Rodat
Rodat adalah Tarian tradisional Melayu yang dipercayai berasal dari Timur Tengah dan dibawa ke Terengganu oleh pedagang Acheh pada awal abad ke-19.[1] Istilah Rodat mungkin gabungan dua perkataan Hadrat Baghdad yang bermaksud zikir (lagu-lagu yang memuji Allah dan Nabi Muhammad). [2]
Sehingga tahun 1900-an, Rodat biasanya dilaksanakan oleh semua ahli kumpulan lelaki sahaja dengan gaya asal nyanyian zikir dengan rebana iringan untuk meraikan Maulidur Rasul dan majlis perkahwinan Melayu. Walau bagaimanapun pada tahun 1930, unsur tarian telah dimasukkan dan dilaksanakan oleh penari wadam yang kemudiannya digantikan oleh penari wanita selepas Perang Dunia Kedua. Dengan tambahan tarian dan nyanyian lagu-lagu popular Melayu dan Hindustan dan penari perempuan, Rodat menjadi popular di acara-acara sekular seperti perayaan menuai, Instiadat pertabalan Sultan dan perayaan Hari Kebangsaan Malaysia. [1][2]
Bilangan pemain dan penghibur dalam satu kumpulan Rodat kebiasaannya terdiri antara 20 hingga 26 orang dan terdiri daripada tiga kumpulan berasingan penghibur: pelenggok (12 penari lelaki), pengadi (8 pemain alat muzik Rodat) dan mak inang (4-6 penari perempuan). Pergerakan tarian asas dibahagikan kepada duduk-melutut, gabungan mencangkung dan berdiri (dilakukan terutamanya oleh penari lelaki) dan pergerakan berdiri.[3][4]
Seni kata
[sunting | sunting sumber]Antara versi nyanyian rodat termasyhur dipanggil "Ya Hayyu Ya Qayyum,"[5] yang memetik zikir-zikir daripada Kitab Hadrat berbahasa Arab. Namun begitu, oleh kerana lagunya dinyanyi oleh masyarakat bukan penutur Arab sepanjang beberapa zaman, seni katanya telah kian berubah mengikut lidah penyanyi sehinggakan sebutannya sudah lari dan beberapa selingan turut ditambah sepanjang iramanya.[6] Meskipun begitu, versi ini tetap menjadi yang paling arus perdana dan disertakan dalam banyak lagu-lagu moden termasuk lagu Inang Rodat oleh Uji Rashid[7] dan dalam persembahan pembukaan Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur.[8][9]
| Petikan asal | Transliterasi Rumi | Terjemahan Melayu | Versi termasyhur |
|---|---|---|---|
يا حي يا قيوم |
yā ḥayyu yā qayyūm |
Wahai Tuhan yang Maha Hidup, yang Maha Mengurus Kehidupan |
Ya muyahayo, li muya lanakayo |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 Terry Miller & Sean Williams (2008). The Garland Handbook of Southeast Asian Music. Routledge. m/s. 228. ISBN 978-0-415-96075-5.
- 1 2 "Rodat". Dance Malaysia. Dicapai pada 2010-11-27.
- ↑ "Tarian Rodat". Tourism Terengganu. 2007. Dicapai pada 2010-11-27.
- ↑ Patricia Ann Matusky (Author, Editor), Tan Sooi Beng (Author), Sooi Beng Tan (Editor) (2004). The Music of Malaysia: The Classical, Folk, and Syncretic Traditions. Ashgate Publishing. m/s. 261. ISBN 978-0-7546-0831-8.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: extra text: authors list (link)
- ↑ Siri Mengenal Budaya 1/2003: Rodat (PDF). Putrajaya: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. 2003. ISBN 9789679030570.
- ↑ Abdullah, Muhammad Irfan Nyia; Abu Bakar, Sakinah; Mohd Annuar, Tasnim (2013). "Rodat: Budaya tradisi yang berevolusi". Journal of Arts Discourse. Penerbit Universiti Sains Malaysia. 12: 19–56.
- ↑ KA Video Music Channel (2025-07-03). UJI RASHID - Inang Rodat [Album BUKAN TERPAKSA] (1999). Dicapai pada 2026-03-16 – melalui YouTube.
- ↑ Buletin TV3 (2023-09-11). MEMORI 25 TAHUN | Upacara Pembukaan Rasmi Kuala Lumpur 98 Sukan Komanwel ke-16 | 11 September 1998. Dicapai pada 2026-03-16 – melalui YouTube.
- ↑ James kujam (2023-07-29). Kuala Lumpur 1998 XVI Commonwelth Games Welcoming dance audio. Dicapai pada 2026-03-16 – melalui YouTube.