Ronnie Scribner

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ronnie Scribner
Kelahiran Ronald Adam Scribner
(1966-07-23) 23 Julai 1966 (umur 52)
A.S.
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 1977–1982

Ronnie Scribner (lahir 23 Julai 1966) merupakan pelakon Amerika Syarikat yang aktif dari tahun 1977 sehingga 1982. Beliau memulakan kerjaya beliau sebagai pelakon dan model kanak-kanak ketika berusia 11 tahun. Scribner dikenali sebagai pontianak kanak-kanak menerusi siri mini Salem's Lot. Selain itu beliau pernah juga muncul dalam siri TV seperti ABC Afterschool Special, Little House on the Prairie, The Love Boat, Fantasy Island, CHiPs, dan Dallas.

Selepas meninggalkan dunia lakonan, Scribner telah menghabiskan pembelajarannya di sekolah tinggi dan pada tahun 1989 beliau memasuki University of California, dan tamat pada tahun 1993.[1] Pada tahun-tahun berikutnya, Scribner bekerja sebagai penganalisis kewangan dan broker gadai janji. Beliau telah mengahwini Jesscia Garza pada tahun 1999[1] dan mereka dikurniakan tiga orang anak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Ron Scribner - LinkedIn". LinkedIn.com. Dicapai 2011-03-14. 

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Holmstrom, John. The Moving Picture Boy: An International Encyclopaedia from 1895 to 1995. Norwich, Michael Russell, 1996, p. 360-361.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]