Rosa Parks

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rosa Louise McCauley Parks (4 Februari 1913 – 24 Oktober 2005) merupakan seorang aktivis pergerakan hak sivil Amerika Syarikat yang terkenal dengan peranan pentingnya dalam kejadian boikot bas Montgomery . Kongres Amerika Syarikat telah memberi penghormatan kepadanya sebagai "wanita pertama dalam hak-hak sivil" dan "ibu kebebasan pergerakan". Parks menjadi seorang aktivis NAACP pada tahun 1943, dengan mengambil bahagian dalam beberapa kempen hak sivil yang berprofil tinggi. Pada 1 Disember 1955, di Montgomery, Alabama, Parks mengabaikan arahan pemandu bas James F. Blake untuk mengosongkan deretan tempat duduk bas yang dicop kawasan " orang berwarna " untuk memberi ruang kepada seorang penumpang berkulit putih setelah bahagian "orang putih" diisi dengan penuh. [1] Parks bukanlah orang pertama yang menentang pengasingan tempat duduk bas berdasarkan warna kulit, [2] namun Persatuan Kebangsaan untuk Kemajuan Orang Berwarna (NAACP) memercayai bahawa beliau adalah calon terbaik untuk menghadapi cabaran mahkamah selepas penahanannya oleh pihak polis atas alasan pengingkaran sivil dalam perbuatannya untuk melanggar undang-undang pengasignan kaum negeri Alabama, kerana beliau berjaya memberi semangat berlawan kepada komuniti berkulit hitam untuk memboikot perkhidmatan bas bandar Montgomery selama lebih setahun. Kes tersebut menjadi sangkut di tahap mahkamah negeri, tetapi tuntutan persekutuan mahkamah bas Montgomery berjudul Browder v. Gayle telah memutuskan bahawa pengasingan tempat duduk bas mengikut kaum dan warna kulit merupakan sebuah polisi yang tidak berperlembagaan bawah Klausa Perlindungan Sama dalam Pindaan ke-14 kepada Perlembagaan AS pada November 1956. [3]

  1. ^ "An Act of Courage, The Arrest Records of Rosa Parks". National Archives. August 15, 2015. Dicapai pada December 1, 2020.
  2. ^ González, Juan (March 29, 2013). "The Other Rosa Parks: Now 73, Claudette Colvin Was First to Refuse Giving Up Seat on Montgomery Bus". Democracy Now!. 25 minit pada. Dicapai pada April 18, 2013.
  3. ^ Branch, Taylor (1988). "Parting the Waters: America in the King Years". Simon & Schuster. Diarkibkan daripada yang asal pada May 23, 2013. Dicapai pada February 5, 2013.