruh Eropah terutamanya negeri-negeri Jerman, Empayar Austria, negeri-negeri Italia, Denmark, Wallachia, Poland dan lainnya.

Banyak daripada tindakan revolusi ini berhasil dipadamkan sehingga melibatkan puluh ribuan orang terbunuh, malah ada yang terpaksa berhijrah melarikan diri aikibat penumpasan ganas ini ke rantau-rantau baru serata dunia.

Faktor-faktor pendorong[sunting | sunting sumber]

Kerajaan-kerajaan ini mula mengalami peningkatan kependudukan di kawasan pedalaman secara mendadaknya terutamanya di Perancis dan Jerman. Peningkatan mendadak ini banyak menyebabkan penyusutan bekalan makanan dan perebutan hak milik tanah, malah juga memaksa kepada penghjrahan para petani ini ke rantau-rantau jauh yang dijangka membuka peluang baru kepada mereka. Situasi ini memburuk dengan munculnya kahat diakibatkan perebakan hawar melanda tanaman kentang yang menjadi sumber makanan paling bergantungan ei Eropah Utara pada tahun-tahun 1845 dan 1846.

Persaingan sumber antara para petani ini menyebabkan sebilangan banyak yang berhijrah ke bandar-bandar untuk mencuba nasib baru di sana. Kebanyakan daripada mereka bekerja dalam keadaan yang memeritkan dalam tempoh masa yang sangat panjang selama 12-15 jam, mereka juga terpaksa menghuni kawasan setinggan yang berkeadaan uzur dan kotor.[1] Pembangunan pesat teknologi yang membawa kepada kederasan penghasilan dalam industri turut menggugat para petukang dan perajin yang mengkhuatiri sumber pendapatan utama mereka diancam.

Keadaan mengikut negara dan kerajaan[sunting | sunting sumber]

Rantau tanah Itali[sunting | sunting sumber]

Perancis[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Revolusi Perancis 1848

Rantau Jerman[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Revolusi Jerman 1848

Kesan berikutan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Merriman, John (1996). A History of Modern Europe: From the Renaissance to the Present. New York: W.W. Norton. m/s. 718. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]