Rotan tingkas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rotan tingkas
Pengelasan saintifik


Rotan tingkas (nama saintifik "Calamus paspalanthus Becc.") merupakan sejenis pokok dalam kategori pokok Rotan. Ia juga dikenali dengan nama Rotan sirikis.

Rotan ialah nama untuk sebilangan pokok palma memanjat Asia tropika daripada famili Arecaceae dan terdiri daripada genus-genus Calamus, Daemonorops, dan Korthalsia.

Pada pertengahan 1980-an kerajaan Malaysia telah menggalakkan penubuhan ladang hutan dan dengan itu ladang rotan telah dibuka di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak oleh pelbagai Jabatan Perhutanan Negeri. Sehingga hari ini, perladangan rotan ini membantu ia daripada pupus dan menggalakkan industri perabut rotan di Malaysia.

Berbeza dengan kebanyakan pokok palma, daun-daun pokok rotan tidak tumbuh berumpun menjadi silara; daun-daunnya mempunyai cangkuk yang panjang supaya memudahkan pokok-pokok rotan untuk memanjat ke silara pokok yang lain yang mempunyai panjang yang luar biasa (sering mencecah beberapa ratus kaki).


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]