Roslan Abd Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mejar Roslan Abd Rahman
Kelahiran
Roslan Abd Rahman
Warganegara Malaysia
PekerjaanTentera - Kapten
MajikanBendera Tentera Darat Malaysia Tentera Darat Malaysia
Terkenal keranaPenerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa
Pangkat Mejar
Anak-anak4 anak
Ibu bapaAbdul Rahman bin Sajak & Noyah binti Suboh

Mejar Roslan Abd Rahman adalah seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, Johor.

Beliau telah dikurniakan pingat Panglima Gagah Berani pada 19 Disember 1980 di atas keberaniannya semasa pertempuran dengan pemberontak komunis ketika memimpin Platun 5 Kompeni B 14 RAMD yang membuat rondaan tempur setelah menjumpai kesan pergerakan pemberontak.

Leftenan M Roslan ketika itu telah memimpin Platun 5 Kompeni B 14 RAMD yang diarahkan untuk membuat rondaan tempur setelah menjumpai kesan pergerakan pemberontak. Pada 25 Okt 1979, mereka menjumpai sebuah kebun keledek yang disyaki kepunyaan pemberontak komunis. Setelah melakukan tinjauan, Lt M Roslan menjumpai sebuah perkhemahan yang diduduki oleh empat orang pemberontak komunis yang ketika itu sedang bekerja di kebun tersebut.

Lt M Roslan mengambil keputusan untuk menyerang. Tembakan semburan pertama dari senjata Lt M Roslan dan anggota-anggotanya berjaya membunuh dua pemberontak komunis. Semasa penggeledahan dilakukan seorang lagi pemberontak wanita dibunuh dan seorang dipercayai berjaya melepaskan diri. Platun 5 turut merampas dua pucuk senjata Carbine, lapan kelopak dan 242 butir peluru, sepucuk senjata point 22, kelopak dan 112 butir peluru, sebutir grenad dan peralatan lain. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 19 Disember 1980.

Rujukan[sunting | sunting sumber]