Royal Thai Air Force F.C.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Royal Thai Air Force
ทหารอากาศ
Royal Thai Air Force FC logo 2019.png
Nama penuhRoyal Thai Air Force Football Club
GelaranAskar Tentera Udara
(ทัพฟ้า)
Diasaskan2019; 5 tahun yang lalu (2019)
StadiumStadium Thupatemi
Pathum Thani, Thailand
PengerusiTreepol Aongpaitoon
JurulatihNarong Parichat
LigaLiga T3
2022–23Liga T3, peringkat ke-13 dari 14 perlawanan pasukan

Kelab Bola Sepak Tentera Udara Diraja Thai (Inggeris: Royal Thai Airforce Football Club) (Thai: สโมสรฟุตบอลทหารอากาศ), ialah sebuah kelab bola sepak profesional Thailand di bawah naungan Tentera Udara Diraja Thailand. Kelab ini berpangkalan di Lamlukka, Pathum Thani. Kelab ini berlawanan di Liga T3 Thailand.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2019, Kelab Bola Sepak Tentera Udara Diraja Thailand ditubuhkan semula dan berlawanan di Liga Amatur Thailand di tahun yang sama menyertai Wilayah Perbandaran Bangkok Raya. Kelab ini memilih Stadium Thupatemi sebagai pangkalan kelab. Pada akhir musim, kelab ini berjaya mara ke Liga T4 musim 2020-21.[1]

Pada tahun 2020, kelab ini memulakan kerjaya profesional pertama mereka dan bertanding di Liga T4. Tetapi Persekutuan bola sepak Thailand memutuskan bagi melakurkan sahaja Liga T3 dan Liga T4 bagi meningkatkan jumlah penyokong. Sebab pelakuran itu, seluruh pasukan Liga T4 mendapat kelayakan ke Liga T3. Kelab ini mulai bertanding di Liga T3 semenjak separuh musim 2020–21. Pada akhir Disember 2020, penyakit koronavirus atau lebih dikenali sebagai COVID-19 menyebar dengan ganas di Thailand, Persekutuan Thailand mengisytiharkan ketamatan musim bola sepak lebih awal.[2] Kelab ini berada di peringkat ke-11 pada musim itu.

Tahun 2021, musim 2021–22 menjadi tahun kedua bagi Royal Thai Air Force di Liga T3.[3] Mereka memulakan perlawanan awal dengan ditewaskan 0–2 di pangkalan mereka sendiri oleh kelab North Bangkok University F.C.[4] dan mereka kembali ditewaskan di akhir perlawanan musim 0–1 di pangkalan lawan oleh kelab yang sama yang menewaskan mereka di awal musim.[5] Kelab itu hanya mampu berada di peringkat ke-10.

Pada tahun 2022, Royal Thai Air Force kembali bertanding di Liga T3 bagi musim 2022–23. Musim itu menjadi tahun ke-3 mereka di liga bola sepak profesional. Kelab itu memulakan musim dengan menewaskan Royal Thai Army F.C. (kelab bola sepak Tentera Darat Diraja Thai) di pangkalan lawan dengan mata 1–0.[6] Mereka pun berjaya menewaskan pasukan yang sama di awal musim, pada perlawanan di pangkalan sendiri dengan mata 3-1.[7] Meski menunjukkan perlawanan yang memukau di awal dan akhir musim, Royal Thai Airforce hanya mampu berada di peringkat ke-13 dan terugut disingkirkan ke Liga Amatur.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Royal Thai Air Force promoted to the 2020 Thai League 4 (in Thai)". goal.com. 27 October 2019.
  2. ^ "FA Thailand must abruptly end the regional stage of the 2020–21 Thai League 3 (in Thai)". goal.com. 2 May 2021.
  3. ^ Nattapong Saenson (4 September 2021). "The results of the Thai League 3 matchday 1. (in Thai)".
  4. ^ "Full Time Summary Thai League 3 Bangkok metropolitan region matchday 1 – Royal Thai Air Force v North Bangkok University" (PDF). thaileague.co.th. Thaileague. 26 September 2021.
  5. ^ "Full Time Summary Thai League 3 Bangkok metropolitan region matchday 26 – North Bangkok University v Royal Thai Air Force" (PDF). thaileague.co.th. Thaileague. 27 February 2022.
  6. ^ "Full Time Summary Thai League 3 Bangkok metropolitan region matchday 1 – Royal Thai Army v Royal Thai Air Force" (PDF). thaileague.co.th. Thaileague. 11 September 2022.
  7. ^ "Full Time Summary Thai League 3 Bangkok metropolitan region matchday 26 – Royal Thai Air Force v Royal Thai Army" (PDF). thaileague.co.th. Thaileague. 19 March 2023.