Rumpang jalan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam konteks sastera, rumpang jalan atau lubang jalan (juga rumpang alur, lubang alur Ind.; bahasa Inggeris: plot hole) adalah kesenjangan atau ketidaktekalan butiran dalam jalan sesebuah cerita rekaan yang bertentangan atau meronggak selang (yakni rumpang[1]) dari kesinambungan perkara yang difikirkan masuk akal dalam latarnya[2] meliputi peristiwa tidak mungkin dapat berlaku dalamnya[3] serta pernyataan atau peristiwa yang bertentangan dengan peristiwa sebelumnya dalam jalan cerita.[4] "Rumpang" ini biasanya dibuat secara tidak sengaja, sering kali akibat penyuntingan atau kecuaian penulis tidak memeriksa kesejajaran suatu peristiwa baru dengan peristiwa sebelumnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pinjaman bahasa Minangkabau; lihat:
    • "rumpang". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
    • "rumpang". Kamus Minangkabau-Indonesia. Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan. 1985. m/s. 241.
  2. ^ "Definition of plot hole". Oxford Dictionaries. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Sep 2017. Dicapai pada 7 Sep 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ "15 Movies You Thought Had Huge Plot Holes - But Didn't". ScreenRant. 9 Disember 2016. Dicapai pada 26 Februari 2019.
  4. ^ "Do You Know the Five Different Types of Plot Holes?". ScreenCraft. 9 Mac 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]