Rinke Khanna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rinke Khanna
Khanna di BMW India Bridal Fashion Week pada 2015
Kelahiran (1977-07-27) 27 Julai 1977 (umur 46)
Tahun aktif1999–2003
PasanganSameer Saran (k. 2003)
Anak-anak2
IbuDimple Kapadia
BapaRajesh Khanna
SaudaraTwinkle Khanna (kakak)

Simple Kapadia (ibu saudara)

Akshay Kumar (abang ipar)

Rinke Khanna (lahir Rinkle Jatin Khanna pada 27 Julai 1977) ialah seorang pelakon India.[1][2] Beliau ialah anak perempuan pelakon Dimple Kapadia dan pelakon Rajesh Khanna, adik Twinkle Khanna. Beliau pertama kali berlakon menerusi filem Pyaar Mein Kabhi Kabhi (1999), menukar nama pentasnya dari Rinkle ke Rinke. Dalam filem Mujhe Kucch Kehna Hai, beliau menjayakan watak pembantu. Beliau membintangi filem Chameli pada tahun 2003. Beliau berkahwin dengan ahli perniagaan Sameer Saran pada 8 Februari 2003 dan tinggal di United Kingdom bersama anak perempuan dan suaminya.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Filem Peranan Catatan
1999 Pyaar Mein Kabhi Kabhi Khushi Anugerah Zee Cine untuk Penampilan Sulung Wanita Terbaik
2000 Jis Desh Mein Ganga Rehta Hain Tina
2001 Mujhe Kucch Kehna Hai Priya
Majunu Heena Filem Tamil
2002 Yeh Hai Jalwa Rinkie Mittal
Mango Soulé Kiran
2003 Pran Jaye Par Shaan Na Jaye Suman
Jhankaar Beats Nicky
Chameli Neha

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Twinkle Khanna and Dimple Kapadia spotted outside a salon but who is this cutie with them? :Bollywood News". www.timesnownews.com. Times Now. Dicapai pada 2019-03-17.
  2. ^ "Meet Rinke Khanna's Daughter Naomika (All Smiles With Nani Dimple Kapadia)". NDTV.com. NDTV. Dicapai pada 2019-03-17.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]