Romano Prodi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Onorevole

Romano Prodi
Prodi pada 2016
Perdana Menteri Itali
Dalam jawatan
17 Mei 2006 – 8 Mei 2006
PresidenGiorgio Napolitano
TimbalanMassimo D'Alema
Francesco Rutelli
Didahului olehSilvio Berlusconi
Digantikan olehSilvio Berlusconi
Dalam jawatan
17 Mei 1996 – 21 Oktober 1998
PresidenOscar Luigi Scalfaro
TimbalanWalter Veltroni
Didahului olehLamberto Dini
Digantikan olehMassimo D'Alema
Presiden Suruhanjaya Eropah ke-10
Dalam jawatan
16 September 1999 – 30 Oktober 2004
Didahului olehManuel Marin
Digantikan olehJosé Manuel Barroso
Ahli Dewan Rakyat Itali
Dalam jawatan
28 April 2006 – 28 April 2008
Kawasan pilihan rayaXI - Emilia Romagna
Butiran peribadi
Lahir (1939-08-09) 9 Ogos 1939 (umur 84)
Itali Scandiano, Itali
KerakyatanItali Itali
Parti politikL'Ulivo
PasanganFlavia Franzoni
(m. 2023)
Anak-anakGiorgio Prodi
Antonio Prodi
KediamanItali Palazzo Chigi, Rome
Alma materUniversità Cattolica del Sacro Cuore
ProfesionAhli ekonomi
Profesor universiti

Romano Prodi merupakan bekas Perdana Menteri Republik Itali dari 2006 hingga 2008. Blok part politik berhaluan tengah-kiri beliau, L'Unione memenangi pilihan raya 2006, menewaskan blok konservatif Casa delle Libertà.

Sebelum itu, Prodi pernah menjawat Perdana Menteri dari 1996 hingga 1998. Beliau kemudian berkhidmat sebagai Presiden Suruhanjaya Eropah dari 1999 hingga 2004 dan digantikan oleh Jose Manuel Barroso.

Kabinetnya telah mengalami krisis pada awal 2007, apabila tiga menteri enggan menyokong keterusan penglibatan Itali dalam perang di Afghanistan. Krisis kerajaannya menjadi semakin teruk selepas parlimen mengundi untuk memperbesar pangkalan tentera Amerika Syarikat di Itali, Caserma Ederle. Keputusan ini ditentang oleh kebanyakan rakyat Itali.

Selepad Dewan senat memberikan undi tiada keyakinan terhadap dasar luar negeri Prodi, Prodi telah meletak jawatan pada 21 Februari. Selepas rundingan dengan semua parti politik, Presiden Giorgio Napolitano telah mengarahkan Prodi untuk menubuhkan kerajaan baru. Pada 28 Februari, Dewan Senat memberikan undi keyakinan terhadap Prodi. Undian itu diikuti oleh Dewan Rakyat pada 2 Mac.