Ryan McPartlin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ryan McPartlin
Kelahiran (1975-07-03) 3 Julai 1975 (umur 48)

Ryan McPartlin (lahir 3 Julai 1975 di Chicago, Illinois) merupakan pelakon Amerika Syarikat yang terkenal menerusi Living With Fran.

Dilahirkan dan dibesarkan di Chicago, Illinois, McPartlin menamatkan pengajian dalam ijazah di Universiti Illinois dan membuat keputusan untuk menghabiskan enam bulan di Australia dan New Zealand untuk mendalami apakah bidang yang diingininya sebagai kerjaya beliau dan ternyata beliau memilih kerjaya sebagai pelakon dan berpindah ke selatan California untuk mengejar impiannya.

McPartlin mula dikenali menerusi peranannya sebagai Hank Bennett menerusi Passions yang menggantikan Dalton James bermula April 2001 hingga April 2004. Kemudian, beliau muncul di dalam L.A. 7 dari kugiran pop S Club 7 sebagai "Ryan" dalam episod "Mr. Muscle".

Beliau bermula sebagai Riley Martin menerusi sitkom Living With Fran disamping Fran Drescher bermula April 2005. Living with Fran ditamatkan siarannya pada 17 Mei 2006, selepas dua musim keudara. McPartlin pernah menghadirir ujibakat untuk memegang peranan sebagai Clark Kent/Superman utuk filem Superman Returns, tetapi kalah di tangan Brandon Routh.

Beliau kini berlakon sebagai Devon (Captain Awesome) menerusi siri NBC, Chuck.

McPartlin mengahwini pelakon Danielle Kirlin sejak 26 Oktober 2002.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]